Ketika pemuda ini muncul, seluruh atrium menjadi sedingin ais dan mereka yang memiliki kebolehan fizikal di peringkat rendah mula menggigil.
Pemuda yang tenang itu perlahan-lahan berjalan menuju ke kawasan tengah atrium. Dengan setiap langkahnya, Lian Shaojing dapat merasakan tekanan jantungnya meningkat sekali ganda. Dia terkejut dan takut setelah mendapati tidak dapat melihat peringkat kuasa pemuda itu.
"Siapa dia? Kenapa dia membuatkan saya berasa takut?" Peluh berjurai dari tepi dahi Lian Shaojing jatuh ke mukanya. Titisan-titidan peluh itu tidak mengalir ke kolar uniformnya, tetapi dia tidak mengelapnya kerana merasakan jika dia bergerak, bahaya akan melanda.
Ling Lan berjalan melepasi Luo Chao dan Han Xuya dengan pandangannya fokus kepada kedua-dua rakannya itu. Pandangan mata Ling Lan yang pada asalnya dingin dan tidak berbelas kasihan itu tiba-tiba bertukar menjadi agak mesra ketika dia berkata, "Luo Chao, Xuya, kami terlambat."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com