Sewaktu di bangku sekolah tinggi dahulu, Qin Chu merupakan insan paling penting dalam hidup Huo Mian, seseorang yang memberinya pengalaman melalui semua perasaan – cintasentara, sayang, benci… Sekarang, dia sudah pulang. Tujuh tahun selepas dia menghilangkan diri tanpa mengucapkan sebarang selamat tinggal. Tambahan pula, dia sedang meminang sekarang, di tempat dan masa yang paling teruk dan kepada orang yang salah. Ini mungkin salah satu pengalaman yang paling tidak masuk akal yang pernah dilalui oleh Huo Mian.

"Qin Chu, hentikannya. Kita bukan budak-budak lagi," suara Huo Mian kedengaran serak apabila dia memalingkan mukanya daripada Qin Chu.

"Saya tak bergurau," Qin Chu membalas sambil memandang wajah Huo Mian yang cukup dikenalinya.

"Jadi kamu hanya mempermainkan perasaan saya? Kamu rasa seronok?" Huo Mian ketawa hambar. Dia perasan akan bunyi putus asa pada suaranya.

"Tidak."

"Jadi kamu mahu beritahu saya yang kamu serius?" kemarahan Huo Mian bertukar kepada ketawa apabila dia memandang Qin Chu. Dia tiba-tiba merasakan lelaki itu mengarut.

Qin Chu tidak membalas. Reaksinya sudah menjelaskan semuanya.

Huo Mian menarik nafas panjang dan menuding jarinya pada Qin Chu. "Baiklah, Qin Chu. Ulang apa yang kamu katakana."

"Huo Mian, jom kita kahwin." Dia cukup mengenali Huo Mian dan segera mengulangi pernyataannya.

"Qin Chu, dengar cakap saya. Saya memang akan kahwin, tapi bukan dengan kamu. Kamu perlu berhenti hidup dalam dunia fantasi kerana benda ini tidak akan berlaku pada kita berdua. Tidakkah kamu ingat saya pernah katakan bahawa jika semua lelaki atas planet ini meninggal pun, saya tidak akan kembali bersama kamu? Kamu mungkin tidak tahu mengenai perkara ini, tapi kamu satu-satunya manusia yang pernah saya benci. Kamu hancurkan hati saya dan hampir musnahkan saya. Tapi kamu tidak akan faham apa yang saya rasa kerana kamu bukan saya. Kamu tak pernah alami mimpi ngeri yang terpaksa saya lalui. Jadi tolonglah, kita sudah ada kehidupan masing-masing sekarang dan saya ada teman lelaki yang menyayangi saya lebih daripada segala-galanya di atas dunia ini. Pergi lah, saya tidak mahu jumpa kamu lagi. Pada saya, kamu hanyalah sumpahan yang tak terungkai. Jadi saya mahu meneruskan hidup saya tanpa kamu. "

Huo Mian merasakan bahawa dia sudah menerangkan semua duduk perkara. Jadi dia berpusing untuk kembali ke atas.

Tetapi, Qin Chu tiba-tiba menarik lengannya…

"Lepaskan saya! Qin Chu, apa lagi yang kamu mahukan daripada saya?" Huo Mian baru sahaja habis berkata-kata apabila Qin Chui tiba-tiba merangkulnya.

Dia memeluk Huo Mian dengan begitu kemas sehinggakan kepala gadis itu bersandar pada dada bidangnya. Huo Mian dapat menghidu bau wangian kolon jenama Versace pada baju kemeja putihnya. Buat seketika, Huo Mian merasakan sangat selesa dan terbiasa dalam dakapannya. Air mata bergenang di matanya saat kenangan mula terimbas.

Terkejut dengan dirinya sendiri, Huo Mian menyumpah di dalam fikirannya. Huo Mian, kamu dah gila kah? Lupakah kamu apa yang lelaki ini buat pada kamu dahulu?

Dia syaitan, jadi kenapa kamu bazirkan masa bercakap dengannya? Kamu akan berkahwin dengan Ning Zhiyuan tidak lama lagi! Huo Mian kembali waras apabila memikirkan perkara ini.

"Qin Chu lepaskan saya! Kamu jahanam! Saya akan menjerit meminta tolong!" Huo Mian mengugutnya sambil mengerutkan keningnya.

Qin Chu seolah-olah tidak mendengarinya. Dia mengetatkan lagi rangkulannya, enggan melepaskan Huo Mian.

Dia memeluknya dengan begitu kemas seolah-olah dia baru sahaja bertemu dengan harta yang hilang. Qin Chu bukanlah lelaki yang banyak bercakap. Dia sudah cukup gembira dapat memeluk Huo Mian dalam dakapannya seperti ini. Dia pulang dengan satu tujuan. Tiada sesiapa yang boleh memisahkan mereka lagi, tiada sesiapa.

Tiba-tiba, Huo Mian terdengar suara yang dikenalinya daripada arah belakang. "Apa yang kamu buat?"

.

avataravatar
Next chapter