webnovel

Menyapu Garam pada Lukanya (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Paling teruk pun, saya akan cincang mereka dan bagi makan kepada anjing," tambah Huo Mian.

Zhixin, "..."

"Ni barulah kakak saya."

"Haha, kamu nampak kakak macam apa? Wanita besi yang suka menindas?"

"Tak, pembunuh yang menakutkan," kata Zhixin lantas terus melarikan diri.

"Hei… budak tak guna, balik sini balik! Saya janji saya tak akan sepak kepala kamu! Saya tak percaya kamu gelar saya pembunuh menakutkan, imaginasi kamu memang melampau!"

Setelah Puan Qin pergi, keadaan menjadi lebih tenang…

Selepas jiran-jiran memujuk keluarga Huo Mian, mereka pulang semula ke rumah mereka…

"Mian, sini."

"Mak…" Huo Mian berjalan menghampiri emaknya yang wajahnya menjadi pucat disebabkan marah.

"Kata-kata perempuan sundal tu menjijikkan tapi betul apa yang dia cakap. Kamu dah lama berkahwin. Kamu berdua sepatutnya dah ada anak."

"Saya tahu," Huo Mian mencebik.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com