webnovel

Saya Tak Teringin Nak Bercakap dengan Perempuan Lain

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kalau Mak jadi Qian Qian, Mak akan abaikan kamu sepenuhnya mulai sekarang. Sampah betul."

"Baik kamu bersihkan masalah kamu secepat mungkin. Kalau tak, Mak akan ambil Qian Qian sebagai anak Mak dan buang kamu daripada keluarga."

"…"

Adakah ini sesuatu yang dicakapkan seorang ibu?

Orang lain mungkin akan mempersoalkan babak yang berlaku di hadapan mereka, tetapi Li Jin hanya tersenyum sendiri dalam diam. Ini kerana emaknya sudah mempunyai rasa suka pada Lin Qian. Nampaknya, ini akan menjadikan kesakitan dan trauma yang dilalui Lin Qian semasa membesar berbaloi.

Kemudian, Li Jin meletakkan telefon di tangannya. Sudah tentu, mesyuarat itu tidak serius. Jika tidak, dia tidak mungkin boleh bercakap di telefon.

Tetapi, selepas panggilan telefon ini, renungannya menjadi jauh lebih dingin.

"Mejar Jeneral, apa yang tak kena?"

"Tak apa. Teruskan." Li Jin memberi arahan. Selepas seketika, mesyuarat itu berakhir dan semua orang mula beredar.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com