webnovel

Huo Mian, Saya Cinta Kamu (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

- Halaman Rahmat Langit -

Ketika Huo Mian sampai, emaknya baru sahaja selesai bersarapan dan sedang mengemas rumah.

"Mak…"

"Mian, kamu balik?"

"Ya, Mak… mana Xiuping?" Huo Mian memandang sekeliling dan bertanya dengan berhati-hati.

"Oh, dia dah pergi…" kata Yang Meirong sambil mop lantai.

"Oh? Dia pergi? Pergi ke mana?"

"Dia cakap dia jumpa satu kerja yang sediakan makanan dan hostel dan 5,000 yuan sebulan. Mak rasa ia bagus, jadi Mak lepaskan dia. Kalau tak, duduk dekat sini dan tak buat apa-apa sepanjang hari sama macam duduk dalam penjara."

"Oh…" Huo Mian mengangguk dan tidak berkata apa-apa.

"Oh, ya, Mak dah jumpa barang kemas Mak, Mian."

"Mak jumpa? Dekat mana?"

Huo Mian tahu Yang Xiuping takut dipenjarakan, maka dia pasti akan mendapatkan kembali barang kemas Yang Meirong.

Ia tidak begitu bernilai tetapi ia berkait dengan perangai.

Di penghujung hari, mencuri sesuatu yang memalukan…

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com