webnovel

Luo Hao memandang sekilas pada Yuan Yuan dan kembali memandang Han Xiner. Dia tiba-tiba merasakan keyakinannya hilang. Dia tidak pernah bertemu Han Xiner sebelum ini. Apa yang diketahuinya adalah Han Xiner sedang sakit. Dia tidak mencari tahu tentang hal selebihnya mengenai gadis itu. Dia hanya mengandaikan yang dia tidak perlu membazirkan tenaga untuk seseorang yang akan mati.

Jadi, dia tidak tahu apa maksud amarah di dalam renungan Han Xiner yang berdiri di hadapannya…

Adakah kerana dia mereka-reka kata-kata Tangning?

Tidak kira apa pun, dia sudah melampau kali ini. Dia hanya mampu mengekalkan ketenangannya dengan menganggukkan kepala. "Sudah tentu… saya pengarahnya. Kenapa saya nak fitnah dia?"

Han Xiner mengamati Luo Hao semasa dia memandang lelaki itu atas dan bawah. Kemudian, dia tersenyum kecil sebelum meluahkan dua patah daripada hatinya dengan tegas, "Kamu berbohong!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com