webnovel

Bukan Sekadar Pelakondan Peragawati

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Jauh di sudut hatinya, Tang Xuan sebenarnya sedar jika dia benar-benar mahu meraih kepercayaan antara pemegang saham, dia perlu menunjukkan hasil kepada mereka. Jika dia tidak boleh menyelesaikan masalah di Switzerland kali ini, jika dia mendapat jawatan Pemangku CEO sekalipun, keadaan akan sama seperti sebelum ini dan tiada sesiapa akan yakin dengannya.

Tangning pula, dia sudah berada dalam industri hiburan selama 10 tahun dan langsung tidak tahu tentang perniagaan. Jadi, Tang Xuan tidak perlu bimbang jika Tangning dapat menghasilkan sesuatu sebelumnya.

Apa-apa pun, dia sudah bertahun-tahun lamanya dalam perniagaan. Dia bukan seseorang yang boleh ditandingi Tangning dengan mudah.

"Terima kasih Xia Yuling untuk pengorbanan kamu dan kerana penuhkan hajat saya!" Tang Xuan berfikir di dalam hati.

...

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com