webnovel

Aku Kini Seorang Immortal

Hunner menekan kukunya menembusi kulit pada lengannya bagi usaha mengekalkan kesedarannya. Darah merah mengalir keluar, namun itu hanya sakit sedikit berbanding apa yang ditanggungnya menyerap 'elixir' yang diberikan oleh Yoda. Perlahan, satu bebola hitam berukuran syiling emas berputar pada paksi mengelilingi Hunner.

"Dia kini seorang immortal. Seberapa besar fondasinya akan diketahui nanti, terlalu awal untuk mengatakan sekarang". Bebola hitam itu akan menunjukkan kekuatan fondasi Hunner, semakin banyak adalah semakin baik. Yoda tidak memberitahu Hunner sebelum ini kerana ingin mengetahui sejauh mana kegigihannya mengembangkan fondasi energy corenya.

Hunner tidak mengetahui keadaan dirinya, dia kini dihanyutkan oleh pecahan-pecahan memori yang berbentuk pecahan kaca tajam. Setiap pecahan ini mempunyai memori yang tertulis mengenangkan suatu kehidupan, dan setiap pecahan tajam ini akan perlahan terbenam ke tubuhnya, menghiris perlahan daging tubuhnya.

Kesakitannya teramat sangat, namun Hunner berusaha melupakan kesakitan itu dan hanya mengamati memori yang tertulis pada setiap pecahan. Memori itu perlahan menjadi cerita suatu kaum yang berusaha melindungi penduduknya sehingga lahir seorang pahlawan gagah yang berdiri di satu longgokan mayat, mengangkat senjatanya dengan heroik, namun wajahnya kosong dan menunjukkan penyesalan. Pahlawan itu melangkah seorang diri merentas setiap benua, masa demi masa,menunggangi satu binatang buas yang memancarkan aura mendominasi. Hanya dengan aura binatang buas ini mampu menekan ramai pahlawan lain yang menghalangi laluannya. Hanya siapa pahlawan ini? Hunner hanya melihat wajah kosong pahlawan ini melangkah sehingga ke hujung dunia dan duduk di atas satu altar batu, tahun demi tahun, tanpa bergerak sedikit pun sehingga tubuhnya perlahan dipenuhi tumbuhan merayap.

Di luar, Yoda menanti dengan penuh harap. Dia melihat 12 bebola hitam kecil mengelilingi tubuh Hunner, menghasilkan satu aura hitam pada belakangnya, perlahan membentuk satu wajah yang dikenali oleh Yoda.

"Atheos. Aku akhirnya melihatmu kembali. Haha aku tidak menyangka anak kecil ini mampu menahan kesakitan dan membangkitkan kembali keturunan Atheos".

Tiba-tiba Yoda mendongak ke atas, matanya fokus ke arah kejauhan. "Aku tidak menyangka wanita ini dapat merasakan aura yang dibebaskan oleh Hunner. Hanya siapa wanita ini? Apakah dia berasal dari dunia lain? ".

Yoda kemudian melambaikan tangannya, membentuk satu lapisan array yang melindungi tubuh utama Hunner. Dia kemudian melambaikan kembali tangannya, satu array yang luas meliputi 30 meter pada jejari bulatan yang menutupi tubuh utama Hunner. Yoda melambaikan kembali tangannya dan lapisan array ketiga meliputi 60 meter pada jejari bulatan tubuh utama Hunner. Ini menyekat secara penuh aura yang bocor pada tubuh utama Hunner.

"Hmm gelombang aura itu tiba-tiba lenyap? Apakah itu immortal? Aku telah menekan aura tubuhku, apakah itu masih dapat di kesan? Atau itu hanya kebetulan. Jika itu adalah immortal dengan element dark energy, itu pasti akan mengegarkan seluruh alam immortal".Wanita itu memperlahankan pergerakannya dan meneliti setiap aura sekeliling yang tertinggal. Dia mengimbas setiap ceruk lantai Greeny Forest, mustahil akan terlepas dari pandangannya walau sebesar lalat.

"Tidak ada? Aku yakin itu ada di sekitar sini. Apa sebenarnya yang berlaku? ".Yoda memandang tajam ke arah wanita immortal itu yang hanya berdiri di atas binatang tunggangannya 300 meter dari kedudukan tubuh utama Hunner.

"Hanya siapa wanita ini? Dia tidak seharusnya ada di alam bawah ini. Apa yang membuatkannya berada di sini?". Yoda mengerutkan alisnya. Yoda telah lama terkubur di dalam tanah, namun jiwanya masih dalam keadaan sedar selama jutaan tahun. Dia secara tidak sengaja mampu mengimbas kehidupan di luar tahun demi tahun. Dia tahu bahawa dunia yang dihuni oleh Hunner menjadi semakin 'lemah' setelah hampir sejuta tahun berlalu.

Pada zamannya, dunia yang dihuni oleh Hunner dipenuhi oleh immortal kuat. Immortal kuat ini bersaing antara satu sama lain memperebutkan sumber daya yang melimpah. Itu termasuk Yoda sendiri. Tetapi seiring masa berlalu, sumber daya itu semakin berkurang dan menyebabkan para immortal kuat berusaha mencari dan membina dunia baru. Itu membentuk pelbagai dunia yang di panggil gelembung dimensi yang memisahkan para immortal sehingga dunia ini hanya menjadi dunia yang lemah.

"Aku yakin wanita ini bukan berasal dari dunia ini. Apa yang dicarinya di sini? Hanya binatang tunggangannya itu adalah adalah peringkat mythical super divine beast".Yoda masih memandang ke arah wanita itu yang masih berdiri tidak berganjak dari kedudukannya. "Hmm ini menarik". Senyuman terukir dari bibir Yoda. Jika wanita itu berasal dari dunia lain, ini menunjukkan masih ada dimension bubble yang wujud. Dan masih ada cara untuk merentasi ruangan antara dimension bubble.

Yoda kemudian memandang ke arah Hunner. Aura yang dilepaskan oleh Hunner semakin kuat, 14 bebola hitam ligat berputar pada paksi dan tubuh Hunner sebagai pusatnya. Gambaran di belakangnya juga semakin jelas, itu adalah tepat seperti yang dilihat Hunner pada pecahan memori, binatang buas dengan bahagian bawah adalah berbentuk ular gergasi dan bahagian atas sedikit terlihat seperti tubuh manusia dengan kukuh tajam dan wajah singa dengan 2 sayap yang menakutkan.

"Hmm aku tidak tersalah memilih. Anak ini punya kegigihan yang menakjubkan, malah mungkin akan melebihi ku".Yoda kemudian menutup matanya, dia tidak memedulikan lagi wanita immortal yang berada di luar. Dia tahu wanita itu tidak akan mampu menembusi Triple Layer Array nya.

Di luar, setelah 3 jam mengimbas setiap ceruk hutan, wanita itu akhirnya mengeluh. Dia gagal untuk mencari aura dark energy yang dikesannya.

"2 kegagalan yang memalukan. Aku kehilangan jejak 'buruan' ku dan kini aku tidak mampu mencari gelombang energy yang meletus tadi. Hmm.. Aku akan terus mencari, kegagalanku pasti akan menjadi bahan ejekan nanti".Rambutnya yang dilepas bebas melambai mengikut aluanan angin, terlihat simbol kecil pada belakang lehernya yang berbentuk simbol api dengan lingkaran bulatan berwarna merah. Jika Yoda melihat itu, dia pasti akan mengecamnya.

Perlahan wanita itu berpaling dan bergerak meninggalkan kawasan itu, menuju tepat ke arah Gunung Moreska.

2 hari kemudian, letusan kecil pada tubuh Hunner menyebabkan Yoda membuka matanya. Dia melihat tepat ke arah Hunner, ekspresi kompleks terpampang pada wajahnya.

"Anak kecil ini akan menjadi raksasa pada masa hadapan. Fondasinya sangat menakutkan. Ini jauh melebihi ku".20 bebola hitam mengelilingi tubuh Hunner dan itu jauh lebih besar dari bebola pada awalnya. Gambaran di belakangnya juga semakin jelas membentuk binatang buas yang menakutkan. Aura gelap menjadi latar di belakang Hunner.

"Hehe ini bertambah menarik. Jika anak ini mampu bertahan, dia akan menjadi seorang legenda, menghidupkan semula kekuatan keturunan Atheos".

Beberapa jam kemudian, perlahan Hunner membuka matanya, tubuhnya yang 'hancur' semasa proses menyerap telah lama kembali kepada asal dan kini disusun ulang menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Hunner melihat tepat ke arah Yoda yang bersandar di persadanya dengan tangan kiri yang menongkat dagunya.

"Aku kini seorang immortal. Ini sangat hebat. Haha aku kini seorang immortal. Aku akan berteriak di seluruh Kota Starlight, aku berjaya menjadi seorang immortal. Seorang rakyat biasa menjadi seorang immortal hahaha".Hunner melihat seluruh tubuhnya, tidak banyak yang berubah namun dia kini merasakan ada aliran tenaga tanpa batas jauh di dalam lautan jiwanya, terapung membentuk suatu kristal hitam, itu adalah energy corenya dengan element dark energy.

"Kamu telah puas hidup? Memberitahu semua orang mengenai seorang rakyat biasa menjadi seorang immortal pasti akan mempercepatkan kematianmu. Golongan bangsawan sudah pasti tidak akan menyukai berita ini. Sebaiknya simpan egomu dan secara sembunyi berusaha untuk menjadi lebih kuat".

"Erkkkk... " Hunner terdiam, mulutnya seperti dipaku. Ada kebenaran di sebalik kata-kata Yoda. Golongan bangsawan memonopoli hampir semua kawasan, kehadiran immortal baru pasti akan menimbulkan persaingan. Dan tanpa perlindungan apa pun, Hunner pasti akan menjadi sasaran mudah para immortal bangsawan.