Sudah agak jauh pembantu Dylan membawa kereta mereka itu keluar dari dewan itu. Pembantu Dylan memberhentikan kereta mereka di belakang sebuah kedai yang agak usang seperti tidak ada penghuninya.
Tuan saya rasa dah cukup jauh dah ni, Saya rasa Encik Aryan tak kan dapat jumpa kita kat sini kata pembantunya.
Rasa? Macam mana awak boleh kata rasa? Kalau dibuatnya si Aryan tu dapat tau kita kat sini macam mana? Dah lah dengan keadaan saya macam ni, awak boleh kata rasa – rasa pulak.. kata Dylan
Maaf tuan, tapi tadi saya sendiri dah cakap kat tuan yang saya nak bawak tuan pergi hospital tapi tuan sendiri yang tak nak.. balas pembantunya
-Dylan tidak membalas jawapan pembantunya kerana menahan sakit di perutnya itu akibat tikaman dari Aryan di dewan tadi-
-1 JAM KEMUDIAN-
-Dylan dan pembantunya ternampak ada pantulan cahaya dari cermin pandang belakang keretanya itu-
Cahaya apa pulak kat belakang tu? Dylan bertanya kepada pembantunya
Tuan saya rasa kita kena gerak sekarang! It's Encik Aryan!!! Kata pembantunya yang sedang menghidupkan enjin kereta dengan tergesa-gesa
Haihh! Aryan Tak serik-serik lagi kau! – kata Dylan
-Aryan membaling 2 bilah pisau miliknya ke arah kedua-dua biji tayar belakang kereta Dylan-
Tuan! Encik Aryan baling pisau kat tayar belakang kereta – kata pembantu Dylan apabila dia ternampak Aryan membaling pisau itu melalui cermin sisi kereta
Awak pandu kereta! Biar saya uruskan dia dari belakang! – Arah Dylan kepada pembantunya
Baik tuan! Hati-hati tuan – pembantunya kata
-Dylan melepaskan beberapa das tembakan ke arah Aryan namun satu peluru pun tidak kena pada Aryan sehingga habis peluru pistol Dylan-
Dylan menukar pistolnya dengan pistol yang lebih banyak peluru dan Dylan menyambung semula menembak Aryan
Tuan tayar belakang kereta makin lama makin kempis ni tuan! Saya rasa dah tak boleh nak teruskan bawak kereta ni lagi, kalau teruskan bawak kereta ni jugak memang kita akan terbabas nanti ni tuan! – kata pembantu Dylan
Awak bawak kereta ni sampai simpang sana.. Saya nampak ada banyak kedai kat situ, dekat situ lorong-lorong semua sempit.. kita berhenti situ lepastu kita erpecah.. Bila Aryan kejar saya awak buat perangkap supaya dia tak dapat kejar kita lagi.. awak faham? – Dylan memberitahu pada pembantunya rancangan untuk menghentikan Aryan
Baik tuan! Saya faham! Tapi tuan hati-hati ya, keadaan tuan masih tak okey lagi tu – kata pembantu Dylan dengan nada risau
Ya saya tau, saya pandai jaga diri saya sendiri.. pastikan plan jadi ya! Kalau tak jadi saya suruh awak yang bunuh Aryan! – kata Dylan
-Pembantu Dylan memberhentikan kereta itu di tepi simpang dan mereka berdua terus berpecah-