webnovel

Topeng

Cuaca sejuk. Aku dengar bunyi rintik hujan di atas bumbung. Perlahan aku buka mata. Samar-samar aku lihat jam dinding menunjukkan pukul 7 pagi. Aku toleh ke katil Linda. Dia sedang tidur dengan nyenyak. Aku pandang siling sambil fikiran ku mula menerawang hal semalam. Spontan aku menepuk dahiku. Semalam aku mabuk lepas minum dua botol soju! Aku masih ingat serba sedikit apa yang berlaku semalam. Pipi ku serta merta terasa panas! Aku jadi malu..arghhhh malunya. Nasib baik Jihan bersabar dengan kerenahku. Lama juga aku terdiam dan memutar kembali rakaman dalam kepala ku hal yang berlaku semalam. Dari terdengar perbualan Faris dan Jihan, main kad turup dan Susan bawa botol-botol Plum soju, Jihan angkat aku naik ke bilik homestay dan aku muntahkan segala isi perutku di tandas lepas ceritakan mimpiku tentang Shila. Sekali lagi aku tepuk dahiku.

"Siapa suruh mabuk" Marahku pada diri sendiri. Aku mula dengar perutku berkeroncong lapar. Aku bingkas bangun dan dengan langkah perlahan menuju ke dapur. Bunyi rintik hujan kedengaran makin lebat. Harapnya hujan berhenti awal sebab sepatutnya sekitar Jam 10 pagi kami hendak hiking menuju ke air terjun Langanan Poring. Aku jenguk ke tingkap melihat ke arah gunung Kinabalu. Puncaknya tidak kelihatan. hmmmmm aku mengeluh hampa. Aku kemudiannya mengambil packet kopi 3 in 1, dan membancuhnya dengan air di termo pot yang disediakan di dapur.

" Bancuh satu untuk aku.." suara Jihan. Aku spontan menoleh. Senyap langkah dia hingga aku tak perasan dia muncul. Dia senyum. Kacak! Mukanya nampak segar seolah-olah dia sudah siap mandi. Bila dia mendekat aku boleh cium wangi sabun mandi. Sah lah dia sudah siap mandi.

" Kau sudah siap mandi! awal pula kau mandi waktu hujan-hujan macam ni" tegur ku sambil membancuh kopi 3 in 1 untuk Jihan pula. Aku ingat yang aku mabuk semalam tapi berlagak ianya tidak berlaku. Aku tidak mahu ungkit dan kalau boleh aku tak mahu Jihan pun ungkit. Aku hulur cawan berisi kopi padanya. Dia sambut cawan kopi itu, berhenti nikmati bau kopi seketika sebelum teguk meminumnya.

" Shila call tadi. Lepas dia call aku tak dapat tidur balik, so aku decide untuk mandi" Matanya bercahaya bila sebut nama Shila. Serta merta aku rasa ada jarum tajam cucuk jantung aku bila melihat mata Jihan yang berisi 'sesuatu'. Dan 'sesuatu' yang bukan milik ku. Aku segera pakai 'topeng' yang selalu ku pakai dan pura-pura mengusik Jihan.

" Patutlah bersemangat.. rupanya semangat orang dilamun cinta" Jihan ketawa dengan kata-kataku. Sebelum dia membalas ungkapanku, aku bangun dengan cawan kopi di tangan dan bergerak ke beranda. Jihan serta merta ikut dari belakang. Terdapat 4 kerusi dengan meja kecil disediakan khas untuk pengujung duduk-duduk sambil minum kopi dan melihat pemandangan kaki gunung.

" Nampaknya hujan semakin reda.. tengok. dah mula gerimis" Tegurku sambil tunjuk gerimis di luar. Cuaca memang sukar diduga. Tadi bukan main lebat. Sekarang tidak sampai 5 minit ia sudah mulai gerimis. Sama macam hati manusia, sukar diduga. Jihan pastinya tidak menduga yang aku ada hati dengan dia, sebab aku pakai 'topeng' ku dengan baik.

"Hmmmm. Harap hujan di area sini saja. Leceh juga hiking kalau lepas hujan.. denai laluan hiking pasti basah dan licin" Ujar Jihan, merujuk pada laluan hiking yang bakal kami daki menuju ke Air terjun Langanan Poring.

"Ya.. betul tu.. ah ya! Tapi aku tak sabarlah. Nina cakapkan.. ada bunga reflesia sedang kembang tidak jauh dari Poring.. Hari ni hari kedua kembang, so maksudnya masih sangat fresh lah bunga tu dan saiznya, dia cakap luar biasa besar.. biasa yang kita pergi tengok dulu lebih kurang sebesar nyiru. Tapi kali ni Nina cakap lebih besar dari tayar lori trailler. Nanti singgah situ.. kira nak anbik video masukkan dalam vlog kita" kataku dengan teruja.

" Ya.. Ada aku dengar Nina mentioned pasal reflesia blooming. Tapi, sudah banyak kali kau tengok bunga reflesia.. gaya excited kau macam orang yang first time tengok reflesia blooming! Kau tak pernah bosan?" Tanya Jihan.

Aku geleng kepala. Aku tak pernah bosan dengan benda-benda rare seperti ini. Sama ada tumbuhan atau binatang rare. Ia sentiasa buat aku tertarik. Secara tidak langsung Jihan juga terjebak dengan hobi ku yang sukakan nature dan rare animal.

"Nope! Reflesia is the largest bloom rare flower yang hanya tumbuh only in few places on earth and we are the lucky one.. sebab dia tumbuh di depan 'hidung' kita. Blooming hanya sekitar 4 hingga ke 7 hari. I feel so lucky if I have chances to watch it" Jawab ku sambil tenung muka Jihan.

"Well said" balas Jihan dengan senyum mengulum lalu menhirup lagi air kopi di cawannya. Malas membidas kata-kataku.

"I know right" balasku kehilangan idea untuk meneruskan perbualan. Kami terdiam seketika. Gerimis yang turun tadi sudah berhenti sepenuhnya. Tiba -tiba perutku berbunyi lapar. Kami berpandangan. Serentak itu kami ketawa.

" hmmmm.. Kau muntah semua isi perut kau semalam. Perut kau tentu kosong.. tulah dia menjerit lapar" Kata Jihan. Aku tersentak. Jihan akhirnya 'usik' hal aku mabuk semalam. Spontan aku rasa muka ku terasa panas. Malunyaaa!

"Sorry.. mesti berat kau angkat aku semalam.. patut kau tinggalkan saja aku di tepi sungai sampai pagi.. " Gurauku cover line. Jihan mendehem dengan senyum yang cuba di tahannya.

" Sangat berat! nasib baik aku rajin pergi gym. Kalau tidak patah juga lengan aku angkat kau" Balasnya sambil tayang nice biceps miliknya.

" Thank you Bestie" ucapku sedikit kurang iklas. Ucapan thank you itu aku seiklas hati ucapkan untuk Jihan. Namun Last word - Bestie terasa pahit untuk aku ungkapkan. Kami memang bestie tapi..... I see him in a diference light now!

" Thank you saja? Last night aku bersihkan bilik air yang penuh dengan muntah kau tahu! " Marah Jihan sambil jeling muka ku. Aku tersengih dengan muka bersalah.

" er... Kau nak breakfast apa? aku masak untuk kau.. kau pun dah lapar kan?" Potongku sebelum Jihan mula mengira satu persatu perihal semalam. Dia ketawa mendengar kata-kataku.

" Feel guilty now?" Dia ketawa lagi. Aku memutarkan bola mataku lantas bangun menuju ke dapur.

" Aku masak spaghetti untuk kau okay? fair enough?" Seruku pada Jihan. Aku dengar derap kakinya mengekori aku dari belakang.

" okay.. spaghetti.. sandwich and telur mata" jawab Jihan. Aku ketawa.

"Amboi.. demandingnya!" balasku lalu mengeluarkan tomato yang kami petik kelmarin petang. Merah ranum. Biasanya aku hanya masak spaghetti mengunakan instant sos prego. Tapi memandangkan tomato ranum dan bahan-bahan yang lain pun lengkap jadi aku memilih memasak tanpa bantuan sos segera. Walaupun aku cakap aku masak untuk dia, Jihan automatik ringan tangan menolong menyediakan bahan-bahan. Ini bukanlah pengalaman pertama kali kami memasak spaghetti bersama. Aku memang kerap ke rumah Jihan dari kecil lagi. Berdua memang lebih baik. Dalam 40 minit kemudian sandwich dan spaghetti untuk 6 orang siap! Aku dan Jihan berpandangan dan senyum puas bila selesai masak.

" Aku pergi mandi dan kejutkan Linda. Kau ketuk bilik Nina dan Susan. Pastu kejutkan Faris.." ujarku.

" Okay" Jawab Jihan lalu ambil sekeping sandwich dan sumbat ke mulutnya. Aku lihat jam pukul 8.45 pagi. Dalam plan kami sepatutnya bertolak pukul 9.30 pagi ke Poring dan hiking ke air terjun Langanan. Aku beredar ke bilik. Linda baru siap mandi. Dia senyum lebar.

" Awal korang masak breakfast. aku jenguk dari jauh tadi macam sedap saja breakfast kamu masak" tegur Linda.

" Spaghetti dan Sandwich saja. pergi la breakfast. Eh.. sorry aku awal balik semalam. mabuk la 2 botol soju aku balun" Ujarku. Linda ketawa.

" Aku menang besar semalam.. tapi aku pun mabuk juga sampai aku muntah di sungai. Faris dan Jihan yang teruk angkat aku dan Susan. Cuma Nina saja yang jalan sendiri ke homestay" beritahu Linda. Oh.. jadinya I'm not alone. Susan dan Linda pun K.O juga semalam. Aku ketawa puas hati. Ingatkan tahap alcohol tolerance aku saja yang paling teruk semalam. Kesian Jihan, lepas angkat aku, dia angkat Linda pula. Tapi tadi dia tak ada sebut pasal Linda dan Susan pun mabuk teruk semalam.

" Oh.. rupanya. Patutlah semua bangun lewat.. eh.. aku pergi mandi dulu"

Linda beredar. Tanpa membuang masa aku segera ke bilik air dan mandi. Lepas tu kumpul ramai-ramai dengan yang lain bersarapan bersama. Susan mabuk paling teruk semalam kononnya. Sampai dia langsung tak ingat Faris angkat dia naik ke bilik mereka. Selesai breakfast kami bergerak ke Poring. Lepas bayar yuran masuk, kami singgah ke Hobit garden sekejap kemudian bergerak ke Air terjun Kipungit yang cuma 500 meter dari sana. Aku sudah pernah pergi ke air terjun Kipungit tapi aku masih teruja melihatnya.

"Jihan.. ambil pic kami" Kata Linda lalu menyerahkan handphonenya kepada Jihan. Bagi Linda ini adalah kali pertama dia ke Air terjun Kipungit. Kami layankan saja bila Linda ingin berlama-lama di situ. Airnya sejuk dan jernih. ternyata tidak hujan di kawasan ini jadi air terjunnya bersih dan cantik. kalau baru lepas hujan air sungai jadi keruh.

" Puas hati?" kata Jihan sambil menyerahkan semula telephone bimbit Linda.

" Thank you!" balas Linda. Kami ambil keputusan bergerak semula menuju ke Air terjun langanan yang lebih kurang 3.3km dari sana. Aku dan Linda berjalan paling hadapan. Jihan dan Nina di belakang kami manakala Susan dan Faris paling belakang sekali. Terdapat beberapa Hiker juga kelihatan.

" Hey.... Airis!" nama ku di seru. Aku menoleh. suara itu tidak ku kenali. Mataku tersua wajah kacak seorang lelaki. Aku amati wajah itu dengan dahi berkerut. Cuma mengingat. Aku tahu dia orang yang aku kenali. Tapi aku lupa.. dia siapa? Dia merupakan kumpulan Hiker lain yang sedang menuju ke Air terjun Langanan seperti kami. Beginilah kalau hiking masa hujung minggu, mesti kawasan hiking yang terkenal seperti Air terjun Langanan jadi tumpuan.

" Airis... kau sudah lupa saya? sampainya hati.. Kita pernah satu kolej, dont it ring any bell to you?" Lelaki itu menatap mukaku dengan harapan aku ingat akan dirinya. Jihan dan Nina berhenti. Mereka ikut memandangku dengan muka tanda tanya. Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Er.. er.. ingat.. tapi lupa nama. Kita pernah satu pasukan waktu aktiviti di kolej.." ujarku sambil tersengih dengan rasa bersalah.

" Betul... tapi sampai hati kau lupa nama saya.. I'm Danny... I'm not just satu pasukan dengan kau Airis.. we used to be gossip by others as couple!! " Balasnya lagi. Oh right its did ring a bell. Tapi dia nampak 10 kali lebih handsome sekarang! Aku ketawa untuk cover malu. Sambil melangkah semula kerana Linda sudah mulai jauh di hadapan. Automatik Danny ikut mengorak langkah. Begitu juga Jihan dan Nina. Jihan tiba-tiba jalan beriringan dengan aku. Aku boleh rasa Jihan punya protective mode sedang on. Aku jadi tersenyum. Jihan memang sedikit protective. Dari dulu lagi Dia takut aku kena buli atau di dekati oleh orang yang berniat jahat. Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka kena lulus saringan dari Jihan terlebih dahulu.

" Danny.. ya..saya ingat. Ah.. itu gossip saja. Sebab kamu ketua pasukan dan saya assistant jadi kita selalu nampak together dan ia jadi bahan gossip" Balasku dengan rasa kekok. Danny senyum lebar. Senyuman yang manis menawan. Mata Nina turut terpaku ke wajah kacak Danny bila dia senyum manis.

" haaa.. ingat pun. How I wish the gossip was true" ujarnya tanpa segan silu. Nina ketawa dan mendehem. Dia buat signal tunjuk ibu jari. Lepas tu buat 'sign' yang beritahu, dia rasa Danny good looking. Aku jadi ketawa sebab aku lihat Jihan bulatkan mata lihat signal Nina padaku.

"er.. ha..ha.." Aku hanya ketawa kekok pada Danny. Dia senyum ranum melihatku. Mukaku jadi merah padam.

" Airis.. nampaknya kita berjodoh sebab akhirnya saya jumpa kau lagi, I promised to my self If I have a chance to meet you again.. Im not gonna let you go" Kata Danny dan kenyit mata padaku. Kata-kata Dannh buay aku telan air liur, betapa terus terangnya Danny. Jauh berbeza dengan dia yang aku kenali masa zaman kolej dulu.

" Wow! that too much for me to take it. kita baru jumpa semula dan kamu cakap macam ni.." ujarku terus terang. Danny ketawa malu.

" Saya kesal dulu saya tidak make a move.. are you single Airis?" Tanya Danny buat aku terkedu! Serentak itu aku lihat Jihan pandang Danny seakan-akan ingin menelannya.

****