webnovel

Part 11

Part 11

ELSYAMIA XANDRA

Taniya dan Alan meminta diri untuk balik terlebih dahulu, memandangkan kehadiran mereka di situ, sangat tidak dipedulikan Amy dan Amy juga hanya sibuk melayan Jayzenz shane yang bercakap dan kawan-kawannya sudah dilupakan. "Aku ikut korang balik". Nathan bersuara lantang dan mengejar Elsyamia Xandra bersama dua kawan mereka itu.

"Kereta kau mana?"Alan menyoal tidak suka.. Ni mesti sengaja datang tidak pakai kereta sendiri. Kerana mahu mengayat Elsyamia Xandra, dia sangat tahu betapa Nathan sangat terkejar-kejarkan Elsyamia Xandra, cuma Elsyamia Xandra sahaja yang jual mahal.. dan dia pun tidak suka juga Elsyamia Xandra menyapu bekas Si Amy itu. "Aku tumpang kereta kawan, tapi Diorang tak mahu balik lagi. Aku balik geng dengan korang ajelah, boleh ye?"Nathan bersuara manja. Dia tidak akan melepaskan peluang duduk berdua dengan Elsyamia Xandra, meskipun harus di temani Alan dengan taniya.

"Xandra?"Alan meminta persetujuan Elsyamia Xandra memandang kereta yang mereka nampak tadi, adalah kereta Elsyamia Xandra. "Aku ok.. "Elsyamia xandra bersetuju sahaja, malas mahu membazirkan masa dengan pekara-pekara remeh-temeh. .. ELSYAMIA XANDRA Menjejakkan kakinya di lantai villa mewah itu.

Apabila jam menginjak ke pukul Empat pagi,seronok sangat berbual dengan Alan dengan taniya di rumah keluarga kedua-dua beradik itu, sampaikan tidak perasankan jarum jam sudah menunjukkan ke angka Empat pagi, kalau tidak. memikirkan sudah berjanji dengan Jayrez shaun, memang dia niat mahu tidur sahaja bersama taniya sampai tengah hari,kakinya menuju ke arah gigi tangga..

"Baru balik?!!" "Oii! Kepala mangkuk kau Jz!"latah Elsyamia Xandra terkejut dengan teguran itu. Dadanya di urut perlahan, membuang rasa terkejutnya. Boleh pulak Jayzenz shane bergelap tanpa cahaya berdiri memeluk tubuh kat tangga itu. "Kau mangkukkan aku". Jayzenz shane bersuara geram. ELSYAMIA XANDRA dihampiri dan tubuh gadis itu di cembung dan di angkat seperti guni beras aje lagaknya.

Tubuh Elsyamia Xandra dibawa masuk ke dalam bilik tidur Jayzenz shane dan dicampakkan spontan ke arah jakuzi besar miliknya yang sudah disiapkan dari tadi kerana menunggu Elsyamia Xandra balik. Sakit sangat hatinya yang tercabar, kerana terlalu bodoh membiarkan isterinya pergi meniduri kekasihnya, sedangkan dia punya suami.

"Bersihkan diri kau sekarang.aku jijik nak sentuh kau.bila kau balik dengan 'kesan' lelaki lain!!". Arah Jayzenz shane dengan muka berangnya. Tersangatlah sakit hati dia apabila Elsyamia Xandra tidak balik-balik walaupun hari sudah lewat malam. Bertambah sakit hati dia, apabila terpaksa menunggu sampai pagi. Elsyamia Xandra benar-benar sudah melampaui batasan yang diberikan. "Kalau kau bukan satu-satunya sepupu aku.

Aku tak akan peduli pada kau Elsyamia Xandra, kalau kau hanya sekadar isteri atas kertas sudah lama aku halau perempuan murahan macam kau ni.. Aku akan berusaha merawat Jayrez shaun sendiri, tapi apakan daya aku. Aku sudah terlanjur berjanji dengan Uncle Richard untuk jaga anak dia baik-baik dan tetap bersabar dengan karenah anak gadis perempuannya.. Meskipun anaknya itu berkelakuan teruk.

Aku pernah bersumpah dengan Uncle Richard supaya mengekalkan perkhawinan ini selama-lamanya, tapi kesabaran aku ada

batasnya. Kau buat aku jadi si husband yang sangat bodoh, buta, pekak dan tuli. Bila aku tak boleh buat apa-apa.. bila kau meniduri lelaki lain!!" Marah Jayzenz shane. Menjerit kuat kepada Elsyamia Xandra yang tertunduk mengetap bibirnya itu. "Selepas ini, belajarlah jadi isteri aku yang sebenarnya..aku tak akan minta Lebih-lebih. Cukuplah selepas ini aku tidak diperbodohkan lagi.kalau ada lelaki yang berani meniduri kau lagi, aku akan hancurkan hidup dia. kau jangan cabar aku Elsyamia Xandra!!!". tengking Jayzenz shane garang.

"Kau dengar tidak?!!" jerkah Jayzenz shane marah. Elsyamia xandra menangguk lemah, dia tidak takut dengan kemarahan Jayzenz shane tapi dia rasa menyesal. Dia Tidak pernah mahu memperbaiki hubungan mereka, dia terlalu mengikutkan rasa traumanya. "Baguslah kau dengar,kalau kau buat lagi perangai sundal kau tu..aku bunuh setiap skandal lelaki kau baru padan muka. Kalau tidak memikirkan maruah aku turut ada dalam status kau sebagai isteri, aku tak hinginlah nak menyibuk tentang kau!"Jayzenz shane berlalu keluar dari bilik mandi itu dengan wajah yang sangat berang sekali.

"Papa..Xandra buat salah ke?". Kerana memilih untuk tidak dihormati suami sendiri. Xandra bodoh ke kerana lemah sangat berhadapan dengan trauma sendiri. Sehinggakan tidak memberi ruang untuk rumah tangga ini bernafas untuk menghasilkan bibit-bibit cinta di antara kami. Tapi xandra takut papa, Jayzenz sudah membuktikan bahawa dia pengkhianat seperti mama pada malam perkhawinan kami. Xandra tidak mahu mengecewakan papa...Xandra cuma mahu melindungi hati ini supaya tidak disakiti lagi" Elsamia xandra menangis buat kali pertama, selepas pemergian papanya.