Nurdiana terlihat kemas menunggu di tempat perhentian bas. Sementara dia menunggu, Nurdiana memakai Earphone.Dia memasangkan lagu kegemarannya. Nurdiana asyik menghayati melodi indah dalam eraphone tersebut.
Tidak lama kemudian, Kereta Murdian menyimpang di sisi. Nurdiana sejenak menyedarinya lalu membuka Earphone yang terpasang di telinga tadi. Kemudian dia melihat erlebih dahulu siapa yang ada. Ternyata Murdian. Murdian keluar dari kereta untuk menjelaskan lagi bahawa itu dia. Murdian sengaja mensenyumkan mulutnya dengan lebar. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dengan penuh sopan dan terhormat. Dalam diri Nurdiana, timbul segan pada dirinya. Seperti kunjung di keramaian sahaja.
Murdian memerhatikan Nurdiana dengan dalam hatinya yang habis bergelora akan cinta. Tumbuh satu benda istimewa dalam diri Murdian sejak mengenal Nurdiana. Dia tidaklah mengenal identiti Nurdiana.
"Kenapa kau lihat aku macam tu?"Soal Nurdiana yang menegurnya . "Tak."Murdian menggelengkan kepalanya kemudian menggerakkan kereta. Nurdiana senyap memerhatikan Murdian di belakang. Ketika itu juga, Nurdiana ada di perut kereta. Nurdiana hanya kehairanan sejak kebelakangan ini. Mengapa Murdiana asyik tersengih jika dekat dengannya. Ada aurah fokus yang menjadi bentuk ketegasan dalam diri Murdian bila fokus. Nurdiana memang melihat kegarangannya yang seperti jika tentera di depan matanya itu. Nurdiana kembali fokus kepada kerjanya di awal pagi meski, masih jiwa seram itu menghantui dalam dirinya. Jiwa dingin pun tidak. Yang pastinya, jiwa menyeramkan ada Dimiliki Murdian. Tak seperti Nurdiana yang memiliki jiwa introvert yang bermelodi dan seni. Hidupnya dipenuhi segala seni dalam otak dan bayangannya. Hanya pendam, mampu ditutup olehnya.
Usia Nurdiana juga masih awal. Usia baru mencatat 18 tahun. Dia tidak dapat melanjutkan persekolahannya meskipun dia ingin menolong ayahnya. Dia lupa bahawa Encik Murad bukanlah ayahnya. Ayah angkatnya ialah Encik Admiral sendiri.
Tidak lama kemudian, kelibat retauran sudah tiba. Murdian menyimpang keretanya di tepi yang berdekatan dengan restauran.
Kemudian Nurdiana turun dari kereta yang sepatutnya tidak dinaiki olehnya. Nurdiana melambaikan tangannya sambil mengucapkan terima kasih kepada Murdian.
Murdian membalas lambaian tangan Nurdiana. Kemudian dia menutup cermin kereta semula.
Dalam kereta tersebut hanya terdengar penghawa dingin dan rakaman seperti CCTV kecil dalam kereta Murdian. Entah apa digunakan CCTV oleh Murdian, meletakannya di dalam keretanya. Mungkin boleh mengawasi jika ada yang mencuri-curi.
Nurdiana masuk ke dalam sebuah restauran iaitu biasanya bekerja siang-malam tanpa henti. Lelah pun dia, tetap berjuang demi menyarah hidupnya sendiri. Dia tidak mahu berharap dengan encik Murad. Sementara masih awal pelanggan tidak lagi datang, dia mengemaskan kawasan meja-meja turut, bangku. Dia melap-lap agar lebih kemas dilihat. Sekian lama, seorang pelanggan setia masuk ke dalam restauran.
Encik Murad dengan Admiral yang datang ke dalam restauran tersebut. Niat Admiral kerana ingin merasa resepi Anak sulungnya Wafik. Dia memang tahu restaurant ini milik Wafik.
Tambahan pula, Wafik tidak menyuruhkan Nurdiana mengenakan bayaran. Untuk keluarganya, tidak patut membayar di restauran tersebut. Untuk Admiral, dia tidak mahu anaknya mengada-ngada. Dia tetap membayar pesanan tersebut meskipun Nurdiana sudah berkata habis-habisan mengenai wang yang tidak perlu dibayar olehnya.
"Pesan minuman."Kata Admiral dengan Nurdiana. "Minuman jenis apa?"Soal Nurdiana dengan Cik Admiral. Encik Mirad hanya tersenyum dalam hati melihat anak beranak yang tidak mengenal satu sama lain. "Lemon teh."Balas Murad. Nurdiana senyum melihat ayah yang dia perasan yang berada di tempat kerjanya. Motif Murad hanyalah ingin melihatnya Nurdiana perempuan yang dia jaga dari kecil hinggalah besar begini, telah bekerja sebagai tukang masak juga pelayan di restauran ini.
Admiral masih menganggap biasa. Walau dia akan sedar bahawa pelayan tadi ialah anaknya. Sedangkan, nama anak perempuanya, habis dirindui olehnya sejek kehilangannya. Fatima mengambilnya dan memberi kepada Murad sendiri kejadian itu. Ketika itu pula, Nurdiana masih usia bayi yang tidak tahu apa-apa. Pastinya Nurdiana lupa.
Tidak lama kemudian, barulah sampai pesanan minuman mereka berdua yang sama. Mereka berbual sambil meminum jus lemon teh itu dengan penyedut minuman.
"Kau kenal tak Pelayan tadi?"Soal Admiral dengan Murad. "Kenapa kau cakap pasal tu?"Soal Murad dengan Admiral. "Sudah lamakan, kau berjumpa dengan dia."Kata Murad murung. "Macam kenal wajahnya. Kenapa dia hampir serupa dengan wajah Wafik?"Hairan Admiral bercakap dengan Murad ketika itu, di dalam restauran yang bersuara riuh-rendah, mampu Admiral menganggap hanya mereka berdua sahaja yang berkomunikasi. "Macam serupa? Taklah terlalu. Sebab, dia anak kau."Kata Murad dengan Admiral. "Lah! Ya kah?""Kejut Admiral yang terus percaya kata Murad. "Apa pun, pukul sudah lewat."Kata Murad yang sudah melihat jam tangannya. Admiral kembali dingin. "Ayo bergegas."Kata Admiral yang serius tiba-tiba. Mereka berdua berdiri dari meja dan keluar dari restauran tersebut. Admiral kembali memikirkan Pelayan tadi. "Ternyata, dia Diana?"Kata Admiral menggenggam tangan Murad. "Sudah tentulah tu. Sudah kau lihat wajahnya yang terlihat anakmu itu?"Kata Murad dengan Admiral.
Admiral menatap wajah Murad. "Murad?"Kata Admiral yang tiba-tiba sebegitu. Cakapan yang hendak Admiral ucap, terhenti kerana dia risau jika Murad akan berubah rasa sedih. Ucapannya ingin mengembalikan Nurdiana itu. Nurdiana masih tidak tahu bahawa, ayah kandungnya ialah Admiral.
Admiral hanya menghargai Murad yang menjaga Nurdiana dengan penuh kasih sayang. Dia tidak pernah memukul anaknya. Sebaliknya mempermanjakannya. Untung Nurdiana boleh mengawal manjanya. Dia suka bermanja dengan Murad. Namun, selalu juga, dia akan membantu Ayah angkatnya dalam mencuci pakaian, mahupun memasak.
Mulalah terlihat sebuah syarikat miliknya sendiri. Murdian memasukan keretanya masuk ke gerbang yang khusus untuk pekerja-pekerja dan pemilik sebuah syarikat.