Mereka berdua membersihkan badan Dylan dan merawat luka tikaman di perut Dylan
Okey dah siap! haihh kesian abang ni seorang-seorang kat luar dengan baju banyak kesan darahnya lagi.. dari mana lah abang ni datang agaknya ehh? - kata abang sulung perempuan itu
Ehh kau ni! tanya aku pulak mana lah aku tau.. - abang kedua bersuara
Ishhh! abang berdua ni kan tak boleh ke kalau sehari tak bergaduh? pening tau adik tengok - kata wanita itu
Aikk? bila masa kitorang gaduh? kitorang gurau je betul tak bang?
Abang sulung tidak memberi sebarang jawapan, hanya anguk sahaja
Ahhh... aku kat mana ni? - Dylan sedar dari pengsannya itu
Mereka bertiga terkejut apabila mendengar suara Dylan di belakang
Ehhh encik..Encik dah sedar? Encik okey tak? - wanita itu bertanya kepada Dylan dengan nada suara yang agak risau
Saya okey, saya kat mana sekarang ni? Awak bertiga ni siapa? Macam mana saya boleh ada kat sini? - Dylan bertanya
Encik selamat kat sini sekarang.. Ohh ya lupa nak kenalkan saya Harith Danish boleh panggil saya 'Harith' saya abang sulung, yang ini pulak Hayqal Faris boleh panggil 'Hayqal' adik saya nombor 2 dan yang perempuan tu adik bongsu saya Hanna Zeannisa boleh panggil 'Hanna' .
Tadi masa adik saya 'Hanna' nak tutup pintu belakang kedai dia ternampak awak tersandar dekat tepi kedai kami.. adik saya tengok baju dengan tangan awak penuh dengan darah.. tu yang dia terus panggil saya dengan Hayqal suruh bawak awak masuk kedai ni. - panjang lebar Harith menceritakan hal yang terjadi kepada Dylan
Ohhh terima kasih Harith, Hayqal & Hanna.. kalau awak bertiga tak ada kat situ tadi mungkin saya dah tak ada kat dunia ni - kata Dylan
Ehhh encik! janganlah cakap macam tu, apa yang paling penting encik selamat dengan kami
Hmm..ye lah ouhh ya sebelum saya lupa, nama saya Dylan Hareez boleh panggil 'Dylan' - Dylan kata kepada mereka bertiga
Ehh kejap awak Dylan yang dulu kecoh kat berita pasal kes keluarga awak langar lari keluarga kawan baik awak sendiri tu kan? Setahu saya sekarang awak ketua mafia kan? Betul tak? - Harith bertanya kepada Dylan
Ya saya, saya ketua mafia.. tapi untuk kes tu saya memang tak tau apa-apa punca dan sebab kenapa keluarga saya langgar keluarga kawan saya dulu - Dylan memberitahu mereka bertiga
Ouhhh ye ke, Encik Dylan kalau saya nak tanya pasal darah yang banyak keluar dekat perut encik tu sebab apa ya? - Hayqal bertanya kepada Dylan
Darah tu sebab saya kena tikam dengan kawan saya yang keluarganya kena langgar lari dengan keluarga saya dulu tu.. Dia dendam dengan saya dari dulu sampai sekarang.. Sebab tu kami berdua dah tak berkawan, dah banyak kali saya bagitau dia saya tak tau apa-apa pun pasal kes tu tapi dia tak nak dengar, Dia cuba nak bunuh saya dulu, tapi tak dapat sekarang ni dia nak balas balik dendam dia tu sampai saya hampir terbunuh disebabkan dia - Dylan jawab
Kesian encik, tak apalah encik rehat dulu kat sini.. Kalau encik nak apa-apa kami bertiga ada kat luar ya encik? - Hanna memberitahu Dylan
Baiklah, terima kasih semua - Dylan angguk dan senyum pada mereka bertiga.