Menyaksikan teman sepasukannya mati kerana pembinasaan sendiri, mecha kelas khas yang satu lagi akhirnya naik gila. Matanya berubah merah merenung ke arah tiga mecha kelas atasan di hadapannya yang menghalang dia daripada membantu kawannya. Keinginannya untuk membunuh meluap-luap. Dia mesti mengapuskan mereka ini dan menuntut bela atas kematian rakan seperjuangannya!
Perasaan marah boleh menimbulkan dua kesan berbeza pada manusia. Pertama, hilangnya pemikiran rasional akibat berang yang melampau, sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk menggunakan kuasa tempur sebenarnya. Kesan berang sebegini ialah pengaruh yang negatif dan cuba dielak oleh pengendali mecha. Sementara itu, kesan kedua ialah pertambahan berkali-ganda pada pada kuasa tempur seseorang. Kesan seperti ini dipanggil ledakan. Apabila pengendali mecha mencapai status pengendali kelas khas, mereka tentunya akan menjalani pemupukan ledakan jenis ini ...
Support your favorite authors and translators in webnovel.com