webnovel

Selangkah Lebih Jauh

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Nampaknya, dia telah terlupa bahawa seolah-olah ada satu lapisan kaca antaranya dengan Lu Che.

Pada ketika ini, Lu Che mengangkat kepalanya dan perasan Long Jie tersenyum di belakangnya. Air muka Long Jie yang keterlaluan membuatkan bulu romanya meremang.

Lu Che berpusing dan bertanya, "Kenapa kamu intai saya?"

Mendengarkan soalan ini, fikiran Long Jie segera menjadi kosong ketika wajahnya menjadi merah padam. Tanpa sedar, dia menundukkan kepalanya.

'Lu Che, kamu bodoh. EQ kamu negatifkah? Kenapa kamu tanya saya soalan yang begitu kekok dan tak selesa?

'Kamu tak sukakah saya tengok kamu?' Hati Long Jie diamuk dengan kemungkinan ini.

Namun, mampu berbual secara sendirian begini sudah memadai baginya. Mana mungkin dia akan meminta lebih?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com