54 Mendapatkan Sijil Pernikahan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kalau kamu mahu saya tidur dengan kamu, kenapa perlu bersusah payah mengahwini saya? Beritahu sahaja berapa kali kamu mahu tidur dengan saya." Huo Mian mencemuh dengan sinis. Dia menganggap Qin Chu mengambil kesempatan seperti Wei Dong juga. Dia mula membenci lelaki itu.

"Kamu silap. Saya memang mahu tidur dengan kamu. Tetapi, saya mahu tidur secara sah dengan isteri saya. Bukan seperti skandal rahsia yang tersembunyi."

Huo Mian terdiam mendengarkan kata-katanya.

"Kamu boleh pulang dan fikirkan dahulu sebelum kamu membalas."

"Saya tidak perlu buat begitu. Saya setuju dengan syarat kamu. Tolong jalankan pembedahan adik saya dengan segera." Huo Mian tidak teragak-agak langsung.

"Okey. Kalau begitu, mari pergi sekarang. Kita akan ambil Lebuh Malar Hijau. Mari berkahwin apabila kita melalui Biro Pengurusan Awam."

"Hari ini?" Huo Mian terkejut.

"Ya. Kalau tidak, kamu fikir bila lagi?" Qin Chu memandangnya dengan riak serius.

Huo Mian terkejut, dia tidak merasakan hari ini ialah hari yang sesuai untuk berkahwin.

"Adakah kamu bimbang jika saya tidak menunaikan janji ini? Kamu tidak percayakan saya?" Huo Mian berkata sambil tersenyum pahit.

Dia menyangkakan Qin Chu tidak mempercayainya dan mengesyaki bahawa dia tidak akan mengahwini lelaki itu selepas pembedahan

Namun, dia langsung tidak tahu bahawa hal ini kerana Qin Chu sudah menunggu begitu lama untuk hari ini.

"Tidak, saya cuma rasakan hari ini akan menjadi hari yang hebat. Jom, kita masih perlu ke hospital untuk pembedahan itu."

Selepas bercakap, Qin Chu mengambil jaketnya dan berjalan keluar dari pejabat. Huo Mian mengikut di belakangnya tanpa sebarang bunyi.

Para setiausaha di luar pejabat itu semuanya terkejut melihatkan pemandangan ini.

"Siapa wanita itu? Saya ingatkan Presiden melarang orang lain memasuki pejabatnya. Kenapa dia membiarkan wanita itu masuk?"

"Saya tidak tahu. Dia tidak kelihatan seperti teman wanita Presiden. Dia tidaklah cantik sangat. Baju yang dipakainya juga begitu ringkas. Kamu rasa, adakah dia pembantu rumah baru yang digajikan oleh keluarganya?"

"Adakah kamu bodoh? Kenapa pula Presiden kita mahu menemubual seorang pembantu rumah? Mari tanya Pembantu Yang."

Selepas setiausaha itu mula bergosip, akhirnya salah seorang daripada mereka cukup berani untuk pergi bertanya pada Pembantu Yang.

"Pembantu Yang, siapa wanita itu? Nampaknya, Presiden melayan dia dengan berbeza."

"Manalah saya tahu? Ini juga kali pertama saya melihat dia." Pembantu Yang membalas dengan wajah tidak bersalah.

"Bukankah pendaftaran pernikahan memerlukan pendaftaran isi rumah? Saya tidak bawa pendaftaran saya bersama-sama." Huo Mian berkata dengan perlahan daripada tempat duduk penumpang.

"Tidak…"

"Hah?" Sekali lagi, Huo Mian terkejut. Dia tidak tahu mereka boleh mendaftar pernikahan tanpa pendaftaran isi rumah.

Sebenarnya, Qin Chu begitu berkuasa dan pintar mencari penyelesaian. Malah, dia boleh pergi dan daftar pernikahannya tanpa seurat benang jika dia mahu.

-Di Biro Pengurusan Awam-

Di dalam bilik majlis VIP, seorang kakitangan memberikan buku kecil berwarna merah kepada pasangan itu. Buku tersebut merupakan sijil pernikahan mereka.

"Ini sahaja? Kita sudah berkahwin?" Huo Mian bertanya dengan resah.

"Ya. Kami jumpa pendaftaran isi rumah kamu di dalam sistem kami. Tahniah atas perkahwinan kamu berdua."

"Jom." Qin Chu yang berada dalam mood baik segera mengambil salah satu buku merah itu.

Huo Mian mengikut di belakangnya. Dia masih dalam keadaan tidak percaya. Mereka berkahwin tanpa sebarang pengesahan identiti.

Tetapi sebenarnya, Qin Chu sudah menghubungi pembantu pegawai kanan, lelaki pertengahan usia itu ketika dia pergi mengambil keretanya di tempat letak kenderaan.

Dia bertegas meminta perkara ini sebagai ganjarannya.

Lelaki pertengahan usia itu sangat cekap dan Biro Pengurusan Awam menguruskan perkara ini dengan penuh teliti.

-Di dalam sebuah rumah teh di Bandar Jing-

"Tuan, kami sudah jalankan arahan Tuan."

"Anak muda ini memang menarik. Ganjaran yang boleh tahan hebat dimintanya." Kata seorang lelaki tua yang baik dengan rambut putih dan kedutan pada wajahnya.

"Maksud saya, hanya mereka yang genius boleh fikirkan hal begini. Mereka selalu memeranjatkan orang lain." Lelaki pertengahan usia itu bersetuju.

"Qin Chu, kita patut menuju ke hospital sekarang." Huo Mian menggesa.

"Mulai sekarang, saya suami kamu." Tanpa menunggu balasan Huo Mian, Qin Chu tiba-tiba memegang wajahnya dan merapatkan bibir mereka. Kemudian, dia menekan minyak dan memecut laju.

Huo Mian yang duduk di sebelahnya merasakan seakan berada di awan-awangan.

avataravatar
Next chapter