webnovel

Kamu Ingat Kamu Siapa?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tangning tidak mungkin boleh menunggu dua hari. Jadi, dia segera meminta cuti. Selepas mendengar situasinya, pengarah bersetuju dengan permintaannya. Tetapi, ketika dia beredar, dia berkongsi pendapatnya, "Tangning, normal untuk budak-budak sakit. Lagipun, dia ada Presiden Mo untuk jaga dia. Kamu pula watak wanita utama filem ini. Setiap penggambaran yang ditangguhkan, produksi menanggung rugi besar. Saya boleh bersetuju dengan permintaan kamu kali ini, tapi kali ini saja."

Tangning faham kesukaran pengarah itu. Jadi, dia menganggukkan kepala meminta maaf. "Saya akan bertanggungjawab untuk semua akibatnya."

"Baik, kalau begitu, pergilah. Lagipun, Anugerah Fei Tian dah hampir. Jadi, saya cuma akan anggap kamu cuti awal." Selagi Tangning sanggup bertanggungjawab, pengarah itu sanggup membantunya. Apa-apa pun, dia memang ada sebab munasabah.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com