webnovel

The Lost Heir of Avalor

Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mempunyai kuasa elemen kecuali dua abiliti. Dia tidak pernah tahu akan asal-usulnya serta keluarga kandungnya. Selama ini, dia tinggal bersama sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak gadis yang setahun muda darinya. Pada suatu hari, dia disuruh untuk melangkah masuk ke sebuah bilik simpanan yang seringkali dihalang oleh keluarga susuannya. Terdapat sebuah skrol yang mempunyai namanya. Tidak dia sangka bahawa skrol itu mengenai sejarah keluarganya yang sebenar. Ibu bapa kandungnya sempat memberi skrol tersebut kepada keluarga susuannya melalui seseorang. Mulai hari itu, Hazirah berjanji untuk mencari maklumat tentang asal-usulnya. Huzair Asyraf, seorang remaja berumur 22 tahun. Dia seorang yang pendiam dan ceria walaupun tidak mempunyai ramai kawan. Huzair mempunyai seorang kawan rapat, Muaz Aisy. Mereka mengenali satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun. Muaz telah banyak menolongnya dari segi memberinya keluarga, tempat lindung, makan minum dan pakaian. Susah senang, mereka lalui bersama. Kebanyakan rahsia Huzair, Muaz ketahui dan menyimpannya dengan rapi. Walaupun hidupnya sudah lengkap, Huzair merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa seseorang. Dia mencari orang itu. Akan tetapi, dia tidak tahu di mana hendak mencarinya. "Aku akan selalu ada dengan kau susah senang." – Muaz Aisy "Sebelum ini, kau keseorangan tanpa kawan. Namun, keseorangan kau telah berakhir. Kau masih ada aku, Muaz dan Syahmi. Kita tidak akan berpisah melainkan ajal maut pisahkan kita." – Khaulah Rusydi "Aku tidak akan putus asa selagi aku tidak tahu apa yang terjadi dengan keluarga kandung aku." – Hazirah Aisyah "Akak gila ke? Nak selamatkan dunia seorang diri? Selagi Batrisya hidup, Batrisya tidak akan benarkan akak pergi perang seorang diri." – Batrisya Rania "Kita akan melakukan ini bersama." – Syahmi Ilyas Namun, dapatkah Huzair mencari orang itu meskipun sudah sekian lama tidak berjumpa? Siapakah orang yang dicari oleh Huzair selama ini? Dapatkah Hazirah meneruskan kehidupannya yang penuh dengan dugaan itu? Dapatkah Hazirah cari maklumat yang dicarinya selama ini? Yang penting, adakah mereka semua berjaya memenangi peperangan yang bakal berlaku?

_zilazri_ · Fantasy
Not enough ratings
29 Chs

Bab 11

"Kerajaan ini besar dan mempunyai beberapa bandar. Bandar-bandar itu turut dimusnahkan oleh pihak musuh. Sekarang, bagaimana ingin kita perbaiki kerajaan ini?" soal Huzair. Syahmi memandang sekelilingnya dan dapat merasakan seseorang berhampiran dengan mereka. Dia menumpukan perhatiannya untuk mencari di mana orang itu berada.

"Flames of Fire," kata Syahmi. Api membara di suatu tempat, menyebabkan seseorang keluar dari tempat sembunyinya. Syahmi tenang menghadapinya. Orang lelaki itu memberi senyuman sinis kepada mereka. Syahmi memandang Hazirah, seakan-akan memberitahu sesuatu dan Hazirah mengangguk. Huzair, Alisa, Muaz, Khaulah dan Batrisya memandang mereka dengan pandangan hairan.

"Kau siapa?" Soal Syahmi dengan dingin. Mereka berdua merenung orang lelaki itu dengan tajam.

"Kenapa kau nak tahu kalau kau akan mati di tangan aku, wahai Kembar Lagenda?" Balas lelaki itu. Syahmi dan Hazirah mengangguk akan kesombongan lelaki itu. Muaz dan Khaulah tersengih kerana mereka seakan-akan tahu apa perancangan Syahmi dan Hazirah. Syahmi telah mengaktifkan kuasanya tanpa lelaki itu sedar. Satu tangan yang diperbuat dari tanah muncul. Hazirah sudah mengaktifkan kuasa petirnya.

"Storms of Lightning," kata Hazirah dan tidak lama lagi ratusan petir jatuh dari langit.

Satu demi satu petir turun dan cuba untuk mengena lelaki itu dan tangan tanah yang dicipta Syahmi cuba menangkap lelaki itu. Lelaki itu terkial-kial untuk melarikan diri dari serangan yang seakan-akan serangan kombo itu. Setelah itu, lelaki itu mengaktifkan kuasa api kegelapannya dan menghalakan kepada Hazirah tetapi sempat ditahan Syahmi. Api kegelapan itu seakan-akan diserap oleh Syahmi. Semua yang berada di sana amat terkejut akan apa yang berlaku. Sementara lelaki itu terganggu, Hazirah mengambil kesempatan itu untuk berlari dengan sepantas kilat ke belakangnya dan memulakan serangannya.

"Lightning Punch," kata Hazirah sambil menumbuk lelaki itu sehingga pengsan.

Syahmi dan Hazirah menuju ke Alisa, Huzair dan Blaze of the Light yang lain. Mereka sudah tersengih-sengih apabila melihat kerjasama antara mereka berdua. Mereka baru tahu bahawa Syahmi mempunyai kuasa kegelapan Kembar Lagenda manakala Hazirah mempunyai kuasa cahaya Kembar Lagenda. Kelihatan ramai penduduk-penduduk ada di Kerajaan Avalor dan mereka telah melemparkan senyuman kepada penduduk-penduduk itu. Huzair, Alisa dan Blaze of the Light sedang berdiri di hadapan istana Kerajaan Avalor yang sudah hampir hancur itu. Huzair menarik tangan Hazirah dan masuk ke dalam istana. Kawan-kawannya memandang satu sama lain dan mengangkat bahu mereka sebelum mengikut jejak Huzair dari belakang. Huzair membawa mereka ke tempat-tempat yang masih terselamat dari hancur manakala kuda-kudanya mereka diletakkan di tempat yang agak tersembunyi.

"Along. Bagaimana kita ingin baiki kerajaan ini?" soal Hazirah sambil memandang Huzair. Huzair memikir akan cara-cara untuk pulihkan kerajaan ini.

"Itu, along tak tahu. Lagipun, untuk memulih sebuah kerajaan dalam masa yang singkat amat sukar," kata Huzair dengan hampa.

"Takkan tiada cara?" soal Muaz.

"Jika ada, mungkin dengan menggunakan kuasa the Lost Heir," balas Huzair dengan tenang.

"The Lost Heir?" balas semua dengan keliru, kecuali Alisa.

"Kuasa the Lost Heir ini amat jarang kerana tiada sesiapa yang mempunyai kuasa tersebut buat berjuta-juta tahun. Setiap anak kerajaan pasti akan dikenali rakyatnya. Jarang sekali berlaku, tiada sesiapa yang mengenali putera dan puteri kerajaan mereka ..." terang Alisa dan sambung kata-katanya, "... kecuali Kerajaan Avalor kerana hanya putera mereka yang pernah dilihat oleh ramai. Puteri, yang baru dilahirkan, terpaksa dihantar ke kerajaan jiran agar selamat dari peperangan yang sedang berlaku pada ketila itu."

Semua memandang Hazirah dan dia menunduk. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tiba-tiba, seseorang meletakkan tangannya di bahunya dan Hazirah memandang orang itu.

"Haz boleh buat, along pasti. along akan sentiasa ada untuk Haz," kata Huzair sambil tersenyum dan memberi kata semangat. Blaze of the Light memandang satu sama lain dan tersenyum. Hazirah memandang abangnya serta kawan-kawannya sebelum mengangguk. Tiba-tiba, sebuah cahaya menerangi tempat yang mereka sedang duduki. Blaze of the Light, Huzair dan Alisa masih berada di sana tetapi Hazirah sudah tiada. Mereka terkejut dan mencari kelibat Hazirah.

"Mana Hazirah? Tadi dia ada kat sini bukan?" soal Khaulah.

"Cahaya itu seperti ingin memanggil seseorang ke masa lampau ataupun ada seseorang ingin berbual dengannya," balas Alisa. Blaze of the Light memandang Alisa kerana mereka berasa amat keliru akan kuasa yang dimiliki Alisa.

"Alisa memiliki kuasa elemen petir dan kuasa abiliti mengesan kuasa yang luar biasa, seperti cahaya tadi. Cahaya tadi amat jarang untuk berlaku dan dipanggil luar biasa untuk kita kerana kita jarang menggunakan," terang Huzair, mengerti akan pandangan yang dilemparkan oleh sahabat-sahabatnya itu.

---------------------------------------------------

Di tempat Hazirah

Hazirah memandang sekelilingnya dengan penuh hairan. Dia tidak tahu di mana dia berada dan melangkah ke hadapan untuk melihat jika ada sesiapa ada di sini.

"Ada sesiapa di sini?" Soal Hazirah.

"Hazirah," balas seseorang. Hazirah terkejut dan memandang ke tempat orang itu.

"Siapa tu?" soal Hazirah lagi sekali. Seorang wanita dan seorang lelaki, dalam umur ibu dan ayah angkatnya, berjalan ke arahnya. Hazirah memandang mereka. Dia seakan-akan mengenali pasangan itu tetapi tidak ingat di mana.

"Anakanda," kata wanita itu dengan nada yang seakan-akan berbisik. Hazirah dapat mendengar kata-kata itu dan terkejut. Dia teringat akan surat yang ditinggalkan uminya dan mimpi-mimpi yang dialaminya.

"Umi? Babah?" kata Hazirah sambil memandang wanita itu dan lelaki itu bersilih ganti. Mereka mengangguk. Hazirah terus berlari ke mereka dan memeluk mereka.

"Hazirah sihat? Along kamu sihat?" soal Permaisuri Saida Al-Harith.

"Sihat, umi. Umi dan babah sihat?" Balas Hazirah sambil memandang kedua-dua umi dan babah.

"Sihat. Bagaimana dengan Jeneral Zyra?" Soal Raja Mukhtar.

"Dia sihat. Sekarang, dia sudah berkahwin dengan salah seorang penduduk Kerajaan Alantia dan bekerja dengan Raja Rizal," balas Hazirah.

"Haz mesti hairan, kenapa Haz ditarik ke sini, bukan?" soal Raja Mukhtar. Hazirah mengangguk.

"Umi dan babah yang menarik Haz ke sini kerana kami ingin menolong Haz pulihkan kerajaan kita semula. Selepas Haz dengar arahan kami, Haz akan dihantar kembali ke pangkuan Huzair dan pulihkan kerajaan kita. Jasad umi dan babah sudah tiada namun roh kami tersimpan dalam rantai kamu," terang Permaisuri Saida. Hazirah menunduk bawah dan menahan sebak. Dia mengangguk dan mendengar arahan Permaisuri Saida dan Raja Rizal dengan teliti.

------------------------------------

Di tempat Huzair dan yang lain

Mereka sedang memikirkan cara untuk memulihkan kerajaan dan risau akan keadaan Hazirah yang tiba-tiba menghilang. Tidak lama kemudian, Hazirah pulang ke tempat mereka. Mereka masih tidak sedar akan kehadirannya. Hazirah menepuk bahu Huzair dan Huzair memusing ke belakang. Dia dan yang lain terkejut dan keliru akan apa yang baru berlaku.

"Haz dari mana?" soal Huzair.

"Dari jumpa umi dan babah," balas Hazirah dengan tenang. Mereka terkejut dan Huzair sempat membetulkan duduknya sebelum dia memandang Hazirah dan memberi pandangan keliru.

"Umi dan babah yang menarik Haz dari cahaya itu untuk memberitahu bagaimana ingin memulihkan kerajaan kita," terang Hazirah sambil memandang Huzair. Huzair mengangguk dan yang lain mendengar perbualan mereka.

"Jadi, bagaimana kau nak perbaiki kerajaan ini?" soal Khaulah sambil memandang Hazirah.

TBC