Selepas seketika, Qin Chu menjawab perlahan-lahan, "Apa yang saya tahu, tujuh tahun berpisah dengan kamu ialah kesilapan terbesar dalam hidup saya."

Kata-kata ini menghentak hati Huo Mian, bagaikan sesuatu yang pecah dengan lembut.

Dia tidak tahu apa yang pecah. Mungkin dinding di sekeliling hatinya.

Kemudian, kedua-dua mereka hanya diam sepanjang perjalanan itu.

Ketika jam menunjukkan pukul 9.20 malam, baru lah mereka tiba di Taman Diraja.

Qin Chu membantu Huo Mian mengeluarkan alat pertolongan kecemasan daripada kabinet ruang tamu.

Kemudian, mereka duduk di atas sofa sementara Huo Mian menguruskan luka Qin Chu dengan berhati-hati.

Qin Chu bukan sahaja cedera pada tangannya, malah lututnya turut tercalar. Darah meresap pada seluar mahalnya.

"Siap. Jangan biar ia terkena air untuk beberapa hari. Hati-hati semasa kamu mandi." Huo Mian berpesan pada Qin Chu.

"Faham."

"Dan…tanggalkan seluar kamu. Saya akan basuhkan untuk kamu."

"Tak apa. Seluar ini boleh dicuci kering."

"Baiklah. Kalau begitu, pergi berehat. Saya penat sedikit dan mahu tidur sekarang." Kata Huo Mian semasa dia melangkah menuju ke tangga.

"Mian, saya agak lapar." Kata-kata Qin Chu menyebabkan langkah Huo Mian terhenti.

"Kamu mahu makan apa?"

"Apa-apa sahaja pun boleh." Qin Chu memandang matanya.

Huo Mian tidak mahu membalas pandangan Qin Chu. Dia memalingkan kepalanya dan berjalan ke arah peti sejuk.

Dia membuka pintu peti sejuk itu dan perasan ia dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Nampaknya, Qin Chu sudah bersedia terlebih dahulu.

Huo Mian membawa keluar sedikit mi telur dan salad. Kemudian, dia melangkah ke dapur.

-Dua puluh minit kemudian-

Huo Mian membawa keluar semangkuk mi telur dengan salad yang masih berasap dari dapur itu dan meletakkannya di atas meja kopi.

"Makanlah sementara ia masih panas."

"Kamu tidak mahu makan sekali?"

"Saya sudah makan semasa shif saya tadi. Saya tidak lapar." Kemudian, Huo Mian berpusing dan naik ke tingkat atas.

Qin Chu duduk di atas sofa, mengambil penyepit dan mula makan mi itu.

Memori mula terimbas di dalam fikirkannya.

"Qin Chu, kedai mi ini tidak begitu bagus. Berani mereka meletakkan harga sebanyak 15 yuan untuk semangkuk mi yang tidak sedap. Lain kali, saya akan buatkan untuk kamu. Saya boleh masak mi yang sedap."

"Yak ah? Kalau satu hari nanti kita kehilangan kerja, kamu boleh buka restoran mi untuk membela saya."

"Kamu fikir saya akan biarkan lelaki yang disara wanita menjadi suami saya?"

"Selagi saya boleh menjadi suami kamu, saya tidak kisah disara oleh wanita."

Mereka mencipta begitu banyak kenangan terindah tujuh tahun yang lalu.

Di belakang sekolah mereka terdapat banyak kedai yang menjual makanan ringan jalanan. Qin Chu gemarkan mi, jadi Huo Mian sering mengikutnya bersama.

Mereka melawat banyak kedai tetapi tidak menjumpai sebarang makanan yang sedap. Hal itu lah yang mencetuskan perbualan mereka.

Dahulu, Qin Chu memikirkan yang dia dan Huo Mian akan sentiasa bersama setiap hari. Jadi, dia akan sentiasa berpeluang mencuba mi Huo Mian.

Dia langsung tidak menjangkakan yang dia perlu menunggu selama tujuh tahun untuk berpeluang menikmati mi Huo Mian.

Masa memang tidak berhati perut. Begitu banyak kenangan indah yang hanya boleh disimpan di dalam memori.

Walaupun malam ini dia mengenepikan nyawanya untuk menyelamatkan Huo Mian, gadis itu masih menjauhkan dirinya.

Qin Chu dapat melihat konflik, rasa tidak senang, rasa bersalah dan ketakutan dalam hati Huo Mian.

Tetapi, selagi dia boleh bersama-sama dengannya, Qin Chu sanggup berkorban semua perkara. Harapannya mudah – selagi Huo Mian hidup sejahtera.

Fikirannya terhenti. Qin Chu mula menelan mi itu dengan cepat dan menghabiskan sup itu.

Dia tidak ingat bagaimana rasa mi itu. Tetapi, dia tahu itu mi yang paling enak dalam seluruh dunia.

Ia kerana Huo Mian yang memasak mi itu.

-Di bilik tidur tingkat atas-

Huo Mian berbaring di atas katilnya. Seluruh fizikal dan mentalnya terasa penat. Qin Chu terluka kerananya. Dia bukanlah tidak berhati perut dan bukannya dia tidak mengendahkan apa yang berlaku. Tetapi, sebaik sahaja dia teringat akan kata-kata emaknya, dia mula berasa serba salah.

Ding~

Dia menerima satu pesanan WeChat.

Huo Mian mengambil telefonnya perlahan-lahan. Seperti yang disangkakan, pesanan itu daripada Zhu Lingling.

Baru-baru ini Zhu Lingling ditugaskan untuk laluan pantai timur dan tidak pulang ke Bandar C. Huo Mian sebenarnya tidak biasa dengan ketenangan tanpa mesej-mesej yang banyak daripada Lingling.

"Mian, saya sudah pulang. Jom keluar dan minum dengan saya. Saya sudah bekerja keras seperti anjing beberapa hari ini."

Huo Mian tersenyum lembut dan membalas. "Tidak mungkin. Tidak ada anjing yang penat begini."

"…" Zhu Lingling kehilangan kata-kata.

Kemudian, Huo Mian menghantar pesanan pendek yang lain.

"Lingling, saya sudah berkahwin."

Selepas melihat empat patah perkataan ini dengan jelas, Zhu Lingling yang terperanjat segera melompat turun dari katilnya.

avataravatar
Next chapter