webnovel

Unforgivable ( Melayu Sabahan )

Dia gadis yang polos dan sangat pendiam. Dia dihina, dicaci dan diperlakukan dengan kejam. apa yang terjadi hingga merubah dia kepada seseorang yang ceria dan nakal ? kenakalannya senantiasa dirindui cikgu dan sahabatnya hingga dinantikan oleh mereka.

Enma2_1 · Teen
Not enough ratings
22 Chs

chapter 5

Dua tahun sebelum itu.

Benny: `Renno,kau tengok siapa tu?".

Renno:`Ko tengok tu si Afrina tu! Makin lama makin gedik aku lihat!"(marah).

Benny:`Ala, ko taulah dia tu. Mana cukup satu lelaki!"

Renno:`Haha.. hairan juga, kenapa dia tidak pernah peduli aku?"

Benny:``Ko kenapa, Kau suka dia kah?"

Renno:`Ahh? Mana ada! Kau jangan merepek sana, ok?" ( gagap )

Benny:`Boleh dipercayaikah ni? Kalau tidak suka, kenapa ko menggelabah semacam ni?"

Renno:`Hey, aku nak pergi tandas sekejab. Bye bro!"(Berdiri).

Bagi aku, perempuan yang aku inginkan sepatutnya seorang gadis yang bersopan-santun dan pandai menjaga maruah diri sendiri.

Bukannya seperti Afrina, yang hanya bertudung litup dari atas ke bawah di sekolah tapi menjual kehormatan diri di luar. Aku tidak perlukan gadis seperti itu dalam hidup aku.

Dalam perjalanan kembali ke kelas, aku terserempak dengan Afrina yang sedang menangis sendirian di tangga.

Ketika ini, tiada sesiapa yang berada berdekatan dengannya, aku cuba untuk mendekatinya tetapi dia tidak mempedulikan aku langsung malahan tangisannya bertambah kuat.

Afrina memang selalu menangis disebabkan semua orang termasuk `kawan baik' dia sendiri membuat hidup dia seperti sampah masyarakat. Hanya kerana dia memiliki bentuk badan seperti gadis yang kehilangan dara sunti, kami semua memperlakukan dia seperti itu. Ahh! Apa yang aku cakapkan ni? Afrina memang gadis tidak suci dan kotor seperti pelacur! Lebih baik aku pergi sebelum sesiapa menuduh aku yang membuat Afrina menangis.

Eve:`Tunggu dulu, Renno.."

Renno:`Apa dia, Afrina ?"(terkejut).

Eve:`Nak tanya, adakah aku patut diperlakukan seperti ini hanya kerana aku memiliki bentuk badan seperti ini? ".

Renno:`Ini.. aku tidak tahu!"

Aku mendekatinya sekali lagi dan mengelapkan air matanya dengan tangan sambil mencium dahinya.  Afrina terkejut dan menolak aku ke tepi. Aku tidak melawan kerana aku tahu itu salah aku kerana berkelakuan tidak senonoh.

Renno:`Rina, maafkan aku''.

Dengan lembut aku memeluk Eve dan mencium bibirnya sambil berkata ``Afrina, jangan menangis macam ni. Kuatkan semangat dan bergerak ke hadapan , jangan pedulikan apa orang cakap."

Aku tidak dapat mengawal diriku dan aku terus-terusan menciumnya.

Eve tolak dan mempalingkan matanya daripada menatap wajah aku.

Eve:`Renno, kenapa kau cium aku? Kau ingat kau siapa untuk mencium aku seperti itu?" ( marah )

Renno:`Aku tahu aku siapa. Maafkan aku. Aku tak tahu kenapa aku buat macam ni".

Sekarang.

Eve Nur Afrina

Aku boleh rasakan Renno sukakan aku tapi kenapa dia buat aku begitu? Menuduh aku pelacur. Aku cuba siasat tapi susah. Susah untuk membongkar kegelapan sisi manusia terutama kalau orang itu adalah kawan baik sendiri.

Silap, bekas kawan baik. Kini Sheila kurang mesej saya sejak habis tingkatan 5. Apatah lagi berjumpa? Jarang skali. Nampak baik tapi rupanya ada udang sebalik batu.

Apabila difikirkan semula? Aku hanya tempat dia melepaskan kebosanan.Adakah seorang kawan yang akan cakap kawannya hodoh kalau tersenyum?

Aku kini berubah, turun 12kg dalam 5 bulan. Ya,hanya 5 bulan sahaja sudah cukup untuk membuat aku berubah seperti sekarang. Badan ramping dan senyuman menawan sudah cukup menawan hati lelaki,tak perlu bermekap.

Baru aku sedar bahawa aku tak sehodoh yang aku sangkakan. Dari anak itik yang hodoh ke angsa putih yang cantik.Tambahan lagi kalau aku tersenyum, banyak lelaki yang terpikat.

Cuma aku yang  bodoh tidak perasan. Tanpa aku sedari, aku semakin suka melihat orang yang berlagak pandai tapi hakikatnya bodoh dan lebih teruk lagi, bodoh sombong.

Lebih baik berpura-pura bodoh daripada berlagak pandai kerana mereka yang berlagak pandai kelihatan sangat lucu.

Lelaki-lelaki yang pernah membuli aku dulu, kini menjadi antara pemuja setia aku di sekolah. Betapa`Cheap'' cinta mereka itu. Sampai mati, aku tidak akan terima cinta mereka semua. Lelaki seperti mereka banyak di tepi jalan, `hahaha'' senang cakap, cinta bontot anjing.

Tempat Renno.

Eve Nur Afrina bukan seperti dulu lagi, personaliti dia jauh berbeza daripada dulu.

Dia nampak lebih ceria daripada dulu. Senyuman yang dia lemparkan kepada semua orang kelihatan begitu manis dan menyakitkan kerana ianya bukan untuk aku.

Aku tak tahu kenapa dia boleh berubah dengan drastik seperti itu, adakah kerana kes aku tolak dia dulu?

Mustahil, Afrina boleh hilang ingatan dengan mudah hanya kerana kemalangan itu dan tidak mustahil juga dia hilang ingatan kerana dia koma 2 bulan, itu bukan tempoh masa yang sekejab.

Sudah cukup untuk mengubah kehidupan aku dan Adrian. Aku dan Adrian terpaksa berpindah kerana kes itu amat berat dan sebagai pelajar pintar di sekolah, hanya itu jalan untuk kami keluar dari masalah itu.

Apa yang aku dengar,Afrina hampir buta waktu itu namun ada saudaranya baru meninggal dunia sebelum itu,untung matanya masih boleh digunakan walau lepas 76jam.

Memang pelik, Afrina masih koma semasa itu tapi mereka terus masukkan mata baru kepadanya. Seolah-olah mereka yakin mata itu sepadan dengannya tanpa perlu buat pemeriksaan lanjut.

Agaknya , apa dia akan buat kepada aku jikalau ingatannya kembali pulih kelak?

Aku harus menelefon Adrian Danish sebelum dia kembali ke sekolah sebagai junior.

Ya, aku juga junior kerana pelajaran aku terhenti selama setahun , ianya betul-betul menjejaskan hidup aku dan Adrian tapi dia tetap meneruskan tingkatan 4 dan 5 sehingga habis.

Semasa dia tingkatan 5, kami adalah rakan sekelas. Ianya juga bermaksud aku akan menjadi pelajar junior Afrina. ``Arghhh!'' kusutnya fikiran dibuatnya.