Selepas pengumuman sistem itu, pusaran hitam besar muncul sekali lagi di depan Ling Lan dan terus menyedutnya.
'Ish, sekali lagi?!' Ling Lan terkelu. 'Kenapalah ruang belajar kejam sangat?' Walau bagaimanapun, setelah melalui situasi ini sekali lagi, Ling Lan tidak gelabah kali ini.
Namun, masih mustahil untuknya meneka berapa lama dia berada dalam pusaran it. Kemudian Ling Lan nampak pancaran cahaya, dan dia tahu yang dia akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Seperti kali pertama, dia dikeluarkan daripada pusaran itu, tetapi kali ini Ling Lan sudah bersedia. Dia berjaya mendarat dengan penuh gayanya. Ling Lan bangga dengan dirinya atas prestasi cemerlangnya ini.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com