"Hazirah. Boleh kamu beritahu kami apa kuasa kamu?" soal Raja Rizal sambil memandang Hazirah dengan tenang.
"Kuasa elemen petir dan air manakala kuasa abiliti adalah manipulasi masa dan penyembuhan," balas Hazirah dan menunduk apabila Raja Rizal memandangnya. Raja Rizal dan Permaisuri Khadija terkejut akan pernyataan itu. Mereka saling berpandangan dan memikirkan sesuatu. Permaisuri Khadija ternampak akan rantai yang dipakai oleh Hazirah.
"Rantai itu... Dari mana kamu dapat rantai itu?" soal Permaisuri Khadija.
"Er.. Baru-baru ini, ibu susuan saya kata rantai ini daripada ibu kandung saya," balas Hazirah.
"Ibu susuan? Ibu kandung?" soal Permaisuri Khadija sambil memandang suaminya.
"Ya, ibu susuan saya merupakan ibu salah seorang pelajar di Akademi Shadowille, yang bernama Batrisya. Saya baru dapat tahu bahawa saya merupakan anak angkat mereka, merangkap anak susuan sejak saya kecil," balas Hazirah dan memegang rantainya, yang sering disembunyikan dari ramai orang, sambil memandang Permaisuri Khadija.
"Jadi, kamu tidak tahu asal-usul kamu ke?" soal Raja Rizal tiba-tiba.
Hazirah menggelengkan kepalanya dan berkata, "Ibu bapa angkat saya pernah cerita kepada saya bahawa tujuh belas tahun dahulu, mereka berdua menemui seorang bayi dan sekeping nota di hadapan rumah mereka."
Raja Rizal dan Permaisuri Khadija memandang sesama sendiri kerana tidak tahu akan apa yang ingin dikatakan. Mereka seakan-akan tahu siapa yang dikatakan Hazirah. Tiba-tiba, pintu bilik perpustakaan dibuka dan seseorang melangkah masuk.
"Huzair?" tegur Raja Rizal.
"Ayahanda, bonda. Boleh ayahanda, bonda dan Hazirah ikut Huzair buat sementara waktu?" soal Huzair. Raja Rizal memandang Huzair dan menanya dia kenapa. Huzair menerangkan kepada Raja Rizal dengan nada bisik agar Hazirah tidak dengar. Raja Rizal mengangguk dan membuka sebuah portal, yang membolehkan mereka semua ke sesuatu tempat. Setiba di kawasan perubahan Hazirah, Hazirah memandang Huzair dengan keliru.
"Saya nak bawa awak pulang ke rumah awak. Dari mana saya tahu awak di istana adalah dari Khaulah dan Muaz dan itu sekadar kebetulan sahaja. Barang sekolah awak, saya sudah tolong hantar ke rumah awak. Ada sesuatu yang saya dan kedua ibu bapa angkat awak memberitahu awak. Termasuk ayahanda serta bonda," kata Huzair apabila memahami kekeliruan Hazirah.
Hazirah mendiamkan diri dan setiba di rumahnya, Hazirah perasaan akan kehadiran seorang perempuan bersama seorang lelaki berada di ruang tamu bersama ibu bapa susuannya. Batrisya keluar dari dapur bersama sebuah kek dan mereka menyanyikan lagu hari jadi untuk Hazirah. Hazirah terperanjat dan hampir menangis. Dia mengucap terima kasih kepada kedua ibu bapa susuannya itu. Kehadiran dua orang yang dia tidak kenal membuat dia ingin tahu siapa mereka. Selepas memotong kek dan makan, Hazirah berkesempatan untuk bertanya.
"Maaf bertanya tetapi siapa mereka?" soal Hazirah.
"Mereka adalah Kak Zyra dan suami dia," balas Encik Zul. Hazirah yang mendengar kata-kata ayah susuannya dan memandang Encik Zul dengan keliru. Encik Zul tidak menjawab soalan Hazirah dan menghulurkan anak kunci. Hazirah menjadi semakin keliru.
"Pergi ke bilik yang ayah dan ibu seringkali halang Hazirah masuk," kata Puan Damia.
Hazirah menjadi semakin keliru. Dia memandang Batrisya dan Huzair tetapi mereka sekadar mengangkat bahu. Hazirah melangkah ke bilik yang dikatakan itu dan membuka pintu itu dengan kunci yang diberi. Dia melangkah masuk dan bilik itu kelihatan kosong. Hazirah perasan akan sesuatu yang bercahaya dan kelihatan sebuah skrol yang terletak di atas meja dan Hazirah melangkah ke arah meja itu. Dengan perasaan ingin tahu, dia membuka skrol itu dan skrol itu ada tulisan yang dia tidak kenal.
Wahai puteri umi dan babah, Puteri Hazirah Aisyah. Jika kamu sudah mula membaca skrol ini, bermakna umi dan babah sudah tiada. Harap kamu selamat di kerajaan jiran kita bersama along kamu, Putera Huzair Aysraf, dan Jeneral Zyra, jeneral termuda dan terhandal di kerajaan kami. Untuk pengetahuan kamu, kuasa-kuasa kamu telah dikunci oleh babah kamu kerana kuasa kamu amat berbahaya. Kuasa kamu merupakan kuasa Kembar Lagenda dan kamu perlu mencari siapa turut mempunyai kuasa Kembar Lagenda seperti kamu. Ramai ingin kuasa kamu berdua dan umi ingin kamu dan Kembar Lagenda yang lagi satu untuk berhati-hati.
Cari kawan yang baik dan jangan bergaduh dengan along. Umi dapat merasakan bahawa Kak Zyra tidak dapat menjaga kamu dan along sekali dan perlu memberi antara satu anak-anak umi kepada sebuah keluarga. Jika itu benar-benar berlaku, jangan salahkan Kak Zyra. Dia tidak bersalah kerana di saat kamu dilahirkan, pihak kejahatan sudah mula serang kerajaan kami. Ampunkan Kak Zyra kerana dia terpaksa melakukan sebegitu. Jika kamu ingin tahu, Raja Rizal Al-Siddiq dan Permaisuri Khadija Badri merupakan sahabat baik umi dan babah. Mereka telah memerhati Kak Zyra, along dan kamu untuk umi dan babah. Umi dan babah berharap kami dapat berjumpa dengan kamu dan along.
Daripada umi kamu,
Permaisuri Saida Al-Harith.
Hazirah melangkah ke ruang tamu bersama skrol itu di tangannya. Dia tidak menyangka bahawa skrol itu dari ibu kandungnya, Permaisuri Saida Al-Harith. Selain itu, dia juga tidak sangka bahawa Huzair Asyraf merupakan abangnya dan mereka adalah Puteri dan Putera kepada the Forgotton Country, merangkap Kerajaan Avalor. Dia juga terkejut apabila nama Raja Rizal dan Permaisuri Khadija ditulis di dalam skrol itu. Hazirah memandang Huzair dengan suatu pandangan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Huzair dan Kak Zyra tidak tahu apa yang ditulis di dalam skrol itu kecuali dari siapa.
"Huzair Asyraf bin Mukhtar Iqbal?" kata Hazirah dengan sedikit dingin, membuat semua keliru.
"Huh?" balas Huzair dengan sedikit keliru kerana tiada sesiapa yang mengetahui nama sebenarnya kecuali Kak Zyra, Muaz, Raja Rizal dan Permaisuri Khadija. Encik Zul, Puan Damia dan Batrisya ternganga sambil memandang Huzair. Raja Rizal dan Permaisuri Khadija sekadar memandang Hazirah dan Huzair dengan selamba.
"Itu nama penuh awak, bukan?" soal Hazirah dengan perlahan kerana teringat akan pesanan uminya dan menahan sebak. Huzair memandangnya dan mengangguk. Tanpa sesiapa sangka, Hazirah berlari ke arah Huzair dan memeluk susuk tubuhnya. Semua, yang berada di situ, terkejut akan apa yang dilakukan Hazirah, termasuk Huzair. Batrisya terkejut sehingga mulutnya ternganga tetapi sempat ditutup oleh Puan Damia.
"I'm so sorry for not knowing you are my brother all this time. I'm glad that you're here now even though it's hard for you to pass me to a family and not being able to take care of me," kata Hazirah sambil menahan tangisan.
Huzair membalas pelukan Hazirah dengan erat dan berkata, "Although Kak Zyra and I had to pass you to another family, I will never forget about you and tried my best to find you back. Now, here I am."
Permaisuri Khadija dan Puan Damia menitis air mata mereka apabila melihat keakraban dan reunion adik-beradik itu. Walaupun sudah berpisah lebih sepuluh tahun, Hazirah tidak menyalahkan abangnya kerana itu sudah menjadi salah satu nasihat dari Puan Damia dan juga uminya, Permaisuri Saida Al-Harith. Hazirah memberi skrol, yang dibacanya tadi, ke Huzair. Dia menyuruh Huzair baca skrol tersebut dan Huzair menurut.
"Ayahanda Rizal dan Bonda Khadija sebenarnya tahu along ini abang awak dan Kak Zyra merupakan seorang jeneral dari Kerajaan Avalor tetapi along dan Kak Zyra menyuruh mereka merahsiakan perkara itu. Kak Zyra pula menjadi salah seorang jeneral di Kerajaan Alantia dengan keizinan suaminya, Farish Al-Iqbal," terang Huzair dengan tenang.
Batrisya terkejut akan apa yang baru dikatakan Huzair dan berkata dengan kekeliruan, "Kejap. Ayahanda Rizal dan Bonda Khadija? Jeneral dari Kerajaan Avalor?"
Huzair dan Kak Zyra menceritakan apa yang berlaku. Huzair sempat berpesan untuk tidak memberitahu kawan-kawan yang lain dahulu kerana dia sendiri ingin memberitahu mereka. Mereka mula memahami apa yang sedang berlaku manakala Batrisya pula telah direstui untuk berpindah ke rumah yang dihadiahkan Raja Rizal dan Permaisuri Khadija. Walaupun Puan Damia dan Encik Zul agak keberatan untuk melepaskan Hazirah dan Batrisya, mereka perlu menyokong apa yang telah mereka capai dan juga keluarga yang sudah lama berpisah dengan.
"Tujuan Raja Rizal dan Permaisuri Khadija menghadiahkan rumah itu adalah untuk mereka menjalankan misi dan menjadi pahlawan yang terbaik. Pakcik dan makcik, jangan risau. Sekali-sekala mereka akan pulang ke sini untuk melawat pakcik dan makcik. Saya akan menjaga Batrisya macam adik saya sendiri. Terima kasih kerana telah menjaga adik saya dengan penuh kasih sayang," kata Huzair.
TBC