"Mana mungkin saya berkawan dengan orang seperti itu? Saya akan menjadi sangat tertekan." Zhu Lingling berkata dengan sedikit rasa jijik.

Para hadirin majlis pengebumian itu melangkah dalam barisan sepanjang jalan ke Perkuburan Awam Bukit Utara. Nenek Huo akan dikebumikan di kawasan feng shui terbaik yang ada iaitu di puncak gunung.

Satu ruang di dalam tanah perkuburan ini dikatakan berharga lima puluh ribu yuan setiap meter persegi.

Ia sangat mahal. Tetapi, Keluarga Huo sudah membeli dua ribu meter persegi sekaligus, mewujudkan makam eksklusif mereka sendiri.

Di sisi mereka, Huo Mian berdiri senyap dengan memakai kaca matanya.

Tiba-tiba, Huo Siyi berjalan ke arahnya dan berkata, "Apa yang kamu tengok? Adakah kamu cemburu? Ini makam yang Ayah beli khas untuk Keluarga Huo. Jangan mimpi untuk dikebumikan di sini. Anak tak guna macam kamu tak akan layak."

"Tempat seperti ini lebih sesuai untuk kamu dan keluarga kamu. Saya tidak sesuai di sini." Huo Mian berkata tanpa memandang Huo Siyi.

"Sudah tentulah." Kata Huo Siyi dengan bongkak.

"Baiklah, saya ucapkan selamat berjaya untuk kamu dikebumikan di sini tidak lama lagi." Huo Mian menambah.

"Apa kamu cakap?? Dasar perempuan bodoh!" Huo Siyi mengangkat tangannya dengan marah pada Huo Mian, seolah-olah mahu memukulnya.

"Encik Huo. Janganlah terlampau mengikut perasaan. Pihak media ada di sini untuk memerhati kejadian begini bagi meningkatkan jumlah tontonan mereka. Tetapi jika kamu mahu berada di berita utama, silakan pukul saya. Saya akan beri kerjasama." Huo Mian merendahkan suaranya dan mengingatkan Huo Siyi.

Huo Siyi menjatuhkan lengannya ke sisi dan memandang sekelilingnya untuk memastikan dia tidak menarik perhatian yang tidak diingini daripada pihak media. "Lebih baik kamu berhati-hati…" Katanya dengan penuh benci sebelum beredar.

Huo Siyi dan Huo Yanyan sangat mirip. Kedua-dua mereka dilahirkan daripada perempuan simpanan, dan kedua-duanya terlalu dimanjakan.

Kini apabila Huo Siyi sudah dewasa, perebutan harta warisan antaranya dengan Huo Siqian menjadi semakin tegang. Terima kasih kepada kasih sayang berlebihan daripada bapanya dan bantuan emaknya, rasa bangga diri Huo Siyi mula bertambah sehinggakan dia cukup berani untuk berlagak seperti pemilik Keluarga Huo.

Tetapi, Huo Mian merasakan yang si bodoh tak berotak seperti Huo Siyi boleh disingkirkan dalam masa beberapa saat sahaja jika Huo Siqian benar-benar mahu menguruskannya.

Satu-satunya sebab Huo Siqian belum mula bertindak ialah kerana emak Huo Siyi yang seorang selebriti itu sukar untuk diuruskan.

Tetapi, Huo Mian langsung tidak berminat dengan pergaduhan harta warisan dalam Keluarga Huo.

Semua ini tidak ada kena mengena dengannya. Tidak kiralah apa pun keputusannya.

Selepas pengebumian, semua kereta mula bergerak pulang ke rumah agam Huo. Rupa-rupanya, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang datang mengucapkan takziah, Huo Zhenghai telah menyediakan jamuan untuk lebih kurang enam puluh buah meja di sebuah hotel lima bintang.

Huo Mian sudah melakukan apa yang perlu dilakukan olehnya. Jadi, sudah tentulah dia tidak akan menyertai jamuan itu. Kini, apabila Nenek Huo sudah selamat dikebumikan, sudah tiba masa untuk dia beredar.

Selepas pihak media dan Keluarga Huo beredar, Huo Mian mula berjalan ke pintu masuk tanah perkuburan itu.

Hujan mula menitik apabila Huo Mian tiba di pintu masuk. Sewaktu dia berbelah-bahagi antara berlari ke pondok menunggu bas atau kedai runcit di dalam tanah perkuburan itu untuk membeli payung, sebuah Maybach 62S berwarna hitam berhenti perlahan-lahan di sisinya.

Dengarnya, kereta ini bernilai lebih daripada 11 juta yuan, didatangkan terus dari Jerman dengan bahagian dan konfigurasi terbaik. Ramai jutawan tanah besar yang berebut untuk membuat tempahan. Tetapi, kerana bilangan yang terhad untuk Asia, hanya ada enam model kereta ini yang dibawa masuk ke China.

Ia menjadi berita utama ketika itu dan ramai jururawat di Jabatan OB/GYN yang bercakap mengenainya.

Oleh itu, apabila melihatkan kereta ini, Huo Mian berpusing dua kali untuk memandangnya.

Tapi sekejap. Kenapa orang yang melangkah keluar itu seolah-olah dikenalinya?

Qin Chu memakai sut hitam yang dibuat khas dengan bunga putih lembut dipinkan pada poket dada bajunya.

Dia berjalan keluar daripada Maybach itu, perlahan-lahan membuka payung hitam dan berjalan ke arah Huo Mian.

"Kenapa…?" Huo Mian memandang pakaian Qin Chu, tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Huo Mian mengerti yang Qin Chu berpakaian begitu sebagai penghormatan untuk Nenek Huo.

"Adakah kamu merancang untuk meredah hujan jika saya tidak datang menjemput kamu?" Qin Chu bertanya pada Huo Mian.

"Tapi, kamu ada di sini, kan?" Huo Mian berkata perlahan-lahan.

"Mari, masuk ke dalam kereta." Kata Qin Chu seraya mengeluarkan sehelai sapu tangan putih dan mengelap sedikit rintik hujan di atas dahi Huo Mian.

Huo Mian duduk di dalam Maybach yang dibuat untuk golongan diraja dan memandang lelaki kacak yang kini menjadi pemandunya.

Dalam kebingungan, Huo Mian memikirkan bukan Huo Yanyan yang menyelamatkan alam semesta dalam kehidupan sebelum ini. Tetapi, dirinya sendiri.

"Qin Chu, emm. Kereta kamu, bukankah ia sedikit menunjuk-nunjuk?" Huo Mian bertanya. Dia tidak lagi mampu menahan soalan.

Maybach pertama dengan konfigurasi tahap Golongan Diraja di Bandar C! Ia pasti akan menarik banyak perhatian apabila mereka memandu sekitar bandar. Huo Mian tidak dapat tidak, tertanya-tanya jika ini idea yang baik.

avataravatar
Next chapter