webnovel

Kehilangan...

Keesokan paginya, Rin bangun agak awal. Sedang diamengemas begnya dia perasan ada sesuatu yang hilang. Alamak! Manakerja rumah saya.. bukankah saya dah siapkan semalam?

Dia mencari di merata tempat dalam biliknya. Namun, diatidak menjumpai apa-apa. Dia kemudian mencari di ruang tamu.Kebetulan pula dia terserempak dengan Kagamine-sensei yang barubangun.

"Neesan.. Ade nampak kertas tak?"

"Eh takde pula." kata Kagamine-sensei. "KenapaRin?"

"Kerja rumah saya.. saya perlu hantar hari ini."

Tanpa berfikir panjang Kagamine-sensei juga turutmembantu Rin untuk mencari kerja rumahnya. Setelah bertungkus-lumusmencari mereka tidak menjumpai apa-apa.

Minori dan yang lain sudah berada di kelas.

"Mana Rin?" tanya Minori.

"Entahlah, selalunya dia tiba lebih awal dari kitasemua." kata Kazuo.

"Mungkin dia.. tengah dating." kata Akira bergurau.

"Tak mungkinlah, Rin bukan jenis orang yang macam tu."kata Kazuo membantah..

"Itupun dia." kata Akira.

Rin masuk ke kelas dengan muka muram. Moodnya tidakbaik.

"Rin, kenapa ni?" tanya Minori.

Rin tidak menjawab.

"Rin, kalau awak ada masalah beritahulah kami." kataKazuo.

Akhirnya Rin membuka mulut. "Kk..kerja."

"Kerja? Kerja berat?" kata Kazuo.

Rin menggelengkan kepala.

"Habis tu?" kata Akira.

"Kerja rumah English saya hilang."

"Eh macam mana boleh hilang?" kata Minori.

"Saya tertinggal benda tu kat Perpustakaan semalam.Saya dah pergi tengok. Ia dah takde kat sana. Habislah aku." Diamembayangkan muka garang cikgu Englishnya.

Tiba-tiba pintu belakang kelas mereka terbuka dengankuat. Seseorang sedang mendekati Rin.

"Rin awak tertinggal ni semalam." kata Itsuka-sansambil menghulurkan kerja rumah Rin.

"A..arigato.. saya tak tahulah macam mana nak balasjasa awak Itsuka-san."

"Eh, takpe.. aa.. saya nak ke kelas dulu.. kelas dahnak mula.. Jumpa lagi Rin-kun." kata Itsuka-san sebelum keluar darikelas 1-B. Dia nampak tergesa-gesa.

"Alamak!" kata Kazuo.

"Eh? Awak kenapa Suzuki-kun? Buang tabiat ke?" kataMinori.

"Kelas PE pula hari ini." katanya mengeluh.

"Kazuo tak suka kelas PE. Dia trauma kena Dodgeballmasa kami Mid school dulu." Bisik Akira kepada Rin.

Tidak lama kemudian, kelas PE atau Physical Exercisebermula. Rin dan pelajar lelaki lain sudah bersedia dengan pakaian PEmereka. Kazuo masih berada di bilik salinan lelaki.

"Kazuo, tak nak pergi kelas PE ke? Nanti sensei marahawak, baru awak tahu." kata Rin cuba menasihati rakannya itu.

"Rin, biarlah dia tu. Dia memang macam tu." katasalah seorang pelajar lelaki.

"Ya, kamu pergilah dulu. Nanti saya menyusul." kataKazuo cuba meyakinkan Rin walaupun sebenarnya dia tidak mahumenyertai mereka.

Rin dan yang lain menuju ke dewan. Sebaik sahaja merekamasuk ke dewan, kelihatan pelajar 1-B dan 2-A sedang menjalani kelasPE.

"Eh, itu Rin lah..." kata salah seorang pelajarperempuan kelas 2-A.

"Wahh! Kawaii."

"Rin agak popular kan." kata Akira.

Minori hanya tunduk. Dia malu untuk menegur Rin padamasa itu kerana ramai pelajar perempuan dari kelab peminat Rin sedangberada di sana. Setelah kesemua pelajar lelaki kelas 1-B siapberjogging sebanyak 3 pusingan, mereka kemudian bermain bolakeranjang.

Wisel dibunyikan. Permainan pun bermula. Pelajar lelakikelas 2-A menentang pelajar lelaki kelas 1-B. Rin mendapat bola. Diacuba membawa bola tesebut melepasi barisan pertahanan lawan. Belumsempat mendekati tempat jaringan dia dihalang oleh dua orang pemainyang berbadan agak besar.

"Rin! Sini!" kata pemain kanan kelas 1-B. Dia agaktinggi dan boleh melakukan slam dunk dengan mudah.

Rin memberikan bola tersebut kepadanya. Dia berjayamelepasi barisan pertahanan terakhir. Tiada sesiapa dapatmenghalangnya dari melakukan jaringan pertama untuk pasukan kelas1-B. Sorakan gemuruh dan tepukan mengiringi jaringan pertama.

Akira dan Minori memerhati permainan tersebut dari tepigelanggang.

"Rin-kun nampak bersemangat bila dia bermain." bisikhati Minori. "Muka Rin,, dia .. kawaii."

"Minori.. Minori-chan!" teguran Akira menyedarkanMinori dari lamunannya.

"Eh.. gome-gome. Awak ada cakap apa-apa ke tadi?"

"Macam yang saya cakap tadi, macam mana hubungan awakdengan Rin?" tanya Akira ingin tahu.

"Er..err..."

"Beritahulah saya.. saya kan kawan baik awak. Manalahtahu saya boleh tolong awak."

"Dia... anggap saya kawan baik je." kata Minori.Mukanya tiba-tiba menjadi muram.

"Kenapa awak tak beritahu je perasaan awak kepada dia.Saya pasti dia juga merasakan perkara yang sama." kata Akira.

"Tak! Tak boleh, saya tak boleh beritahu dia.Bagaimana kalau,, kalau dia tolak saya... apa saya nak buat!"

"Itu lain cerita. Apa yang penting sekarang, awakconfess je.. yelah supaya awak tak terus begini."

"Hmm, saya akan cuba." mendengar nasihat Akira tadi,riak mukanya jelas menunjukkan perubahan.

"Macam tulah Minori-chan saya." kata Akira sebelummemberikan senyuman yang manis.

"Apa yang kamu berdua bualkan tu?"

"Yu-kun! Apa awak buat kat sini? Bukankah awak tengahbermain tadi?"

"Kena ganti.. penat main." katanya walaupunsebenarnya dia mahu menonton perlawanan tersebut bersama Akira. Diamengambil tempat duduk di sebelah Akira.

Akira perasan yang Orihara berada sangat dekatdengannya. Yu-kun.. dekat sangat.. Melihat keadaan itu,Minori meminta diri. Akira menunjukkan isyarat yang dia sangatmemerlukan pertolongan. Minori hanya membalasnya dengan senyuman danlambaian.

"Kalaulah saya dengan Rin macam tu kan." bisik hatiMinori.

Perlawanan itu menuju ke minit-minit terakhir. Kelas1-B memungut 43 mata manakala kelas 2-A mendahului dengan memungut 45mata.

"Cis, kita tak boleh kalah." kata kepten pasukan1-B.

Kelas 2-A melancarkan serangan pantas untuk memastikankemenangan milik mereka. Malangnya serangan tersebut berjayadipatahkan dan bola kembali dalam kawalan kelas 1-B. Kini giliranmereka menyerang. Mereka menggunakan taktik untuk mengelirukan pihaklawan. Akhirnya mereka berjaya mendekati garisan 3 point. Jika merekadapat menjaringkan gol dari sana sudah pasti kelas 1-B akan memenangiperlawanan tersebut. Bola sedang dalam kawalan Rin. Sekali lagi diadihalang oleh 2 orang pemain yang berbadan besar. Dia tidak dapatmenjaringkan gol kerana adanya halangan tersebut. Masa semakinsuntuk. Tiba-tiba dia melihat kelibat seseorang di gelanggang sebelahkirinya sedang meminta bola. Tanpa berfikir panjang Rin memberikanbola kepada orang tersebut. Sebaik sahaja mendapat bola, dia terusmelakukan percubaan. Masa menjadi perlahan. Bola tersebut menghampirigol. Tepat-tepat masa permainan tamat, kelas 1-B menjaringkan goldengan memungut 3 mata. Ini menjadikan mereka 1 mata di hadapan kelas2-A. Sorakan mengiringi kemenangan 1-B. Perlawanan persahabatan ituseolah-olah pertandingan kerana kedua-dua kelas mempunyai pemain yangmewakili sekolah.

Rin pergi kearah pemain kelas mereka yang menjaringkangol kemenangan tersebut.

"Eh? Kazuo! Awak ke yang menjaringkan gol tadi?"

"Ye, gome buat awak risau. Saya cuba melawan traumasaya. Saya janji takkan ponteng kelas PE lagi."

"Hah macam tulah Kazuo kami hahah!" kata salahseorang pemain.

"Wohoo.. Kazuo hero kita!"

Tidak lama kemudian, seluruh pemain kelas 1-Bmengerumuni mereka berdua. Rin keluar dari kerumunan tersebut.Kelihatan Tsumiki sedang menunggunya.

"Tahniah Rin-kun." katanya sebelum memberikan tualakepada Rin.

"Arigato."

Kepten pasukan 2-A memanggil Rin.

"Tahniah." katanya. Dia mendekatkan mukanya padaRin. "Kalau awak dekat dengan Tsumiki lagi. Siaplah awak!"katanya separuh berbisik.

Dia dan gengnya meninggalkan Rin setelah memberi amarankepadanya.

Tsumiki perasan sesuatu sedang berlaku. Dia terus pergike arah Rin.

"Rin. Apa yang dia kata pada awak?"

"Dia cuma mengucapkan tahniah je." kata Rinmenyembunyikan perkara sebenar.

Next chapter