Setelah membuat keputusan, Ling Lan tidak lagi memikirkan tentang akademi pengakap. Fikirannya beralih kepada Jurulatih Mu yang amat dihormati oleh ibunya, Lan Luofeng. Orang jenis apakah dia? Berdasarkan penerangan Empat Kecil, Jurulatih Mu juga boleh memarahi dekan Pusat Akademi Pengakap tanpa teragak-agak. Identiti sebenarnya pasti bukan sekadar orang biasa sahaja.
Empat Kecil terus berceloteh, melaporkan segala-galanya. Kemudian, tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, moodnya menjadi sedih. Dengan berat hati, dia bertanya, "Kita kembali ke rumah begitu saja. Bukankah nanti susah untuk kita berjumpa dengan ayah lagi?"
Kalau mereka berada di luar akademi, ketika mereka log masuk, mereka akan log masuk ke dunia maya yang sebenar, bukan dunia maya akademi yang tertutup. Dari sana, mencari jalan masuk tersembunyi ke rangkaian Pusat Akademi Pengakap akan mengambil masa dan usaha yang banyak, walaupun Empat Kecil menyebarkan sumber-sumbernya. Ia bukan mudah.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com