webnovel

Dibawa Pergi Oleh Suaminya

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Tingkap kereta diturunkan.

Li Sicheng melihat lelaki angkuh tersebut bersandar di tempat duduk belakang. Rambut dan pakaiannya sedikit kusut dan kelihatan mencurigakan. Li Sicheng menoleh kepalanya perlahan-lahan, pandangan matanya tajam dan dalam seperti seekor harimau. Lu Yihan seakan-akan dapat melihat permusuhan di dalam mata tersebut. Dingin dan bahaya.

Sewaktu menjenguk ke dalam, apa yang dilihatnya ialah cebisan baju Su Qianci yang telah dikoyak. Lu Yihan berasa terkejut, dia tidak menyangka akan melihat sesuatu seperti itu. Pipinya menjadi sedikit merah dan dia berasa lega. Jadi, Su Qianci bukan mangsa keganasan rumah tangga. Tetapi pada masa yang sama, dia juga berasa sedikit kecewa. Dengan rasa bersalah, Lu Yihan bertanya, "Kamu suami Qianqian?"

Qianqian? Amboi, mesranya!

Li Sicheng mengerutkan dahinya. Lu Yihan berasa seram sejuk secara tiba-tiba. Lelaki ini memang menakutkan seperti yang didengarnya.

"Kau perlukan sesuatu?" Suara Li Sicheng perlahan tetapi masih kedengaran menggerunkan.

"Kami hanya kawan sekelas. Kami sudah lama tidak berjumpa, jadi kami pergi makan malam bersama. Harap kamu tidak tersalah anggap," Lu Yihan kemudian menyambung, "Saya percaya yang kamu ada cara untuk tahu bahawa kami tidak pernah berjumpa sebelum ini."

"Lu Yihan, pergilah balik," kata Su Qianci dan suaranya serak.

Tetapi pandangan Lu Yihan telah dihalang sepenuhnya oleh Li Sicheng untuk dia melihat Su Qianci. Lu Yihan berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun, dia tidak dapat meneka perkara tersebut. Ia kelihatan seperti Su Qianci tidak rela melakukannya? Lu Yihan mengerutkan dahinya dan bertanya, "Qianqian, kamu tidak apa-apa?"

"Nmapaknya kamu berminat untuk menyertai sesi intim kami?"

Pipi Lu Yihan menjadi merah semula, dia berundur dan berkata, "Tidak, saya…"

"Tangan kamu. "

Li Sicheng menjeling ke arah tangan Lu Yihan yang sedang menahan tingkap kereta itu. Lu Yihan cepat-cepat mengalihkannya seperti disambar petir. Tingkap itu ditutup kembali. Lu Yihan terasa kosong di dalam hatinya ketika melihat Maybach hitam itu meluncur pergi. Dia telah pergi… diambil oleh suaminya.

Apabila sampai ke rumah, Su Qianci ditarik keluar dari kereta. Li Sicheng sememangnya kuat, tetapi dia sebenarnya sedang cuba untuk berlembut. Pergelangan tangan Su Qianci terasa sakit akibat digenggam tadi dan dia terpaksa berlari-lari anak untuk menurut Li Sicheng. Sebaik sahaja mereka berada di dalam rumah, Su Qianci telah ditolak ke atas sofa. Li Sicheng mencampakkan telefon bimbit ke arahnya. Su Qianci duduk dan melihat telefon tersebut dengan bingung. Serta-merta dia melihat gambarnya dan Lu Yihan. Siapapun yang mengambil gambar tersebut telah berjaya memanipulasinya untuk membuat ia kelihatan seperti mereka sedang bercium.

"Saya tak buat!" Su Qianci membantah. Tidak hairanlah lelaki itu mengamuk. Gambar itu jelas telah diubah suai, tetapi malangnya ia kelihatan sungguh realistik.

Nächstes Kapitel