webnovel

Surrounded By Powerful Men

Bermula dengan seorang gadis yang bernama Selena Rosellea Parker yang sering di buli di sekolahnya oleh rakan sekelasnya yang merupakan Gangster kawasan itu.Oleh disebabkan pengaruh pembuli yang besar,Selena terpaksa berdiam diri bagi melindungi keluarga dari menjadi mangsa. . . . Dalam perjalanan dari sekolah, Selena berjalan menuju ke tandas awam di kawasan itu sambil membawa buku sekolah dan satu buku berwarna biru yang merupakan tempat luahan perasaannya dengan pakaian yang kotor. Selena menangis teresak-esak di sudut tandas awam itu sambil tangannya sibuk menulis sesuatu di dalam diari birunya. . . . Selena Rosellea Parker,seorang gadis yang berwajah jelita namun terhalang dengan kaca mata besarnya.Walaupun begitu dia sering dibuli kerana kesenyapan dan kelembutannya. Setelah pertemuan dengan seorang Mafia King,hidupnya berubah 360 darjah.Musuh mula mencari dan mengincar dirinya kerana menjadi dambaan sang raja. Bahkan benteng hati sepupu dan bawahan sang raja turut tergugat dengan kelembutan si gadis.Musuh juga mula terjatuh ke dalamnya. . . . Siapakah yang bakal mendapat hati gadis ini?Apakah ada rahsia yang tak dijangka bakal muncul?

Sam_Azwa · Teen
Not enough ratings
20 Chs

Pertemuan Kedua

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

Selena mencari buku diari birunya di merata-rata tempat di dalam bilik serta beg nya namun masih tidak menemukan diari ini. Habis berterabur buku-buku dan barang- barang di dalam begnya dia buang demi mencari buku diari biru.Selena mengeluh kecewa dia tidak mengingati di mana dia letakkan diari kesayangannya itu.

"Di manakah diari aku?Puas aku mencari tapi tak jumpa juga,haih..."keluh Selena kecewa.

"Adoi, dahlah tu diari favorite, " ujar Selena dengan kesal diiringi keluhan.

Dia kemudian membaringkan diri di katilnya.Tanpa disedari dia terlena kerana keletihan dengan banyak kejadian buli yang berlaku hari ini. Mental dan fizikalnya terlampau penat sehingga tidur menjadi solusinya. Tidur?

.

.

.

~Keesokkan harinya~

Selena bangun dari tidurnya dan membetulkan urat-urat badan yang tegang.Kemudian,dia berjalan ke bilik mandi untuk membersihkan diri.Setelah itu,Dia berpakaian seragam dan pergi ke sekolah dengan riang.

"Ah,hari yang indah sekali..."ujar Selena.Wajahnya bersinar-sinar.Tangannya dilebarkan agar  memanfaatkan hari indah ini dengan senang hati. Udara pagi yang berembun meniup di wajah dan terasa sejuk.

.

.

.

Steven duduk dengan tegas di sofa di ruang tamu rumah agamnya.Ruangan itu beraura dingin sekali.Wajah Steven mendung..Ibu bapa Steven merasa bimbang dengan situasi itu kerana wajah anak mereka sama sekali tidak gembira seperti mahu membunuh seseorang seolah dewa maut yang ingin mencabut nyawa di antara mereka. Mereka pun duduk di sofa bersama-sama anak mereka.Mereka dapat merasakan kedinginan ruang tamu itu.

"Encik Parkinson!!!"panggil Steven dengan suara keras.Tuan William Hilderson dan Puan Helen Hilderson merasa terkejut.

Encik Parkinson datang dengan cepat bersama wajah cemas.

"Encik Parkinson,beraninya anakmu menyentuh dan mengganggu wanitaku!"ujar Steven dengan tegas sekali.

"Wa,wanita kamu?"tanya Tuan dan Puan Hilderson sungguh terkejut sehingga mereka terbangun dari duduk.Mereka lalu menoleh ke arah Encik Parkinson.

"Ya...Wanitaku! Selena Rosellea Parker!Dia telah dibuli oleh anakmu,Gerard Parkinson sehingga mentalnya terganggu!"ujar Steven.Wajahnya dingin.

"A,anak saya...?"balas Encik Parkinson cemas dan bingung.

"Sa,saya tidak mengerti,Tu,Tuan Muda...Saya tidak mengenali wanita anda..."balas Encik Parkinson lagi.Dia bingung siapakah wanita Tuan Mudanya.

"Anakmu telah membuli wanitaku di sekolah,apakah kamu tahu apa yang perlu dilakukan?Atau kamu ingin aku yang melakukannya untuk kau?"ujar Steven dengan dingin lalu menoleh ke arah Encik Parkinson dengan senyuman sinis di bibirnya.

"Anakmu membuli wanitaku sehingga emosi dan mentalnya terganggu disebabkan tekanan...Aku harap kamu berikan hukuman yang setimpal dengan apa yang anakmu lakukan...."ujar Steven lagi.

"Ba,baik,Tu,Tuan Muda...Sa,saya janji...!"balas Encik Parkinson dengan gugup dan cemas.

"Saya minta maaf bagi pihak anak saya,Tu,Tuan Muda...!"kata Encik Parkinson gugup.

"Aku tidak mungkin mudah-mudah memaafkan anakmu...Aku ingin anakmu meminta maaf kepada wanitaku...Dan,...pastikan anakmu tidak menyentuh wanitaku serta pastikan keselamatan dia...!"arah Steven dengan tegas lalu bangun.

"Tunggu,Steven!Siapakah wanita kamu itu?Beritahu mama!"tanya Puan Hilderson dengan perasaan ingin tahu sekali tentang bakal menantunya itu.

"Dia adalah gadis di mimpi ku tempoh hari...Aku telah bertemu dengannya secara dekat kelmarin..."ujar Steven lalu berjalan pergi ke kereta mewah untuk menuju ke Pejabatnya, iaitu Hilderson's Empire.Langkah kakinya penuh gagah.

.

.

.

Selena duduk dimeja di dalam kelas dengan diam.Wajahnya menunduk.Dia dapat memdengar ada suara yang mengagumkan dari semua orang di dalam kelas itu.

"Tuk,tuk!"bunyi ketukan dimeja Selena.Selena mendongakkan kepalanya dan dia terkejut melihat seorang lelaki yang cuba menciumnya kelmarin,iaitu Jeremy Lee.Lelaki itu menundukkan badannya ke telinga Selena.

"Ka,kau?!Apa yang kau lakukan di sini,ha?Menjauh dari aku!"kata Selena dengan tegas.Jeremy tersenyum sinis memandang Selena.

"Your lips look so sweet...Haha!"usik Jeremy di telinga Selena sambil ketawa kecil.

"Ka,kau...!"Selena berang dengan jawaban dari Jeremy yang menjengkelkan itu.Para pelajar di dalam kelas yang melihat kejadian itu merasa iri dengan Selena kerana lelaki paling berkuasa di sekolah itu mendekati Selena.

Jeremy lalu berbalik pergi dari kelas itu.Wajah lelaki itu sungguh puas dapat mengusik gadis itu.

Tiba-tiba loceng pulang berbunyi.Selena lekas mengambil buku-buku lalu keluar dari kelas itu kerana banyak mata yang iri memandang dirinya bagaikan ingin menerkamnya.

Beberapa lama berjalan  untuk pulang ke rumah,tiba-tiba ada sebuah kereta mewah mendekati Selena.Selena berhenti seketika.Seorang lelaki turun dari kereta setelah kereta itu berhenti di sampingnya,iaitu Steven.Steven mendekati Selena.

"Kamu... Selena Rosellea Parker?"tanya Steven sambil tersenyum.

"I,ya...Kenapa,ya?"balas Selena bingung.Dia memandang lelaki itu.

"Saya pernah bertemu dengan kamu,kan?Di tandas awam itu!Ya..."balas Selena lagi setelah mengenal pasti wajah lelaki itu.Jantung Selena berdegup kencang sekali.

"Ini..Buku awak...Awak tercicir buku ini kelmarin jadi.. saya mengambilnya dan dapat tahu awak bersekolah di sini.."terang Steven dengan lembut.Sebenarnya hatinya sungguh gembira kerana dapat bertemu gadis idaman.

"Ah,rupanya ada dengan awak!Puas saya mencari kelmarin....Terima kasih,...?"Selena tidak mengetahui nama lelaki itu.

"Steven.Panggil saya Steven!"balas Steven dengan semangat.

"Terima kasih,Tuan Steven.."ucap Selena sambil tersenyum manis ke arah Steven.Jantung Steven merasa sungguh berbunga-bunga dan malu.Wajah Steven memanas.Bibir seksi Selena tampak mengghairahkan.Steven ingin sekali memagut bibir indah itu namun dia perlu mengawal nafsunya demi mendapatkan gadis itu.

"Er,izinkan saya untuk menghantar awak balik?Alang-alang saya berada di sini."tawar Steven dengan ramah.

"Ah,tidak perlu.Saya boleh berjalan kaki sahaja...Rumah saya dekat sahaja."balas Selena dengan lembut.

"Sa,saya pergi dahulu...Selamat tinggal,Tuan Steven."balas Selena lagi lalu berlalu pergi dari sana dan hilang dari pandangan Steven. Lelaki itu hanya melihat kepergian sang gadis idaman

"Indah sekali senyuman Selena apabila dapat dilihat dari jarak sedekat itu...haish!Aku ingin memiliki gadis itu..."Balas Steven setelah menaiki kereta mewah,Mercedes Maybach Exelero miliknya. Senyuman Selena terngiang- ngiang di minda.

.

.

.

Selena sampai di rumah dengan selamat.Dia lalu masuk ke bilik usangnya dan membaringkan diri di katil usang miliknya.Dia memegang dadanya.Selena dapat rasakan jantungnya berdegup kencang apabila bertemu lelaki tampan itu.Entah mengapa suasana hati menjadi tenang apabila melihat wajah lelaki itu.Selena tersenyum sendiri.

.

.

.

Psst,votes and comments are free ✿ ♡

Korang rasa apa yang berlaku seterusnya?

Sila komen sesiapa yang membaca novel ini!!!

Selamat menikmati!!!

Sam_Azwacreators' thoughts