webnovel

The World Of Fantasy: Arynniel

MALAY FANTASY STORY.. Kisah hidup aku tak sama macam orang lain.. Zaman kanak-kanak aku juga tidaklah seindah seperti zaman kanak-kanak yang lain.. Aku sedar aku hidup tanpa hala tuju dan matlamat seperti mana yang orang lain sibuk kejarkan.. Aku sedar aku hanya manusia yang tidak sempurna bukan sahaja dimata hamba Allah yang lain malah mungkin juga dimata Sang Pencipta.. Aku juga sedar akan kekurangan diri aku sebagai seorang insan yang lemah.. Meskipun aku berbeza dengan mereka namun siapakah aku di mata mereka..? Tidak layakkah aku untuk mengenal erti bahagia..? Hinakah aku dimata mereka..? Tidak layakkah aku digelar manusia..? .... Kemunculan dirinya di dunia itu telah menyebabkan huru hara berlaku. Pelbagai cabaran harus ditempuhi demi membongkar kebenaran yang sudah lama dilenyapkan. Aku tak patut berada di sini.. Layakkah aku terima semua ni..? Siapa aku sebenarnya..? Kenapa aku berbeza..? Bagaimana dengan 'mereka'..? Walau seteruk mana pun perjalanan hidup aku, aku tetap bersyukur kerana telah dianugerakan sesuatu yang tidak pernah ku duga serta impikan.. Aku Niel dan ini adalah coretan tentang kisah hidupku yang penuh dengan keajaiban yang berlaku...

_SweetQae_ · Fantasy
Not enough ratings
10 Chs

Kedai kosong?

Di suatu kawasan

"Kenapa ni? kau okey?" soal Milley apabila melihat Ziel menyentuh beberapa bahagian tubuh badannya. Wajah Ziel yang berkerut menambahkan lagi kerisauan dirinya.

"Nak aku tolong rawat tak?" sekali lagi soalan diajukan kepada Ziel.

Segera Ziel mengawal riaksi wajahnya. "Issokay, cuma sakit perut je nothing serious" bohongnya.

"Haihh.. orang lain mungkin kau boleh tipu tapi bukan aku. Suka hati kaulah aku malas nak layan. Orang nak tolong tak nak" marah Milley dan terus bangun dari duduknya.

Melihat Milley yang mula mengatur langkah pergi itu membuatkan Ziel terus menarik tangan kanan Milley tanpa berfikir panjang. Terkejut dia apabila merasakan tangannya ditarik oleh Ziel yang selama ini tidak pernah menyentuh kulitnya walaupun seinchi.

Tubuh Milley dihadapkan ke arahnya. "Hey, listen. Aku bukannya tak nak terima pertolongan atau rawatan dari kau. Aku cuma tak nak kau risaukan aku. Aku tak sakit apa pun. Aku okey je, jangan risau okey..?" Dalam anak matanya merenung gadis itu.

Tangan kirinya membelai lembut rambut lurus gadis tersebut. Sungguh dia terharu apabila melihat gadis itu sangat prihatin terhadap dirinya.

"Betul ni? Kau okey?" Air mata yang sudah sedia bertakung itu akhirnya mula gugur setitis demi setitis. Terkedu Ziel apabila melihat gadis di hadapannya mengalirkan air mata kerana dirinya.

"Hey..? Shhhh..Girl, look at me. Don't worry okey..? I'm totally fine as long as you're here with me. Don't you remember that you are my sunshine..? Without you everything is impossible no matter how easy it was. Please don't cry." Perlahan ibu jarinya menyeka air mata gadis di hadapannya.

"Hiks hikss.. kau selalu kata yang kau okey. Kenapa kau tak nak orang risaukan kau sedangkan kau pula selalu risaukan orang-orang sekeliling kau.. adil ke macam tu? Aku cuma nak jadi yang terbaik untuk kau tu je. Aku tak kesah kau nak berahsia dengan aku tentang penyakit kau tapi at least boleh tak beri aku peluang untuk rawat kau? Selama ni kau je yang selalu rawat aku walaupun sakit aku tu sikit je. Boleh?"

Sungguh hatinya tersentuh apabila melihat keikhlasan hati seorang gadis berumur 16 tahun di hadapannya ini. Kata-kata gadis tersebut sedikit sebanyak telah menyedarkan dirinya kepada beberapa perkara yang mungkin dia terlepas pandang selama ini.

"Of course you can! tapi ada caranya" Katanya dengan wajah yang teruja bagi menyembunyikan rasa sakit yang dialaminya.

"How?" soal Milley.

Tersenyum Ziel apabila mendengar pertanyaan dari si gadis. Perlahan ibu jari serta jari telunjuknya diletakkan bahagian hujung bibir si gadis lalu dengan perlahan bibir yang melengkung ke bawah itu bertukar arah menjadikan lengkungan tersebut naik ke atas. Senyum. Ya! itu yang cuba dilakukan oleh Ziel.

"Kekalkan senyuman ini untuk sembuhkan aku and thanks! Sekarang aku dah sembuh dah tak ada rasa sakit lagi. Hebatkan kuasa senyuman. Bukan sahaja mampu untuk merawat luka di hati malah luka yang datangnya entah dari mana pun boleh dirawat dengannya." Lega hatinya apabila melihat gadis di hadapannya sudah kembali tersenyum. Walaupun rasa sakit yang mencengkam masih dirasai olehnya, dia sedaya upaya untuk menyembunyikannya bersama senyuman yang terlakar di wajah.

Perlahan si gadis memukul lengan Ziel apabila melihat kedudukan mereka berdua sekarang. Tergelak Ziel apabila melihat perubahan wajah si gadis. 'kyopta!!' Ingin dia menjerit sekuat hati tatkala melihat wajah comel si gadis.

"Thanks and sorry about that" Lembut suara si gadis menerjah masuk di halwa telinganya.

"Issokay! You are such a cry baby huhh..? HAHAHAHA" Semakin galak dirinya mengusik si gadis apabila melihat wajah si gadis yang tidak ubah seperti memakai pemerah pipi setebal 1 inchi.

Buat seketika Ziel lupa akan sakit yang dialaminya. Mereka berdua kembali duduk di kawasan persisiran pantai tersebut sambil menikmati pemandangan apabila sang mentari terbenam.

______________________________

Sang mentari sudah pun melabuhkan tirainya, dan hanya menghitung masa untuk kembali menyinari dunia pada keesokkan harinya. Dari jauh kelihatan seorang remaja yang langkahnya begitu perlahan dan titisan-titisan darah yang minitis bagaikan penanda arah yang menunjukkan tempat tersebut telah pun dijejaki olehnya.

Jalan sunyi dipilih untuk meneruskan langkahnya walaupun dia sendiri tidak tahu kemana hendak dituju dan kemana jalan tersebut membawanya. Pada asalnya, dia mahu ke kawasan di mana terletak kuda miliknya namun niatnya itu segera dibatalkan apabila melihat kawasan yang seharusnya dilalui itu sedang berlangsungnya majlis perkahwinan. Dia sendiri juga tak pasti mengapa majlis tersebut diadakan betul-betul di tengah jalan.

Dan sekarang dirinya sudah sesat. Tiada arah tuju. Tiada masa depan. Lapar. Ya! Itu yang dirasainya tatkala ini bahkan dari petang juga perutnya telah mula memainkan drum menandakan perutnya harus diisi dengan segera.

Jalan punya jalan Niel ternampak satu kedai makan yang masih beroperasi namun tiada pelanggan yang singgah di kedai itu. Tanpa berfikir panjang, Niel terus menuju ke arah kedai tersebut. Dia menjenguk keadaan kedai itu dari luar. Kelihatan seorang pakcik dan makcik yang sudah berusia. Rambut mereka juga hampir berwarna putih sepenuhnya.

Mereka sedar yang Niel ada di diluar sedang memerhati kedai mereka. Namun mereka hairan akan sesuatu.

"Bang, awak nampak tak budak tu?" tanya makcik tersebut dengan wajah yang berkerut.

"Iya, nampak. Tapi pelik"

"Itulah yang saya maksudkan tadi. Apa-apa pun abang panggillah dia masuk. Macam tengah lapar budaknya kesian dia"

"Haa yelah. Nanti-nanti jelah kita tanya pasal tu" kata pakcik tersebut lalu pergi ke arah Niel yang masih tidak menyedari akan hal tersebut.

"Assalamualaikum, nak jemputlah masuk. Kenapa berdiri kat luar je ni?" pelawa pakcik tersebut.

"Waalaikummussalam, ehh tak apalah pakcik. Saya kat luar ni je pun dah ok dah." jawab Niel.

Pakcik tersebut menarik lengan Niel lalu mengajaknya masuk ke dalam gerainya. Dengan terpaksa Niel masuk walaupun dia tahu yang dia langsung tidak membawa sekeping wang bersama.

"Jemput duduk. Sekejap ye" kata pakcik tersebut sambil tersenyum mesra.

Beberapa minit kemudian.. Pakcik tersebut tiba dengan sepinggan nasi goreng kampung dan secawan air kopi panas.

"Ehh.. pakcik! saya tak pesan apa-apa pun..? Tak perlulah pakcik lagipun saya tak ada duit nak bayar. Saya minta diri dulu" Tolak Niel dengan sopan kerana risau dirinya menjadi penyebab gerai pakcik dan makcik itu bankrupt.

Belum sempat Niel hendak bangun dari kerusinya, pakcik tua itu terlebih dahulu menghalangnya. "Nak, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari ingat tu. Dah duduk! makan je. Pakcik belanja lepastu bersihkan diri kat belakang ada tandas. Walaupun sabun tak ada tapi sekurang-kurangnya bersihkanlah darah-darah yang dah mula kering tu ye" Lembut pakcik tersebut berkata.

"Baiklah pakcik. Terima kasih" Dengan segera dia memakan makanan yang sudah terhidang semenjak dari tadi.

Selesai makan dan membersihkan diri Niel dipanggil oleh dua orang warga emas tersebut. "Duduklah" kata makcik yang berada di hadapannya itu.

Sambil tersenyum Niel menarik kerusi tersebut untuk diduduki olehnya. "Sebenarnya kami nak tanya sesuatu boleh?"

"Boleh. Silakan"

"Apa yang dah jadi dengan kamu ni?" tanya makcik tersebut dengan berhati-hati.

"Tak ada apa pun makcik. Jatuh sikit je tadi" Bohong Niel yang enggan menceritakan hal sebenar kepada mereka berdua.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

-To Be Continue