webnovel

SUAMIKU ENCIK LAWYER

Pertemuan yang tak dijangka diantara Saira Irdina dan Zafrel Amran telah mengundang hubungan "baik terpaksa" apabila Saira yang merupakan peguam baru di firma guaman milik Zafrel telah memanggil Zafrel buta.Kisah mereka menjadi semakin rumit apabila Zafrel secara tiba-tiba menawarkan diri menjadi suami segera Saira. ~~ "Let's get married."-Zafrel "hah awak gila ke"-Saira "its your choice"-Zafrel Dapatkah pasangan terpaksa ini bahagia?dari majikan dan pekerja,status mereka bertukar kepada suami dan isteri, ~~ saat cinta indah baru berputik,badai besar datang melanda,Saira dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita dan anak kecil yang mengaku isteri dan anak Zafrel,Apakah pilihan saira? biarkan cinta layu tanpa bahagia,atau semai cinta dengan derita? p/s: sorry penulisan celaru

Orkid_putih01 · Urban
Not enough ratings
47 Chs

bab34

"Awak nak bawa saya pergi mana ni? Dah lah tadi, kita pergi makan, tak elok tau makan dulu tanpa umi dengan abi, lepastu nak keluar lagi, dia orang tu datang rumah kita tau" omelku panjang kepada Zafrel. Mana tidaknya, serba salah aku dibuatnya, boleh pula kami makan tanpa mereka, aku suruh dia bungkus untuk umi, abi dan Fira dia tolak pula.

Zafrel tersenyum mendengar bebelanku,sambil matanya mengerling sekilas.

"Puan Saira, awak ni tak menyabar lah,umi abi tak ada pun dekat rumah, esok annivasary dia orang, saya belanja lah candle light dinner, kita pun boleh lah dating malam ni, "ucap Zafrel bersama senyuman.

"Saya tak ada mood lah nak dating dengan awak, lepas tu Fira? Awak biar je? "soalku kepada Zafrel, entah keman lah dia nak bawa aku malam-malam ni,

"Fira dekat rumah kawan dia, nanti kita balik, kita ambik lah dia" jawab Zafrel lembut,

Tak pula berubah mood dia dengar aku bebel, sabar betul, padahal aku tahu dia juga penat hari ni, satu hari tak ada dekat pejabat.

"dah sampai!" ujar Zafrel ceria.

Aku melihat keadaan sekeliling dil luar tingkap. Fun fair? Nak buat apa pula dekat sini? Ingat aku ni budak-budak ke, haih.

"awak nak buat apa dekat sini? " soalku bersama keluhan.

"jomlah,seronok tau, "ucap Zafrel lalu keluar dari perut kereta.

"uit! Cepat lah! " kata Zafrel yang entah bila dah tercegat sebelahku.

Tanpa sempat aku berkata apa-apa pantas saja tangannya menarik tanganku. Haish taknak bagi aku masa berfikir langsung!

***

Masuk sahaja di kawasan fun fair Zafrel menuju ke kauter membeli token. Taknak pula dia lepaskan tangan aku. Aku biarkan sahaja dek kerana ramai orang di sini, nanti orang sangka kami bergaduh pula.

"awak nak main apa? " soal Zafrel lembut di bawah sinaran lampu warna warni yang samar-samar.

"urmm, " fikirku sejenak.

"nak naik tu? " soal Zafrel sambil jari terlunjuknya menunjuk ke arah roda gergasi yang sedang berpusing.

"taknak, " ucapku, tiba-tiba idea nakal muncul untuk mengenakan Zafrel.

"saya nak naik kuda pusing tu, awak nak ke? " soalku sambil tersenyum

"awak nak suruh saya naik kuda pusing tu? " soal Zafrel sambil sebelah keningnya dijongket ke atas.

Aku angguk laju,tak malukan dia nak naik permainan macam tu, lelaki dewasa naik kuda, ish-ish

"why? Awak malu eh? " soalku kepada Zafrel.

"anything for my wife"ucap Zafrel seraya mengenyit sebalah matanya.

Aku memilih seekor kuda berwarna pink, baru sahaja mataku liar mencari kelibat Zafrel, nak tahu juga yang dia pilih. Saat aku menoleh kebelakang, mataku bertembung dengan mata Zafrel, bulat mataku apabila Zafrel menunggang kuda yang sama denganku.

"haish, kenapa awak naik kuda ni? " soalku tak puasa hati.

"tak boleh ke, muat lah untuk kita dua" jawab Zafrel.

"haish awak tu berat, nanti patah pinggang kuda ni, " ucapku bersama jelingan.

Tanpa mempedulikan kata-kataku, tangan putih milik Zafrel melingkari pinggangku lembut,.aku diam membisu, kuda pun mula berpusing.

Aku perasan kuda-kuda disekeliling kosong, tak ada seorang kanak-kanak pun yang satu pusingan dengan kami.

Mamat ni sewa semua kuda ke apa?

***

Bermacam permainan yang kami cuba, aku boleh katakan Zafrel ni seorang lelaki yang berani lah, tak tahu lah kalau pura-pura berani je.

Zafrel berhenti melangkah di hadapan rumah hantu, ya permainan yang tak pernah aku cuba dan tak akan aku cuba, aku memang sejenis penakut dengan benda-benda macamtu.

"nak cuba? " soal Zafrel bersama senyuman.

"hish taknak lah, seram" ucapku sambil aku gelengkan kepala.

"Why? Semua kita dah try, ni je belum,jom lah.. Token kita cukup-cukup ni" pujuk Zafrel.

"alah naik jelah benda yang kita dah naik, jom kita naik kuda lagi sekali" dalihku.

"haha, eh naik kuda? Kenapa? Nak saya peluk lagi eh..kantoi gatal" ucap Zafrel bersama senyuman nakal.

Wajahku mula panas, haish dia yang peluk aku, asal aku yang malu, eyy!

"haa jom lah masuk!" ucapku semangat.

Walhal dalam hati aduh, sukar untuk aku gambarkan harapnya aku tak terkencing lah. Mama! Zaf dera Saira!

Rungut aku perlahan.

"pikir apa tu Puan Saira? Kenapa dah excited nak jumpa encik hantu eh? Ke tengah tahan kencing tu? " sakat Zaf bersama ketawa.

Haish seronok sangat lah tu dapat sakat aku, dia ni!!

Naik sahaja kereta api,jqntung aku dah berdegup bagaikan nak meletup. Haih, aku lihat keadaan sekeliling, gelap! Tapi masih dapat nampak orang-orang disekeliling.

"are you ready? " soal Zafrel.

Aku hanya diam membisu malas nak layan mamat ni, kalau aku tak boleh tidur malam ni, semua salah dia!!

***

Kereta api mula bergerak perlahan, walaupun tiada lagi hantu yang kelihatan, tapi aku dan rasa tersangatlah seram.

Sampai lah satu selekoh terdapat seorang wanita berbaju putih, aku jerit bagai nak gila,tanpa sedar aku telah menutup mata serapat yang boleh, Yang aku tahu, aku takut.

Sampai lah ke penghujung, aku tak berani buka mata, biarlah Zafrel nak fikir aku pengecut ke apa tapi aku memang takut, dan aku tak mampu nak lawan ketakutan itu,

"awak.. Dah berhenti, " panggil Zafrel lembut.

Aku membuka mata perlahan, gulp! Berderau darahku apabila mendapati kepalaku berada di atas dada bidang milik Zafrel.masa bila bila pula kau hinggap kat sini Saira?!! Hilang akal dah kau ni!!! Marah aku pada diri sendiri.

Aku tersengeh perlahan, mana tidaknya sampai renyuk baju Zafrel aku kerjakan. Sah dia ingat aku nak menggatal!

Aku jalan laju meninggalkan Zafrel dibelakang, malunya!! Selama ni kau punyalah jual mahal Saira, lepastu, kau yang peluk dia, nasiblah tak koyak baju mamat tu!! Tu lah konon berani sangat!

"awak.. Lajunya jalan" tegur Zafrel dari belakang,

Aku tak peduli panggilan Zafrel, haihh, malu-malu.

"awak! " ucap Zafrel bersama nafas yang tercungap, nampaknya dia berlari,tanpa banyak bicara, Zafrel menarik tanganku ke arah sebuah bangku.

"jom, duduk sini" ujar Zafrel lalu melabuhkan punggu di bangku teesebut.

Aku menghela nafas berat dan mengambil ruang yang paling hujung, rasa janggal nak duduk dekat-dekat.

"kenapa laju sangat jalan ni? " soal Zafrel lembut.

"mana ada laju, awak yang lambat sangat. " ucapku tanpa memandang wajah Zafrel.

"Saira, saya minta maaf ye, " kata Zafrel seraya badannya dipusing menghadap ku.

"maaf kenapa? " soalku hairan.

Aik? Aku yang peluk dia, dia yang minta maaf, aneh!

"yelah, saya tahu, awak takut tapi, paksa awak pula, saya tak sangka yang awak takut sangat. "ucapnya tulus.

"ouh.. Tak apa, erm, saya pun sorry, sebab buat macam tu" kata ku teragak-agak.

"herm? Macam tu? " soal Zafrel bersama kerutan.

Aduk mamat ni, takkan lah tak faham,atau sengaja nak sakat aku?!

"sebab buat baju awak kedut" jawab ku perlahan.

"ouh its okey, I like!" ucap Zafrel lalu mata kanannya di kenyit.

Haish, dia ni, tak kena ketumbit ke hari-hari kenyit mata, tadi bukan main lagi minta maaf, sekarang datang balik dah perangai nakal tu,

"kenapa awak bawa saya datang sini?," soalku ingin tahu.

"erm saja, nak bagi awak happy balik, hilangkam tekanan kerja, " jawab Zafrel sambil memandang ke arahku.

Aku tak nafikan, aku dah tak sedih pasal kes aku hari ni, hilang lah sikit beban ni, bila dapat jerit, ketawa masa main macam-macam permainan dekat sini. Selalunya, kalau aku kalah atau ada masalah, masa aku hanya habis dalam bilik sambil menangis,kali ini berbeza sebab aku ada dia. Dia? Haih.

"hrmm, macam mana awak tahu saya kalah dan tengah sedih? " soalku hairan, yela setahu aku, Zafrel seharian tak ada dekat pejabat,tiba-tiba je muncul depan meja aku.

"awakkan isteri saya, mestilah saya tahu. Haha, ok lah, saya nak balik rumah dah petang tadi, lepastu, teringat ada teringgal barang dekat pejabat, masa saya nak masuk tu terserempak dengan Kak Nita, dia cakap awak tak keluar lunch, awak ni, lepas ni jangan eh nak skip-skip makan ke apa, tak elok" ucap Zafrel lembut,..

"thank you awak, " ucapku perlahan,aku akui aku tersentuh dengan apa yang Zafrel lakukan hari ini, rasa diri ini disanyangi

"apa? I love you? " soal Zafrel bersama senyuman nakal.

"haish, thank you lah! " ucapku geram.

"I love you too" ucapnya dengan senyuman makin lebar.

"eyy awak ni, terima kasih!! Malas nak layan awak!! " ujarku lalu bangun dari bangku.

BERSAMBUNG..

P/s: hai semua enjoy reading ye semua! Jgn lupa vote, komen and share, positif je ye! Lg satu sis nk bgthu kita punya date, setiap hari jumaat jam 10 mlm! Kdg2 akan terawal dan kdg2 akn terlmbt,tp tetap hri jumaat! Love you all!