webnovel

Kalau Kamu Ada Bukti, Tunjukkan!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Skandal kali ini satu skandal sosialit besar melibatkan identiti benar dan palsu. Jadi, ia bukan sahaja muncul di berita hiburan. Ia juga muncul di akhbar tempatan untuk digosipkan semua orang.

"Macam mana identiti boleh dipalsukan dengan mudah? 'Si entah siapa' ini main dengan api ke?"

"Wanita ini agak misteri. Kamu ingat tak, masa Hua Wenfeng tuduh Tangning lukakan dia, seorang 'kenalan lama' muncul dalam talian dan cakap dia akan ambil balik semua milik dia."

"Saya rasa Hua Wenfeng yang ada sembunyikan sesuatu. Reaksi orang normal akan gelakkan saja hal ini. Tak ada sesiapa akan buat kecoh dan cuba jelaskan diri mereka. Apa yang nak dijelaskan? Bukan ke dia nampak lebih mencurigakan dengan respons ketara dia."

"Tapi, dengan teknologi sekarang… mustahil nak ambil identiti orang lain, kan?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com