Luo Lang tersenyum, luar biasa manisnya hingga ramai yang berlegar-legar di kedai peralatan itu terpempan melihatnya. Dia mengangguk dan berkata, "Puas hati, Bos." Tiada yang lebih menyenangkan daripada kepuasan membelasah sendiri orang yang memandang dia dan adik perempuannya dengan pandangan penuh nafsu.
"Bagus." Selepas itu barulah Ling Lan memalingkan kepalanya ke arah Zhao Jun yang sudah lama membelasah ahli pasukan Jiang Shaoyu hingga pengsan, "Mari."
Zhao Jun menggoyang-goyangkan tangannya, wajahnya kelihatan kesal ketika berkata, "Pertarungan tadi tak cukup mencabar. Luo Lang, lain kali kita tukar tempat, ya?"
"Lain kali?" Wajah Luo Lang tiba-tiba suram semula. Cis! Budak ini mahu dia dijadikan korban dan dibelasah lagi?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com