webnovel

Bab 3

Sayang pula sebab James tu sedang belajar di luar negara 6 tahun kemudian baru lah dia balik.Jangan dia bawak minah salih balik sudah.Mesti Umi sakit jantung tengok rambutnya perang.

*******

Aku menaiki tangga untuk naik ke kelas ku yang berada di 'kayangan'.Dahlah baru lepas PJ.Aku mengeluh.Nasib baik aku dah biasa.Sesampainya aku di atas,aku cari Ahmad dulu.Aku tahu dia yang baling bola tu dekat aku.Sengaja pulak tu.Aku tahu sebab aku ternampak dia tersengih tadi.Tapi,sebelum aku masuk ke kelas,aku tinjau dulu keadaan kelas takut cikgu dah masuk.Fuh....selamat.Nasib baik cikgu masuk.Aku melangkah dengan laju.Aku memanggil nama Ahmad sebaik sahaja aku ternampak dia sedang elok meletakkan kakinya di atas mejaku sambil di duduk di kerusi Hakimi.Aku berjalan pantas ke arahnya.

"Ahmad....kau tunggu kau.Biar aku ganyang kau cukup-cukup hari ni"

Nampak sahaja kelibatku yang seperti harimau betina beranak tu,dia terus lari.

"Kau jangan lari.Selagi aku tak ganyang kau hari ni,tak lena aku.Dahlah kau baling bola kat aku,lepastu sesedap rasa je kau letak kaki kau dekat atas meja aku.Kau fikir meja aku ni memang dikhaskan untuk letak kaki kau ke"

Sambil membebel sambil berlari.Kawan sekelas ku ade juga yang menggeleng kepala yang melihat kami seperti anjing dan kucing.Mereka semua maklum yang kami ni memang tak sebulu.

"" Lah....bukan untuk letakkan kaki aku ke?Aku fikir memang dikhaskan untuk letak kaki aku"

Sekarang ni kami berhadapan hanya dipisahkan oleh sebuah meja dan kerusi.Dan keadaan menjadi lebih tak terkawal bila Danish pun turut serta.Dia seorang yang terkenal dengan ketampanannya.Aku pasti yang orang yang tidak mengenali dia memang akan cakap yang dia ni budak baik.Tapi bukan aku.Perangai dia ni macam puaka.

"Kau apahal menyibuk?!"

"Suka hati akulah.Kelas ni bapak kau punya ke?Bukan kan....So,aku layak nak duduk dekat mana-mana pun.Lagi pun mana sahaja aku berada mesti pelajar perempuan lain hormat aku.Siap senyum-senyum lagi.Kalau setakat Kelas ni aku pandang sebelah mata jelah"

Huh!Bongkaknya mamat ni.

Aku cubit lengan kiri Ahmad sementara Danish sibuk bercakap.Ahmad pun terleka.Dia mengaduh kesakitan setelah aku cubit dia sekuat hati.Biarkan lebam tangan dia.Lagi puas hati aku.Dia menepis tangan aku menggunakan tenaga lelakinya.Danish pula termangu.

'Buat penat je aku cakap tadi.Dia buat bodoh je.Buat kering air liur aku jer',rungut Danish dalam hati.

"Boleh tahan jugak perempuan ni cubit aku.Mahu sebulan tak Hilang lebam ni",rungut Ahmad perlahan tapi didengari oleh aku.

" Kalau kau nak lagi dipersilakan buat lagi.Aku pun suka"

Muka ku pura-pura dimaniskan.

Danish dah lama meninggalkan kami yang bertengkar.Agaknya sebab aku tak hiraukan dia agaknya.Bak kata orang,palau itu indah.

Ahmad dan Danish berlalu ke dalam bilik yang ade di kelas kami.Kelas kami sahaja yang ade bilik macam ni.Aku pun tak tahu apa fungsi bilik ni.Aku berlalu ke tempat dudukku lalu membawang.Macam ni lah kami setiap Kali bergaduh.

Aku terdengar suara sorakan daripada dalam bilik itu.Menang PUBG mungkin.Daniel rajin pula bawa handfone hari ni.Setiap Kali Daniel bawa handfone,mereka mesti akan berkumpul ramai-ramai.

Tak lama kemudian tiba-tiba Ahmad keluar dari dalam bilik itu.Kawan-kawanku semua ketawa tengok dia.Aku sahaja yang berkerut dahi.

"Oii...nyah...kau nak jadi sotong ke?Asal aku tengok kau pakai kain ni.Pandai kau buat kain ni jadi tudung ye...Asal kau tak pakai baju kurung?Kan nampak cantik"

Sempat lagi aku perli si Ahmad ni.Ade ke dia buat kain yang aku tutup kat lubang pintu tu jadi tudung.Lepastu siap jalan belenggang-lenggok lagi aku tengok.Kalah sotong rebus.Eeee.....geli aku tengok.Minta-mintalah dia dijauhi krisis indetiti yang menyebabkan dia bertukar daripada lelaki kepada perempuan.

"Aku insan yang lemah.....mayang,mayang....

Hanya mampu berserah...."

Dia buat bodoh je bila aku perli dia.

Menyanyi pula mamat ni.Satu kelas tergelak.Budak lelaki keluar untuk lihat apa yang berlaku.Mereka pun tergelak tengok si Ahmad.

Kemudian dia buka kain yang dijadikan tudung itu.Dia ikatkan kain itu di pinggangnya.Tepi kain tu pula terbelah.

"Aku insan yang lemah....mayang.....mayang

....."

"Stop it!"

Katanya terhenti mendengar kataku.Semua rakan sekelas memandang ku.

"Wei...dah nak rehat cikgu tak masuk ke?"

"Tu je nak tanya?Kau ni kacau aku buat showlah.Dah nak rehat maknanya tak masuklah cikgu tu.Cubalah bijak sikit.Jangan jadi bodoh.Simpanlah bodoh tu dekat cucu cicit kau"

Aku mengetap bibir.Tajam kata-katanya.

"Eeee.....mulut kau ni.Buat apa aku nak simpan bodoh dekat cucu cicit aku.Aku taknak diorang yang jadi bodoh.Kalau cucu kau takpelah"

"Eh...eh...banyak mulut pulak perempuan ni.Kau ni kalau sehari tak menjawab memang tak sahkan"

"Dah....dah...kau orang ni kalau tak bergaduh memang tak sah kan.Cukup-cukuplah korang bertegang urat"

Celah Aqilah.Daripada tadi dia khusuk je dengan novel dia.Rakan sekelas ku semua dah buat kerja lain.

'Baru nak mencelah ke?Tadi aku balik Dari bilik kesihatan tak Tanya pun pasal aku.Apa punya kawanlah dia ni',rungutku dalam hati.

Aku menjeling Ahmad tak puas hati.

"Apa pandang-pandang.Aku tahulah aku handsome"

Balasnya dengan bangga.Aku mengaku memang dia agak kacak jugak.Tapi tak mampu la nak buat aku terpikat.Macam nak ajak bergusti adalah.

Kring...

Baru sahaja aku nak membalas,tiba-tiba loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi.Aku berdecit.