webnovel

chapter 4 : concert (1)

" hey my big brother " ucap zent setelah melihat abangnya memasuki salon rambut itu . zack yang melihat perubahan rambut milik zent langsung berubah muka menjadi beku . semua yang memandangnya terus menjadi takut . suasana ceria di salon itu juga terus berubah menjadi seram . zent yang melihat perubahan di wajah abangnya terus mendekatinya .

" hahaha nak tahu tak adik baru lepas jumpa siapa ? my goddess . boleh percaya tak ?! oh my god . you know what , shes so beautiful and terlalu baik . oh my ...."

" done yet ? . kau tau apa yang kau baru buat ni ?" potong zack bersama suara yang sedang menahan marah . zent langsung melepaskan nafasnya dengan berat .

" come on . lets eat first . adik belum makan lagi " ucap zent dengan nada yang muram lalu beredar daripada situ sebelum memasuki perut kereta . pemandu kereta yang sedang menunggunya itu langsung menyapa .

"tuan muda kedua "

" hm terus ke rumah utama " zent memberi arahan kepadanya . zack yang mendengarnya langsung mengerutkan keningnya.

" kau bukan cakap kau belum makan ke tadi ?"

" tak ada selera . "

" makan dulu baru balik "

"boleh makan dekat rumah "

"fine . lepastu kita boleh bincang fasal perkara yang kau dah buat "

" eh?!"

"puan besar puan besar . tuan muda pertama dan kedua sudah balik . " kata pembantu rumah tersebut kepada puan song zi yang sedang membaca majalah di dalam biliknya .

"apadia ?!" soal puan song zi dengan muka yang sangat terkejut lalu segera berlari anak ke hadapan pintu utama untuk berjumpa dengan anak anak kesayangannya .

" zack ? zent ? kenapa balik? kenapa tak bagitahu mama awal awal ? ada masalah ke ?" zent yang mendengar soalan bertalu talu daripada ibunya langsung menunjukkan muka yang masam .

" nak balik rumah sendiri pun kena bagitahu juga ke ?"

" ish kamu ni . dah mari masuk dalam . kamu berdua dah makan belum?"

" not yet . "

"haih . kamu kena jaga kesihatan kamu . muda muda kalau dah sakit tak guna tahu . dahlah kamu berdua belum kahwin . siapa je nak kahwin dengan orang yang sakit . ni kalau mama dengan ayah dah tak ada , siapa yang nak jaga kamu ? makan minum kamu ?" bebel puan song zi sambil menyediakan makanan di atas meja makan yang besar manakala zack dan zent hanya menunjukkan wajah yang tiada ekspresi . setiap kali mereka berdua kembali di rumah tersebut pasti ibu bapanya akan menyentuh soal perkahwinan yang membuatkan mereka jarang balik di rumah itu .

"lepas makan nanti masuk ke bilik kerja" zack memberi arahan kepada zent sebelum bangun dan menuju ke biliknya . zack yang mendengarnya langsung menjadi semakin kusut . sudahlah kena dipaksa mendengar ibunya membebel fasal perkahwinan, kini ditambahnya lagi dengan masalah amarah abangnya . haih nasib nasib . puan song zi yang mendengar turut langsung terbehenti dan memandang zent dengan wajah yang pelik .

" zent buat masalah lagi ke ? apa masalah yang kamu buat kali ni ? "

" dont worry lah . zent dah besar . tahulah zent nak uruskan macam mana nanti "

puan song zi langsung berdecit .

" sedar pun kamu dah besar . selama ni ayah dengan ibu membebel dekat kamu kamu taknak dengar . padan muka kamu . dah cepat makan lepastu jumpa abang kamu dekat bilik kerja ." kali ini giliran zent pula berdecit setelah mendengar kata kata ibunya .

pintu bilik tersebut dibuka dari arah luar dengan perlahan lahan .

" apa tunggu lain dekat situ . sini masuk cepat " arah zack dengan suara yang tegas sambil melakukan kerja di laptopnya . zent pantas berdiri di hadapan abangnya setelah menutup pintu bilik itu . mukanya tunduk memandang lantai jubin bilik itu menunjukkan yang dia sadar tentang kesalahan yang dibuatnya .

" kenapa tunduk ? kau ada buat salah ke ?" soal suara yang serak serah basah dihadapannya . peluhnya mula berjuraian membasahi dahinya .

" shit . habis aku kali ni " ucap zent di dalam hatinya . wajah beku abangnya langsung tidak berani dipandangnya . dia merasakan yang dia sedang berhadapan bersama gunung berapi yang sedang bersiap sedia untuk meletus .

" adik mintak maaf . adik janji tak buat lagi " ucapnya perlahan .

" kesalahan apa yang kau buat kali ni "? soal zack lalu matanya memandang ke arah zent yang masih lagi menunduk ke arah lantai .

"er .. erm .. adik tak sepatutnya ermm . tak sepatutnya .."

"dah tak reti nak cakap betul betul ke . should i teach you how to talk properly ? "

" adik tak sepatutnya marah pakcik lee ha lepastu adik tak sepatutnya bawa kereta laju laju and erm tak sure kalau ni salah juga . hm tak sepatutnya selalu tukar warna rambut "

" and ?"

" erk ? ada lagi ke ? rasanya adik dah cakap semua " ucap zent lalu mengangkat wajahnya dan melihat ke arah zack dengan kebingungan .

" zent . nak aku tolong kirakan juga ke dah berapa tahun kau habis belajar . dah sampai masanya kau bekerja dekat syarikat ayah. " ucap zack lalu menumpukan semua perhatian kepada adiknya . sesetengah adik beradik mungkin akan sampai bergaduh sehingga sanggup memutuskan pertalian sesama mereka hanya untuk merebutkan posisi , gelaran dan harta namun mereka berbeza dari yang lain apatah lagi zack memaksa adiknya untuk bekerja di syarikat turun menurun keluarga mereka sehingga adiknya sendiri pernah terfikir bahawa zack itu mungkin berkemungkinan besar bukan abang kandungnya . setelah lama zent berdiam diri akhirnya dia membuka mulut .

" abang asyik sibuk bekerja sampai tak ada masa untuk adik . so why not kalini teman adik pergi concert idola adik and adik aku fikirkan untuk kerja dekat syarikat ayah . macam mana ? " ucap zent bersama mata yang penuh harapan . zack berdecit .

"if you are not coming at my goddes concert with me . im gonna tell our mom that you are not living at my apartment !"

" im busy "

"is it more important than your little sweet lovely handsome brother? oh my god !"

" zent ...is not like .... haih fine " jawab zack setelah sadar bahawa dia jarang meluangkan masanya bersama adiknya sendiri.

" wahhh . seriously ?!! . okay okay . malam ni tau concertnya . dont worry . adik sememangnya dan semestinya tak akan kecewakan abang." ucap zent dengan bersungguh sungguh lalu dengan secepat kilat dia keluar daripada bilik tersebut . zack yang hanya diam itu lantas teringat akan sesuatu perkara .

" ceh . boleh pula dia putar belitkan keadaan ". ujarnya bersendirian lalu dia membuka laci di hadapannya dan mengeluarkan alat perakam suara yang disimpannya . setelah lama memerhatikan dia langsung membukanya dan tidak lama kemudian kedengaran suara daripada seorang gadis yang sedang menyanyikan lagu . dia menghabiskan kesemua masanya sendirian hanya untuk mendengar rakaman tersebut . memori berharga yang disimpan didalam kotak mindanya kembali dikenangnya .

" tak dapat tidur lagi ke ? tak bagus tau untuk kesihatan . ish kenapa teruk sangat insomnia kau ni . hm tak apa tak apa biar aku tolong kau tidur . mari sini baring dekat peha aku" ucap gadis tersebut lalu menarik kepalanya supaya baring di pangkuannya .

" kau jangan buat benda yang pelik pelik . aku ni lelaki tau . aku tak kira kau tu perempuan ke lelaki . kau buat benda yang tak baik aku terus karate kau " dia memberi amaran sebelum gadis itu ketawa kecil dan mula bernyanyi untuknya .

" heart . beats . fast .

colour and promises

how to be brave

how can i love when im afraid to fall

but watching you stand alone

all of my doubt suddenly goes away somehow

one step closer

i have died everyday waiting for you

darling dont be afraid i have love you for a thousand years .

ill love you for a thousand years.

ill love you for a thousand more"

rakaman itu adalah rakaman yang rakam secara senyap senyap tanpa gadis itu sadari . walaupun gadis itu tidak pernah mengatakan sebarang masalahnya tapi dia dapat merasakan bahawa suatu hari nanti gadis itu akan hilang jauh dari padanya dan setiap kali dia tidak dapat melelapkan mata dia pasti akan mendengar rakaman itu dan memutarnya beratus ratus kali sehingga dia tertidur lena .

" i really really really miss you so damn much kris " ucap zack perlahan . hatinya runtun setelah mengetahui gadis yang paling disayanginya hilang pada saat saat yang tidak pernah dia jangka . gadis itu hilang melarikan diri bertahun tahun tanpa dapat ditemukan . puas dicari merata rata sehingga dia jatuh sakit kerana rindu yang mendalam dan akhirnya dia mendapat tahu punca akan kehilangan gadis itu . ianya kerana dia didera dengan sangat teruk oleh manager dan syarikatnya bertahun tahun secara mental dan fizikal . setelah itu dia membuat keputusan untuk mengambil alih syarikat keluarganya untuk menghapuskan syarikat tersebut . usahanya lalu membuahkan hasil yang sangat menakjubkan dan membuatkan dia dipilih menjadi pengerusi yang baru menggantikan ayahnya . walaupun dia tidak dapat menemui gadis kesayangannya tetapi sudah cukup baginya untuk membalas dendam bagi gadis itu . dia masih dapat mengingat dimana dia akhirnya dimasukkan ke hospital akibat tidak mempunyai waktu tidur yang mencukupi selama berbulan bulan sehingga jatuh sakit dengan sangat teruk.

" i miss you so much that i think im gonna go die" ucapnya perlahan . zent yang sedang berdiri di luar pintu hanya diam setelah mendengar mengetahui perkara yang terjadi . dia mengetahui dan sudah terbiasa bersama adegan tersebut tetapi hati dia tetap hancur apabila melihat abang kesayangannya seperti itu . setelah itu dia langsung beredar bersama hati yang sedih . dia sangat menyayangi abangnya sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja buatnya tetapi apabila dia memikirkan kembali perempuan itu dia jadi bingung kerana dia tidak tahu dan tidak dapat mencarinya . semua usahanya hanya menjadi sia sia . hanya dia seorang sahaja yang mengetahui punca utama kenapa dia masih menolak bekerja . semuanya adalah kerana dia mahu menumpukan semua perhatiannya untuk mencari dimana kedudukan perempuan tersebut . semuanya kerana dia tidak sanggup untuk melihat satu satu abang miliknya sentiasa sedih dan hancur dari dalam .

" adik akan sentiasa tolong abang . trust me . kali ni adik mesti akan dapat cari dia " ujarnya dengan perlahan. matanya bersinar . dia sangat yakin bahawa kali ini dia pasti tidak akan melepaskan peluang keemasannya .

Next chapter