32 Citarasa Seksual

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihatkan pandangan presiden yang langsung tidak teruja itu, Jiang Linyue segera memperkenalkan dirinya dengan berhati-hati.

"Presiden Qin, saya pengarah untuk Rekaan Mewah GK. Nama saya adalah Jiang Linyue."

"Kenapa kamu di sini?" Suara Qin Chu kedengaran dingin.

"Oh, saya di sini untuk mempersembahkan contoh rekaan mewah terbaru untuk musim ini. Kali ini, jabatan kami telah melancarkan beberapa model baru –"

"Letakkan bahan itu. Kamu boleh beredar." Qin Chu menyampuk Jiang Linyue tanpa simpati sebelum wanita itu sempat menyudahkan ayatnya.

"Presiden Qin, saya rasa lebih baik jika saya meneliti beberapa butiran dengan kamu." Reaksi Jiang Linyue ketika itu lebih daripada sekadar tergamam. Dia merasakan sikapnya sangat teratur dan sopan. Dia tidak merenung Qin Chu seperti wanita lain. Dia juga tidak berlagak. Kenapa presiden itu begitu tidak gembira?

"Kamu tidak perlu bincangkan butiran itu dengan saya. Cukuplah jika kamu bincangkannya dengan Naib Presiden."

Mendengarkan kata-kata Qin Chu, kekecewaan melanda hati Jiang Linyue. Dia sudah menyediakan ucapan penuh untuk presiden muda itu tetapi sudah dipotong sebelum dia sempat memulakannya.

"Kamu boleh pergi sekarang." Arah Qin Chu.

Jiang Linyue mengambil kertas tersebut dan beredar dengan terpaksa.

Sebelum beredar, dia berpusing untuk melihat Qin Chu. Dia sempat melihat lelaki itu menanggalkan jaket dan bersandar di meja. Pemandangan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan mana-mana perempuan jatuh cinta. Dahulu, dia mengatasi semua cabaran untuk digajikan di GK dengan tujuan utamanya – berada di sana ketika Qin Chu berada di puncak. Bayangan untuk melihat Qin Chu setiap hari sahaja sudah membuatkan dia begitu gembira.

Selepas Jiang Linyue beredar, Qin Chu mendail nombor dalaman pejabat.

"Presiden Qin, apa yang boleh saya bantu?" Pembantu Yang berjalan masuk ke dalam pejabat dengan hormat.

"Saya perlukan seseorang untuk mengemaskan pejabat saya sekarang. Dan juga, lain kali, jangan benarkan sesiapa masuk ke pejabat saya. Mulai sekarang, bawa semua pelawat saya ke bilik perbincangan kecil."

"Ya, Presiden Qin."

Qin Chu bencikan bau minyak wangi. Dan fakta ini hanya diketahui oleh mereka yang sangat rapat dengannya.

Hal ini bukanlah kerana dia mempunyai alahan. Tidak. Ini kerana bauan yang dibuat secara sintetik menyakitkan hatinya.

Jiang Linyue berada di dalam pejabatnya terlalu lama. Bau minyak wangi Chanelnya merebak ke seluruh udara.

Qin Chu benar-benar tidak suka akan bau itu. Jika dibandingkan, dia lebih gemar bau formaldehid hospital.

Atau mungkin, dia hanya sukakan bauan unik milik seseorang itu sahaja.

-Jabatan Reka Bentuk GK-

Jiang Linyue kembali. Dia kelihatan kecewa.

"Pengarah Jiang. Adakah kamu berjumpa dengan bos besar kita? Adakah dia kacak?"

"Macam mana kamu semua ada masa untuk bergosip? Tidakkah kamu ada kerja untuk dibuat?" Jiang Linyue bertanya dengan muram.

"Ya, Pengarah Jiang." Pembantu setiausaha itu segera menutup pintu dan beredar.

Sambil duduk di kerusi pejabatnya, Jiang Linyue melepaskan keluhan kecewa…

Dia yang pernah belajar di Paris selama tiga tahun sudah menerima pelbagai anugerah reka bentuk.

Pelbagai syarikat domestik dan antarabangsa yang terkenal menawarkannya jawatan. Tetapi dia berkeras memilih untuk pulang ke tanah airnya sendiri. Dia nekad untuk pergi ke Bandar C dan mencari jalan masuk bekerja di GK, hanya kerana dia sukakan Qin Chu.

Dia sudah berada di GK selama dua tahun, menunggu kepulangan presiden muda itu.

Jiang Linyue cantik dan berbakat. Dia juga mempunyai citarasa hebat dalam berpakaian. Macam mana presiden itu boleh menolaknya?

"Melainkan…presiden itu homoseksual?" Jiang Linyue menggumam kepada dirinya sendiri.

Artikel-artikel majalah selalu menerangkan mengenai bagaimana lelaki kacak kebiasaanya ialah homoseksual, terutamanya mereka yang tidak mempunyai teman wanita.

Presiden Qin lebih daripada kacak. Dia langsung tidak ada kekurangan rupa. Jiang Linyue juga sudah bertanya pada orang-orang sekeliling mengenai hal teman wanita.

Semua orang membalas yang presiden itu masih bujang. Ini memberikannya keyakinan untuk merapati lelaki itu. Dia tidak menjangkakan dirinya akan ditolak pada percubaan kali pertama.

Pada waktu tengah hari, ketika Qin Chu kira-kira mahu keluar makan tengah hari, dia menerima satu pemberitahuan di telefonnya.

Dia membuka WeChat dan nampak seseorang menghantar pesanan di dalam kumpulan bual kelasnya. "Ada sesiapa tahu bilakah Dewi Huo akan berkahwin?"

Dia baru sahaja menyertai WeChat beberapa hari lepas dan belum menambah banyak kenalan lagi. Dia cuma berada di dalam kumpulan itu kerana Puan Yao telah memasukkan dia ke dalam kumpulan itu semenjak pertemuan kembali yang lalu. Dia tidak sangka yang dia akan mendengar berita mengenai Huo Mian di dalam kumpulan ini.

avataravatar
Next chapter