webnovel

chapter 4

BAJU kemeja milik Aniq yang berwarna biru tua dipakainya lalu dia mengambil kunci rumah yang terletak di atas meja bersebelahan pintu masuk. Jam menunjukkan pukul 9 malam dan Aniq terus keluar ke rumah tanpa berasa gelisah. Malam itu, ibu bapanya sudah pergi ke luar negeri bagi berjumpa dengan rakan yang lain manakala Aqilah sudah pulang ke rumah sewanya.

"Aniq?" soal pemandu kereta audi itu. Aniq mengangguk lalu memasuki perut kereta itu dengan berasa tenang. Dia tidak henti mengukirkan senyuman kepada pemandu kereta itu dan sempat mereka bersembang seperti kawan yang lama sedangkan jarak umur mereka meghampiri 15 tahun yang cukup berbeza.

"Kenapalah Amer ajak kawan dia pergi kilang? Sepatutnya ajak kawan dia ni pergi rumah besar dia tu." kata pemandu itu.

"Saya bukan kawan dia." Balas Aniq.

"Bukan? Aik dah tu? Amer suruh pakcik amek kawan dia si Aniq. Dah terang dia kata kawan." Pemandu itu berasa pelik. Anak majikan dia bukan senang untuk berkawan jadi dia tumpang gembira kalau Aniq merupakan kawan anak majikannya tapi apabila Aniq berkata dia bukan kawan Amer entah kenapa pemandu itu berasa kurang senang.

"Mungkin maksud dia kawan sekolah kot. Tapi kitaorang bukan kawan yang rapat macam bff tu."

"Bff? Apa tu? Jenama kereta ke?"

"EH bukan. Best friend forever maksudnya. Kawan rapat macam tu. Saya dengan dia jarang nak bertegur." Sengih.

"Alah tegur je dia. Walaupun dia garang tapi pakcik tahu dia baik cuma tuan besar ataupun bapa dia tu sahaja. Setiap hari mesti dia bergaduh dengan bapa dia. Sedangkan bapa dia tu okey sahaja cuma Amer tu melebih. Biasalah anak manja." Kereta audi itu berhenti dihadapan kilang lama yang berdekatan dengan rumahnya.

"Pakcik tunggu sini ya. Kalau ada apa-apa panggil sahaja pakcik." Aniq mengangguk sebelum masuk ke dalam kilang yang begitu usang. Tengok dari luar sahaja sudah boleh lihat susuk tubuh Amer yang menanti kehadiran Aniq.

Baru sahaja Aniq melangkah masuk, badan Aniq telah dipukul oleh beberapa konco milik Amer. Pemandu yang baru sahaja menghantar Aniq terkejut apabila tidak nampak bayang-bayang Aniq. "Aik mana budaknya? Aku baru minum air tak akan hilang macam tu." tanpa berfikir panjang, dia terus turun dari perut kereta. Namun bayang Aniq masih tidak kelihatan.

"Pakcik." Panggil seorang lelaki yang berdiri dibelakang pemandu itu dan...

PANG! Pemandu itu terbaring di atas jalan akibat dipukul oleh kayu. Siapa yang lakukannya? Sudah semestinya konco si Amer! Aniq yang melihat kejadian itu cuma memasang riak wajah kosong kerana dia tahu itu akan terjadi. Dalam hatinya dia cuma mampu berdoa agar Amer dan yang lain terima balasan setimpal kerana lakukan perkara itu kepada orang tua yang begitu baik hati.

"Kau nak buat kalini? Bakar Aku?" tanya Aniq kepada Amer yang sedang membakar kayu dihadapan Aniq.

"Nak ke?" Sengaja Amer menghalakan kayu yang sudah terbakar kepada Aniq yang duduk di atas kerusi. Amer menoleh ke arah beberapa orang lelaki yang berdiri disekelilingnya.

'Macam mana ntah Aku nak lari.' bisik hati Aniq.

"Kau tahukan lusa parents kena datang sekolah sebab mesyuarat PIBG tu?" Aniq mengangguk. Amer mendekati tubuh Aniq seraya membaling kayu agar jauh dari bajunya. Baju mahal jadi sayanglah kalau kena abu api.

"Aku nak kau berlakon jadi kawan Aku. Berlakon je not a real kawan. Aku tak tahu kenapa bapak Aku teringin gila nak jumpa kau. Katanya dia nak kau bimbing Aku untuk jadi pelajar contoh." Amer ketawa kecil selepas memandang riak wajah Aniq yang kurang selesa.

"Boleh? Alah kira lepas hutanglah. Kau tolong Aku sehari nanti esok lusa Aku tolong kau lah. Tapi sekali je lah." dia memandang semula wajah Aniq namun Aniq memberikan sepenuh perhatian kepada unggun api dihadapannya.

"Tak faham?" Aniq diam.

"Katakan kau tolong Aku jadi kawan Aku dalam masa sehari. So sehari tu Aku tak akan buli kau. Sehari? No no. Aku ni baik jadi seminggu tu Aku tak akan buli kau. Okey? Kalau tak okey kau boleh minta 2 hari. Cun?"

"Kau suruh Aku datang semata-mata sebab ni je?" pandangan Aniq membuatkan Amer tersenyum sinis. Pandangan yang tajam dan membawa makna.

PANG! Amer menampar wajah Aniq dengan sekuat hatinya. Aniq masih berdiam diri kerana dia tiada kekuatan pada ketika itu. Walaupun anggota badannya tidak bergerak tapi jiwanya melayang ke alam unggun api yang semakin marak.

"Tak ada sebab kau nak tolak permintaan Aku."

"Dan tak ada sebab Aku nak terima permintaan kau. Kau pukul Aku. Hina Aku. Marah Aku. Kau maki hamun keluarga Aku dan tanpa rasa malu kau minta pertolongan dari Aku? Tak malu ke?" kolar baju Amer ditarik oleh Aniq. Kayu yang telah terkena dengan api diambil oleh Aniq lalu dia menghalakan kayu itu kepda Amer yang sudah terduduk di atas kerusi. Konco-konco Amer seakan-akan hilang arah apabila Aniq turut menghalakan kayu itu kearah mereka.

"Kau datang dekat dengan Aku memang terbakar badan dia!" jerit Aniq.

Api yang semakin marak membuatkan jiwa kemarahan Aniq membara. "Kau belum kenal siapa Aku jadi jangan main api dengan Aku!" dengan secara sengaja Aniq meletakkan kayu itu disebelah leher kanan Amer. Amer menunjukkan reaksi ketakutan pada ketika itu dan itu membuatkan Aniq berasa lucu.

"Kau boleh pukul Aku tapi jangan libatkan keluarga Aku. Dan permintaan kau tu... Aku terima tapi jangan menyesal." Aniq membaling kayu itu lalu melangkah pergi dari kilang itu. Dia menampar wajah lelaki yang sedang menjaga pemandu Amer. Malam itu merupakan malam yang tak akan Amer lupakan. Malam dimana Aniq menunjukkan belangnya.

HARI Mesyuarat PIBG telah bermula dan semua ibu bapa pelajar tingkatan 5 hadir bagi menjayakan akedemi anak mereka dalam peperiksaan SPM dan akedemi sekolah. Tidak lupa juga Encik Qhalil yang hadir tanda sokongan bagi mesyuarat itu.

Aniq duduk disebelah Encik Qhalil dalam majlis itu, manakala Amer pula duduk dihadapan Aniq bersama ayah Amer. "Amer dengan Aniq tu kawan ke?" bisik Encik Qhalil. Aniq menggeleng. Dia akan membantah sesiapa sahaja yang berfikir bahawa dia dan Amer adalah kawan. Mereka bukan kawan! Tapi lawan!

"Cikgu, boleh Saya ajukan pertanyaan?" tanya seorang wanita yang merupakan ibu kepada Wafiy.

"Boleh. Teruskan Puan." Balas guru yang mengendalikan mesyuarat tersebut.

"Boleh atau tidak guru-guru disekolah memantau pelajar yang lain? Contoh dari segi buli. Saya melihat dengan mata Saya sendiri pelajar dari sekolah ini terlibat dalam kes buli tapi tiada seorang pun yang berani bersuara." Amer menelan air liur. Tak akanlan ibu Wafiy melihat dia?

"Saya yakin salah seorang pelajar tingkatan 5 menjadi mangsa buli." Anak mata Wafiy dan Yusuf tepat menatap wajah Amer. Senyuman sinis mereka terukir dengan begitu bangga.

"Kami akan selidik dahulu kes ini Puan.."

"Puan Wardah. Saya merupakan seorang peguam jadi tolong beri kerjasama dalam kes ini." Wajah Amer bertukar menjadi kelat. Masak dia kalini!

"Kalau pihak sekolah perlukan bantuan boleh minta tolong dari Saya juga." Suara garau milik bapa Amer membuatkan peluh Amer pecah. Bapa sendiri mahu masuk campur dalam hal ini? Memang masak Amer kena kalini.

"Baiklah kalau begitu. Sekiranya kami mendapat aduan dan bukti akan kami maklumkan kepada Encik Adnan dan Puan Wardah." Amer tidak henti memaki hamun nama Aniq dalam hatinya. Dia jauh tersasar dalam permainan ini.

"Kalau pembuli itu merupakan anak Saya. Saya tak akan melepaskan tanggungjawab sebagai polis dan ayah. Dan Saya harap anak-anak boleh berikan kerjasama dengan pakcik." Wafiy mengangkat kening kepada Yusuf dan Aniq yang duduk dibelakang dia. Permainan telahpun bermula.

ENCIK QHALIL melihat dari jauh anaknya yang sedang bersembang dengan rakan kelas yang lain di meja buffet. Ketika di meja makan, Encik Adnan dan Amer pula mengambil tempat dihadapan Encik Qhalil.

"Amer dengan Wafiy anak makcik tu sekelas ke?" Soal Puan Wardah. Kalini dia mulakan dengan menyiasat latar belakang Amer Adnan.

"Saya kelas PSV dia kelas perniagaan. Jadi tidak." Balas Amer dengan wajah angkuh.

"Psv? Uish mesti pandai lukis." Teka si ibu Wafiy.

"Lukis? Lukis bunga pun macam lukis awan." Sampuk Encik Adnan. Encik Qhalil cuma menjadi pendengar sahaja disitu. Nak berbual dia berasa malas kerana ibu bapa tingkatan 5 semuanya orang bekerjaya.

"Okeylah tu daripada dia lukis bunga jadi batu." Balas Encik Qhalil dengan bersahaja.

"Eh Saya dengar cerita Aniq tu boleh masuk universiti luar negara kalau SPM dia straight A. Mesti hebat dapat anak bijak lepastu hensem macam bapanya." Puji Encik Adnan. Amer pula rasa nak lempang sahaja si bapa kerana puji anak orang dengan berlebihan. Nampak kurang ajar? Biasa sahaja bagi Aniq.

"Biasa-biasa sahaja. Anak Encik pun apa kurangnya. Semuanya bijak pandai." Senyum. Aniq menghampiri ayahnya dengan membawa pinggan yang berisi nasi tomato yang dimasak oleh makcik kantin diikuti juga Yusuf dan Wafiy.

"Aniq, nanti senang-senang datanglah rumah uncle. Belajar dengan Amer." Aniq mengangguk tanda setuju. Amer menjengilkan matanya. Dah kenapa Aniq perlu bersetuju? Apa lagi rancangan bapanya? Dan apa rancangan Aniq?

"Uncle, Saya nak cakap tentang kes buli tu boleh tak?" Yusuf bersuara setelah Encik Adnan berhenti bercakap.

"Boleh. Cakap sajalah." Kini Yusuf memandang muka Amer yang tidak keruan. Senyuman sinis Yusuf membuatkan Amer tercabar. Puan Wardah dan Encik Qhalil juga bersiap sedia memasang telinga untuk mendengar cerita Yusuf.

"Saya kawan mangsa buli tu dan apa yang Saya rasa...pembuli patut diheret masuk penjara. Kesan luka pada badan mangsa bukan satu dan bukan dua tapi banyak. Berapa banyak kali Saya tegur mangsa untuk beritahu pihak sekolah ataupun parents tapi mangsa buli tak ambil tindakan sebab dia tahu pembuli boleh berubah. Kalau aunty dan uncle tahu. Semalam Saya dapat berita mangsa pergi ke sebuah kilang untuk berjumpa dengan pembuli. Motif? Saya masih tak tahu sebab mangsa tak ada beritahu Saya dan aunty atau uncle boleh check CCTV yang berdekatan dengan simpang rumah Aniq." Kini tapak tangan Amer mula berpeluh. Dia begitu gelisah pada ketika itu.

"Boleh uncle tahu mangsa orangnya macam mana? Dia ada masalah family ke?" soal Encik Qhalil dengan sopan.

"Itu... Saya tak pasti. Mangsa kurang bercakap tentang hal keluarga." Balas Yusuf seraya meneguk air tembikai ditepinya.

"Dia...dia kena buli sebab dia anak luar nikah. Dan kesan pada mangsa sangat teruk. Hari-hari pembuli tu maki hamun mangsa, pukul mangsa hingga berdarah. Kami dah lakukan sedaya upaya sebagai kawan mangsa. Tapi Wafiy harap sangat-sangat. Umi, Uncle Qhalil dan Uncle Adnan boleh berikan balasan setimpal untuk manusia berkepala syaitan tu." anak mata Wafiy menikam anak mata Amer. Perbalahan kalini bukan sahaja melibatkan Aniq tapi Yusuf dan Wafiy juga turut terlibat.

AMER menghentakkan kepala Aniq ke dinding setelah sesi persekolahan tamat. Baru beberapa langkah keluar dari sekolah, Amer cepat-cepat menarik kolar baju Aniq untuk bersembunyi disebalik kedai makan. Dia tak sangka Amer menunggu dia walhal kelas Amer tamat 15 minit lebih awal berbanding Aniq. Oh lupa. Gara-gara dendam semuanya boleh. Kaki kanan Amer disengaja menyepak kaki Aniq agar jatuh terduduk di atas permukaan lantai.

"Kau..kau kata tak akan buli Aku." Kata Aniq dalam separuh sedar.

"Aku suruh berlakon jadi member Aku bukan attack Aku. Kau fikir Aku nak ubah fikiran untuk berhenti buli kau? Oh tidak. Jangan harap ya. Dan yang kau senang-senang setuju nak belajar kat rumah Aku apahal? Apa rumah kau dah roboh ke? Ke nak Aku tempah rumah baru untuk kau? Tapi lain sikit. Dalam tanah." Senyum penuh makna. Aniq duduk bersandar di dinding lalu dia mengelap kesan darah di dagunya. Dagunya terhentak kuat dengan permukaan lantai sebentar tadi.

"Hal ni kita berdua sahaja. Dan lagi satu kau jangan nak beria tunjuk kau ada bapa. Jangan kau lupa status kau sebagai anak luar nikah. Kau tahukan jijik."

"Jijik? Jijik? Kau tak sedar ke diri kau tu lagi jijik dari Aku? Kau tak sedar yang kehadiran kau dalam dunia lagi jijik dari sampah? Kau tu mengharapkan duit mak bapak kau. Bijak? Aku lagi bijak. Kaya? Memang ada pada kau tapi kaya kesabaran itu pada Aku. Berdikari? Aku dan bukan kau. Jijiknya kau sampai bapak kau puji Aku setinggi langit berbanding kau. Memang Aku anak luar nikah tapi bukan salah Aku. Salah jantan tak guna yang rogol mak Aku tu! Dan...Aku rasa kau kenal siapa dia. Aku bagi hint ya. Aku salah seorang family kau." Perkataan terakhir membuatkan Amer terdiam. Memang kalini Aniq tidak tahan lagi dengan penghinaan itu. Hina, maki, pukul semua dia telah lalui.

"Pakcik kau apa khabar? Aku dengar cerita anak dia dah bersalin. Cakap tahniah dekat dia ya." Aniq menuju keluar dari ruang sempit itu. Dia berlalu pergi selepas selesai berdebat dengan lelaki kurang cerdik a.k.a Amer. Kalau dia kalah dari segi fizikal tapi dia menang dari segi lisan mahupun percakapan. Kadang-kadang perkara lisan dapat meninggalkan kesan yang mendalam berbanding fizikal jadi inilah cara Aniq untuk menang.

CUTI SEKOLAH sudah bermula dan semua keluarga telahpun memilih tempat untuk bercuti ataupun berehat dirumah namun tidak bagi keluarga Encik Qhalil. Aniq dan Aqilah berkurung di dalam bilik bagi menikmati musim cuti selama dua minggu. Aqilah yang mengambil cuti selama 3 hari cuma memandang dinding kosong berwarna kelabu dibiliknya manakala Aniq melukis sesuatu yang berada di dalam mindanya.

"Awak nak join Saya makan dekat restaurant baru?" – Hilman.

"Owner kedai tu kata kalau bawa member seorang dapat makanan free. Jomlah!" – Hilman

Aqilah tersenyum. Namun dia malas nak keluar ke rumah kerana dia telah mengalami demam panas setelah mendapat berita bahawa Hazim dan bekas tunan Hilman sudah bersama. Bagi dia Hazim adalah segalanya kerana dimata dia cuma Hazim sahaja yang mampu bahagiakan dia. Hazim begitu sempurna di mata dia hingga Aqilah tidak nampak segala keburukan Hazim tapi kini dia telah menemui sisi sebenar Hazim.

"Saya tak sihat." – Aqilah

Hilman menyatukan kedua-dua belah tapak tangannya lalu dia termenung jauh di dalam bilik. Fikirannya melayang memikirkan hal Hazim dan Shila. Entah kenapa dia berasa berat hati untuk melepaskan gadis itu pergi. Semuanya sudah diberikan namun pemberian ikhlas tidak dibalas dengan hati yang ikhlas dan jujur.

"Abang!" Ilya mendekati meja kerja abangnya. Tanpa disuruh, Ilya duduk seraya menarik kerusi kerja berwarna hitam itu. Meja kerja itu diimbas buat seketika dan secara automatik dia mengemas meja abangnya yang penuh dengan kertas kerja. Hilman memandang wajah adiknya lalu dia menundukkan kepala ke lantai. Terasa berat untuk menatap wajah yang iras arwah ibunya.

"Kalau tak ada apa-apa gi lah keluar. Nak tidur." Kata Hilman dengan nada tegas. Ilya tunjuk riak wajah bersalah terus dia keluar dari bilik utama itu. Langkahnya begitu berat untuk meninggalkan si abang yang mempunyai pelbagai masalah. Di mata orang Hilman merupakan abang yang baik dan kuat tapi di mata Ilya, Hilman bukan baik dan bukan jahat bahkan bukan manusia yang kuat kerana lelaki itu akan menangis tiap kali si adik menyebut tentang arwah ibu bapa mereka.

Niat dia yang mahu bercerita tentang hal Aniq terus ditangguhkan apabila terdengar suara tangisan si abang. Mungkin nampak pelik apabila lelaki menangis tapi bukan ke setiap orang layak untuk melayan setiap perasaan? Tidak kiralah menangis hingga meraung. Bagi Ilya, tangisan si abang membuatkan dia bertambah lemah. Tangisan yang membawa makna