webnovel

Dia Sudi Membiarkan Su Yu Berangan!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Jika seseorang bertanya pada Su Yu siapa yang paling dibencinya dalam hidup ini, jawapannya tidak semestinya setiausaha perempuan simpanan itu.

Ya, setiausaha itu menyakitkan hati kerana merampas suami orang lain dan memusnahkan sebuah keluarga. Tetapi, apa yang paling mengecewakan Su Yu, ialah kenyataan Han Jie memanggil perempuan simpanan itu, 'mak'.

Dia sudah mengandungkan Han Jie hampir 10 bulan dan melahirkannya. Dia juga memberikan seluruh kasih sayang kepadanya. Malangnya, di saat genting, anak itu tahu bagaimana mahu membela diri. Tidak, lebih tepat lagi, dia tahu tentang hubungan sulit antara ayahnya dan setiausaha itu dan tidak pernah memberitahu emaknya sendiri tentang hal itu. Nampaknya, setiausaha itu berusaha keras untuknya!

"Keluarga Han akan adakan sidang media esok. Malah, seluruh keluarga akan ada di sana…"

Su Yu terkejut. "Pasangan keji tu dah balik?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com