webnovel

Ujian

Berberapa hari selepas itu, Yu-kun kembali ke sekolah. Pagi itu dia berjalan bersama-sama dengan Akira ke sekolah. Mereka terserempak dengan Rin dengan dan yang lain.

"Ohayo, Yu-kun. Macam mana dengan tangan awak tu, dah sihat?" tanya Minori.

"Ye, hehe cuma saya masih tak boleh angkat benda-benda yang terlalu berat."

"Oh, mana adik awak?" tanya Rin.

"Di rumahlah, takkan nak bawa dia ke sekolah kot."

Mereka meneruskan perjalanan ke sekolah sambil berbual.

Waktu kelas matematik bermula.

"Cikgu tak lama ni. Cuma nak beritahu yang esok kita akan ada ujian mengejut. Jadi cikgu akan tinggalkan kamu sebab cikgu ada meeting selepas ni. Jangan lupa ulang kaji ye" kata Haruka-sensei.

"Alamak, saya dah lama tak masuk kelas.. mesti saya dah banyak terlepas ni." kata Yu-kun.

"Jangan risaulah, kami pun bukannya faham sangat apa yang cikgu ajar tu." kata Minori.

"Jadi, macam mana kalau kita belajar sama-sama kat rumah Kagamine-sensei malam ni." ajak Rin.

"Em, boleh juga." kata Akira bersetuju.

Malam itu, Rin sedang menyediakan makan malam. Loceng pintu berbunyi.

"Saya datang. Eh, kamu semua dah sampai, masuklah."

"Er, penatnya..huhu kenapalah esok ujian tu.. cubalah hari lain." kata Kazuo mengeluh.

"Daripada awak mengeluh, baik awak ulang kaji." kata Akira.

"Mana Kagamine-sensei?" tanya Minori.

"Dia ada urusan di pejabat malam ni. Jadi mungkin dia tak pulang."

"Mana Yu-kun?" tanya Rin.

"Dia lambat sikit katanya." jawab Akira.

Loceng pintu berbunyi lagi.

"Oh itupun dia. Takpe Rin biar saya tolong bukakan pintu." kata Akira

"Konbanwa.. Gome lambat sikit.. Dah lama tunggu?" kata Yu-kun sopan.

"Eh, taklah.. kami pun baru je sampai." kata Akira. "Eh, ca pun ada?"

"Ye, kesian pula kalau tinggal dia kat rumah sorang-sorang."

"Ish abang ni.. macamlah ca tak pandai jaga diri. Konbanwa Aki-nee."

"Konbanwa.. masuklah."

Rin sedang menyediakan meja makan.

"Nah korang semua makanlah."

"Eh, susah-susah je Rin." kata Akira.

"Takpe.. bukan selalu saya masakkan untuk kamu kan."

"Ala, Rin dah sediakan ..makan jelah. Hehe." kata Minori.

"Apasal nasi dia lain macam je warna dia?" kata Kazuo.

"Hah, nilah nasi kerabu.. Malaysian dish." jelas Yu-kun.

"Wah, pandainya abang Rin masak." kata Aisyah kagum.

"Hehe, takdelah baru belajar ni."

Mereka semua merasa masakan Rin.

"Eh! Oishii... haha sedapnya Rin." puji Minori.

"Hehe arigato."

"Kalau macam nilah baik awak jadi tukang masak." kata Akira.

"Hehe, makin semangat pula nak belajar malam ni." Kazuo menyampuk.

Setelah selesai menjamu selera, Rin membawa pinggan dan cawan ke singki.

"Eh, takpe-takpe biar ca je yang buat semua ni. Abang Rin pergilah belajar dengan yang lain."

"Terima kasih ye.. hehe baiknya hati awak."

"Sama-sama." balas Aisyah dengan senyuman yang manis.

"Mana Minori?" tanya Rin.

"Dia ke sana tadi." kata Kazuo sambil menunjukkan arah Minori pergi tadi.

Itu bilik saya.... buat apa dia kat sana?

Rin pergi ke biliknya untuk menjenguk Minori.

"Minori, saya masuk ni."

Dia membuka pintu biliknya perlahan-lahan.

"Eh Minori. Kenapa awak kat sini sorang-sorang."

"Kat luar bising, tulah saya kat sini." sebenarnya saya nak belajar dengan awak sorang.

"Oh begitu, takpelah.. biar saya temankan awak ok."

"Em.." impian menjadi kenyataan...

Keadaan bilik Rin senyap. Sekali-sekala Minori bertanya kepada Rin tentang soalan yang tidak difahaminya. Seronoknya belajar dengan Rin... baguskan kalau hari-hari begini..

Minori tiba-tiba sahaja bersin.

"Alamak, awak kesejukan ke?" kata Rin sebelum mengambil slimutnya dan menyelimutkan Minori. "Awak pakai je ni, sementara saya cari selimut yang lain ye."

Rin keluar untuk mencari selimut. Dia mendapati kawan-kawannya yang lain telah tertidur.

"Baik aku selimutkan diorang." hati Rin berbicara.

Rin menyelimutkan Akira dan Yu-kun yang tertidur di meja belajar. Aisyah pula tertidur di sofa.

"Ish, teruknya cara Kazuo tidur.." katanya sebelum menyelimutkan Kazuo.

Minori memerhatikan sahaja gelagat Rin dari tadi.

"Baiknya hati Rin." bisik hati Minori.

Apabila Rin kembali ke biliknya, dia mendapati yang Minori juga telah tidur di meja belajar kecil.

"Awal juga diorang semua ni tidur." kata Rin sebelum melihat kearah jam locengnya. "Oh, hehe rupanya saya yang tidur lewat." jam telah menunjukkan 12 tengah malam.

Rin berbaring di katilnya.

"Selamat malam semua.." dia tertidur.

Keesokan paginya, Minori terbangun. Jam menunjukkan tepat jam 5:30 pagi. Dia menyedari sesuatu yang pelik.

"Eh! Macam mana saya ada kat katil Rin ni? Ni mesti kerja Akira ni." dia terbayangkan muka Akira yang ketawa terbahak-bahak. "Ish, siaplah awak nanti Akira! Alamak, saya cakap kuat sangat ke.." Dia melihat di sebelahnya..Rin seperti tidak bergerak langsung. "Rin? Rin!" Minori cuba membangunkan Rin tetapi hasilnya tetap sama. Dia kemudian membuka selimut untuk melihat keadaan Rin. Sebaik sahaja dia membuka matanya.. "Ala.. bantal rupanya."

"Kenapa ni Minori?" Rin baru sahaja siap menunaikan solat subuh. Dia sedang memegang sejadah sambil mengenakan kain pelikat dan kopiah putih.

"Rin kun? Awak ke tu?" kata Minori hampir tidak mengenali Rin.

"Ye, sayalah ni siapa lagi."

"Oh, mana yang lain?"

"Mereka dah pulang tadi.. nak bersiap ke sekolah."

"Alamak! Sekolah pula hari ni... minta diri dulu Rin." Minori mengemaskan barangnya sebelum pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah.

1 jam sebelum ujian bermula. Minori teringat semula kejadian di bilik Rin tadi. Rin buat apa tadi eh.. upacara ke?

"Oi Minori.. fikir pasal apa tu... hehe asyik mengelamun je awak ni." kata Akira.

"Ish awak ni.. Awak ingat saya tak tahu ke awak yang angkat saya ke katil Rin semalam. Nasib baik Rin tak marah tau." kata Minori.

"Haha, baguslah Rin tak marah.. dia nak jadikan awak isterilah tu maksudnya."

"Ish, mengarut lah awak ni."

Guru matematik telah masuk ke dalam kelas. Setelah habis mengagihkan kertas, ujian tersebut bermula. Rin melihat di sekeliling. Dia memerhatikan kawan-kawannya yang mengulang kaji bersamanya semalam.

Wah, usuf macam konfiden je menjawab..eh Akira macam tak konfiden tapi dapat jawab juga.. Minori! Kenapa tak jawab lagi! Bukankah saya dah ajar awak semalam? Hmm... Kazuo pula.. aik? Dah siap jawab?...

"Ehem,,, Mengelamun lagi ye. Rin-kun kenapa tak jawab lagi!"

"Gome, sensei.." Rin terus menjawab soalan yang telah diberikan.

Masa menjawab telah tamat. Kesemua pelajar diarahkan untuk mengumpul kertas soalan.

"Baiklah. Kamu semua ganbatte. Siapa dapat markah rendah akan didenda." kata guru matematik tersebut sebelum pergi ke bilik guru.

"Hah, macam mana tadi?" tanya Rin.

"Macam mana awak tanya.. susahnya..." Minori mengeluh.

"Em, bolehlah sikit-sikit." kata Akira.

"Hehe, kacang je." kata Kazuo konfiden.

"Ye ke.. aku rasa ada susah sikit tadi terutama soalan terakhir." kata Yu-kun.

Perbualan mereka terhenti apabila Takanashi-senpai memasuki kelas mereka. Dia nampak terburu-buru.

"Sensei..huh..huh." dia tercungap-cungap.

"Eh, senpai dari mana ni? Sejak kebelakangan ni jarang nampak senpai kat sekolah." kata Rin.

"Sebenarnya saya ada ikut pertandingan Kendo.. Tapi tu tak penting.. ini lagi penting." kata Takanashi sambil menunjukkan smartphonenya.

"Eh, smartphone baru ke senpai?" kata Kazuo.

"Bukanlah.. tengok kat skrin tu hah."

"Eh! Elguard online versi Portal akan dikomersialkan.. Global launchnya esok?" kata Minori terkejut.

"Eh Rin, awak tak nampak terkejut pun." kata Yu-kun.

"Ye, sebenarnya saya dah lama tahu pasal ni. Ada syarikat baru yang ambil alih projek tu dan mereka kata ibu bapa saya masih hidup.. mereka berada kat dalam Portal cuma tak tahu lokasi sebenar. Jadi.."

"Mereka nak komersialkan game tu supaya lebih senang untuk mencari ibu bapa awak begitu?" kata Akira.

"Ye, macam mana awak tahu?"

"Saya cuma teka je."

"Sensei tak marah ke ciptaan ibu bapa sensei dijual begitu je?" tanya Takanashi.

"Pada mulanya saya pun tak setuju tapi.. ia untuk kebaikan saya juga."

"Yosh, jom kita bantu Rin.. kita sama-sama pergi ke global launch esok.. kat mana tu senpai?" kata Kazuo.

"Kat Tokyo."

"Eh? Jauhnya.." kata Akira.

"Takpe apa saja untuk Rin.. kawan baik kami." kata Kazuo.

"Arigato, minna sebab sanggup tolong saya."

"Takpe, kita kan kawan.. kenalah tolong antara satu sama lain." kata Minori.

"Baiklah esok kita bertolak pada jam 7. Jumpa di stesen, jangan lambat tau." kata Yu-kun.