webnovel

Bab 5

"Wei...kau pergi mana ni?Lama tau kitaorang tunggu.Nak berjanggut tunggu kau"

Sebaik sahaja ternampak kelibat Ahmad,aku terus merungut.Aqilah pula berada di dalam rumah,sedang mandi.Aku dan Ahmad pula berada di pangkin di luar rumah Aqilah.

"Aku pergi beli cendawan gorenglah.Rasa macam nak makan pulak"

"Ingatkan nak tinggal kan kau sahaja.Lambat sangat"

Sahut si Aqilah.Dah siap mandi lah tu.Dia memakai pakaian simple sahaja.Seluar track,T-shirt dan tudung bawal.Di tangannya terdapat segugus kunci.

"Jomlah.Panas ni.Ahmad kau pergi lah ambil motor kau cepat"

Aqilah dan Ahmad menuju ke garaj rumah Aqilah tempat mereka letak motorsikal mereka.Aku naik motor di belakang Aqilah.Ahmad terlebih dahulu telah jalan.

Sampai sahaja kami di rumah banglo 2 tingkat,aku cepat-cepat turun untuk mandi.Badan dah melekit ni.Aku tinggalkan Aqilah dan Ahmad di belakang.Sebaik sahaja masuk, aku ternampak kelibat Mak.

"Mak...hari ni,abang Ezzul cakap dia balik lambat.Pukul 3 lebih baru balik.Dia ade meeting"

"Yelah.Mak dah masak makanan tengah hari ni.Nanti ajak Aqilah dengan Hilman makan sekali ye"

Aku angguk.Mak suka sangat panggil Ahmad tu Hilman.Ahmad Hilman.Nama panjang bagi Ahmad.

Aku menaiki tangga untuk menuju ke bilikku di tingkat 2.Bilik aku betul-betul bersebelahan dengan bilik James.Aku masuk ke dalam bilik,dan terus menuju ke bilik air.

Selepas 15 minit,aku keluar dari bilik air dan terus menuju ke almari pakaian yang berwarna putih untuk mengambil baju.Setelah siap memakai pakaian,aku mencapai tudung yang tersarung kemudian aku memakai tudung tersebut.Aku berlalu ke meja belajar di penjuru dinding dan mengambil beberapa buku rujukan Geografi dan komputer riba.

Aku turun ke bawah.Kelihatan dua sahabat aku sedang duduk di meja makan dengan terhidang lauk di atas meja.Mak pun aku tengok sedang sibuk berborak dengan Aqilah dan Ahmad.Aku pergi ke arah mereka.

"Kenapa tak makan lagi?"

Soalku.

"Kami semua tunggu Tuan puterilah.Cepatlah wei,duduk"

Aku mengambil tempat di sebelah Aqilah.Ahmad duduk bertentangan dengan Aqilah.Mak pula di sebelah Ahmad.

Kami mula membaca doa makan.Mereka semua telah makan.Aku sahaja yang terkial-kial baru nak ambil lauk memandangkan mereka semua telah mengambil lauk dari tadi.Tak sempat aku nak menyentuh nasi,kedengaran enjin kereta.Aku kerut dahi.Siapa pula yang datang ni?Mak Milah bangun.Tapi,aku menahannya.

"Mak...biar Sara je yang pergi.Mak makanlah"

Aku ke pintu pagar rumah.Sebaik sahaja aku melihat pemilik kereta itu,aku ternganga.

"My lovely younger sister.I miss you so much"

"Ukash.....My lovely brother!!!I miss you too"

Jeritku kemudian aku berlari mendapatkan Haqim Ukashah dan terus memeluknya.Haqim turut membalas pelukanku.Tiba-tiba pintu penumpang pula yang terbuka.

"Umi...."

Aku turut peluk Datin Dinar.

"Kamu ni dah kenapa?Macamlah malam karang kamu tak jumpa Umi"

Aku tersengih.Excited pula sebab Umi,Abah,Haqim dan Ezzul jarang makan tengah hari bersama.Lebih-lebih lagi Abah dan Haqim.

"Kenapa kau balik hari ni? Biasanya busy memanjang aje"

"Kau ni kalau tak menyindir Ukash memang tak sah kan.Bersyukurlah Ukash dah balik.Ke,nak Ukash pergi kerja balik?"

Sempat lagi ugut aku tu.Aku muncung.

"Ukash tengok muka kau ni boleh sangkut kunci kereta Ukash ni"

Makin masam muka aku.

"Dahlah tu,Ukash.Jangan diusik lagi si Sara ni.Karang merajuk,jenuh kamu nak pujuk karang"

Haqim tersengih.Kemudian dia memaut bahu aku.

"Ukash dah tak kacau lagi.Janganlah masam lagi.Muncung ni pun jangan panjang sangat.Karang Ukash betul-betul sangkutkan kunci kereta Ukash ni karang"

Katanya.Kemudian kami beriringan menuju ke dapur.Datin Dinar yang melihat gelagat kami hanya menggeleng kan kepala.Dia pun turut ke dapur.