webnovel

Pentingkan diri!

Editor: EndlessFantasy Translation

Kata-kata ini serta-merta membuatkan Adik Qing terdiam. Sememangnya pegawai JMC tidak mempunyai hak untuk menolak keputusan pengendali mecha. Tepat pada ketika itu, ketua kumpulan JMC bercakap dengan mecha L6-W3 melalui mikrofon, "Helo Tuan, saya ketua pasukan JMC1. JMC003 ada buat kesilapan, mohon jangan ambil serius apa yang dia katakan tadi. Saya akan segera siapkan langkah keselamatan untuk pendaratan berdua. Sila tunggu sebentar."

Selepas ketua kumpulan melepaskan butang komunikasi, dia dengan marah berkata kepada Adik Qing, "003, awak dah lupa peraturan dan tindakan yang perlu ada sebagai seorang pegawai JMC?"

Mata Adik Qing mula bergenang dan dia berkata dengan perlahan, "Dua mecha mendarat pada masa yang sama amat bahaya. Kebiasaannya, pengendali mecha tak dibenarkan berbuat demikian." Pegawai JMC bertanggungjawab memberi cadangan kepada pengendali mecha.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com