BAB 44 : KEMBALI DARI SIFAR
Apa...terjadi?Kepala sakit...Tak boleh gerak...Nasuha terjaga, matanya terbuka perlahan. Seluruh badan diikat oleh akar yang banyak, kedua-dua tapak tangan serta kaki juga ditutup sepenuhnya. Di tepi Nasuha, Hazim dan Nur yang sedang tidak sedarkan diri juga diikat sepertinya.Memori tentang apa yang terjadi bermain di kepala Nasuha, Khairul berada di lantai jalan dalam keadaan berdarah, Zaki menarik bilah pedang dari lengannya. Nasuha cuba menolong namun dia terkena serangan laser dan balingan batu tar yang tepat mengena kepalanya.Aku...hidup?"Dah terjaga, huh?" tegur Zaki, dia sedang duduk di kerusi tanpa memakai baju, menunjukkan luka belah di dada dari pertarunganya sebelum ini dengan Khairul, masih tidak pulih sepenuhnya dan kemerahan.Nasuha terus menjeling tajam, Zaki menyentuh luka di dadanya kemudian tersenyum sinis saja sambil memandang Nasuha."Bila aku fikirkannya, semua yang terjadi ni, semuanya disebabkan kau. Sebab Khairul berjumpa dengan kau..." kata Zaki, Nasuha cuba menggerakkan badan namun dia tidak kuat, peluh tumpah dari dagu."Apa jadi dengan, Khai?" soal Nasuha."Dia hidup. Jangan risau. Kau pasti akan dapat jumpa dia lagi. Aku belum habis seksa dia." balas Zaki."Apa yang kau cakapkan? Seksa dia? Ayah jenis apa kau ni?! Selama ni pun kau sakiti Khai, buat badan dia penuh dengan parut!" marah Nasuha, senyuman dari wajah Zaki terus hilang."Kau tak tahu apa-apa. Budak tu bukannya anak yang baik juga. Hanya tahu buat masalah, sejak daripada lahir, dia hanya membawa malang saja. Dia bunuh ibu dia sendiri, bunuh orang yang aku sayangi." kata Zaki, dia teringat akan semasa dia memukul Khairul selepas dia dibuang sekolah dan juga semasa Aina yang tidak bernyawa berada di bilik mayat."Seriuslah kau ni? Kau dengar tak apa yang kau cakapkan? Kau gila...Gila betul...Macam mana Khairul bunuh ibu dia?! Apa yang terjadi tu kemalangan, tiada sesiapa boleh kawal apa terjadi!" jerit Nasuha, dia hanya bertambah bengang."Diam, diam, diam!" Zaki terus berdiri dan mencekik Nasuha, matanya berubah seperti serigala. Walaupun dicekik, Nasuha hanya kelihatan bengang saja, tidak sedikit takut pun akan Zaki."Kau sendiri cakap yang kau takkan bunuh mereka lagi, Zaki." tegur Syakir, Zaki menoleh kearahnya, dia terus melepaskan tengkuk Nasuha dan terus berjalan pergi."Ahem! Hak!" Nasuha terbatuk, Zaki menoleh ke belakang seketika dengan mata bengisnya."Sampai masa kau nanti...Kau akan menyesal kau bernafas, sama macam budak tak guna tu." kata Zaki kemudian terus berjalan pergi semula, Syakir pula duduk di hadapan Nasuha."Kau pun..." keluh Nasuha."Ya.""Korang fikir...korang boleh menang dengan HOPE? Mereka akan datang dan korang takkan ada peluang..." cabar Nasuha, wayar-wayar keluar dari jari jemari Syakir."Kami akan menang. Orang-orang kau sentimental, mampu ke mereka sakiti kau sedang kau bawah kawalan aku. Korang semua akan tunduk pada aku..." Wayar-wayar Syakir bergerak ke arah Nasuha."Jangan!" Nasuha menggerakkan kepala,cuba mengelak wayar-wayar itu."Mana hilang perangai acah-acah kau tadi?" soal Syakir, wayar-wayarnya sudah memasuki belakang kepala Nasuha."Arh!" Mata Nasuha terus mengeluarkan cahaya yang terang, rambutnya memanjang dari kuasa cahayanya, makin banyak akar mengikat Nasuha agar dia tidak dapat melepaskan diri. Lilly mendekati Syakir dari belakang sambil mengawal akar-akar yang mengganti akar yang terbakar hasil kuasa Nasuha yang teraktif.Jangan biarkan dia kawal kau.Jangan...Jangan!Khai...Datanglah.Tolong aku.Aku...Aku takut.Mikael menghayun diri dari bangunan ke bangunan lain, dia mendarat di atas sebuah bumbung sambil topengnya terbuka dengan sendirinya, Kyoko terbang ke arahnya dan terus muncul di tepi Mikael."Kita dah tengok sampai ke lubang cacing dah kat sini, takde jejak Nasuha atau sesiapa pun..." keluh Kyoko, Mikael mengeluarkan seputung rokok dan terus membakarnya."Bertenang...Kalau mereka tak bunuh Nasuha semalam, jawapannya mereka memang nak dia hidup-hidup. Yang kita kena risaukan ialah kenapa mereka nak Nasuha hidup? Untuk pancing Khairul dan kita? Ataupun ada sebab lain lagi?" Mikael menghembuskan asap rokoknya, Kyoko mendekatinya kemudian menyilang tangan, melihat saja bandar raya yang kosong."Mutant dengan kuasa wayar, dia boleh kawal Strays dan kawal aku. Tak pasti macam mana kuasa dia berfungsi tapi dari apa yang Mei nampak dalam memori Khairul. Dia tukar kawan Khairul menjadi Mutants juga. Apa yang aku boleh nampak hanyalah dia nakkan kuasa Nasuha, sama macam mana dia nak kuasa aku sebelum ini." terang Kyoko."Kena fikir juga macam mana mereka tahu gerak geri kita...Cara dia tersorok dari pengesan kuasa Mei dan deria Khairul." Mikael menoleh ke arahnya, dia memerhati saja Kyoko kemudian dia berfikir kemudian tersedar akan sesuatu, mentol cahaya seumpama terbuka di dalam minda Mikael."Kyoko...Guna kuasa kau, dengan pantas, tengok semua benda yang ada kat badan dan pakaian aku. Cari je apa-apa yang tak kena." arah Mikael."Huh?" Kyoko pelik."Lakukannya cepat." balas Mikael."Jangan gatal-gatal ya orang tua...""Bukan macam tu! Cepat jelah haish..." Mikael membaling rokoknya dan kelihatan bengang akan reaksi Kyoko.Kyoko terus menggunakan kuasa kilatnya untuk mengelilingi dan memeriksa Mikael, sekelip mata saja, Kyoko muncul semula di hadapan Mikael dan menunjukkan biji benih yang sudah terbuka dengan daun yang kecil serta akar yang berdarah."Biji benih?""Pernah nampak biji benih ni...Salah satu Mutant yang serang kami haritu, Mutant perempuan ada kuasa kawal biji benih dengan akar." kata Kyoko, biji benih di tangannya terus mati."Mana kau jumpa?" soal Mikael."Di belakang badan." Kyoko memasukkan pula tangannya ke dalam baju, dia mengeluarkan biji benih yang berada di belakang badannya juga."Apa yang biji benih ni lakukan sebenarnya?" Kyoko pelik, Mikael memerhati saja biji benih itu."Mungkin benda ni yang jejak kita, dia boleh guna biji benih tu untuk tahu lokasi kita...Teori aku saja." balas Mikael, Kyoko mengenggam biji benih itu dengan riak wajah bengang."Kita kena berkumpul semula. Mari ke hospital." kata Kyoko.Semua ahli HOPE pun berkumpul di hospital, setibanya mereka di wad Khairul, Kyoko dengan sepantas kilat memeriksa badan mereka dan mencabut biji benih yang melekat pada badan. Dia mengumpulkannya di atas meja di tepi katil Khairul, mereka semua memerhati biji benih itu dengan pelbagai reaksi,terutamanya tertanya dan pelik."Apa yang buat kau terfikir mereka pasang sesuatu pada kita?" soal Khalid pada Mikael."Sama macam mana anggota polis letak pengesan, kadang-kadang penjenayah pun sama, untuk jejak seseorang. Dari jarak yang selamat, kau boleh perhatikan mereka, kadang-kadang tahu apa yang mereka lakukan...Aku terfikir saja dari pengalaman sendiri." Mikael menghalakan jari telunjuk pada kepalanya."Biji benihnya pun terus mati lepas kita cabut dari badan kita. Tak dinafikan lagi, Mutant kuasa pokok tu jejak kita selama ni. Mereka serang Khairul dan Nasuha tepat lepas pertarungan besar kita dengan White Tigers." sokong Kyoko pula.Khairul mengangkatkan sedikit badannya, dia memandang saja biji benih-biji benih yang sudah mati itu."Aku...tak dapat kesan bahaya. Masa ayah aku serang aku, aku tak dapat bahu atau dengar pun dia. Deria bahaya aku tak kesan dia langsung..." Khairul menepuk wajahnya, dia menggerakkan jarinya turun sehingga ke pipinya."Mungkin biji benih pun ada sifat lain yang kesankan kuasa kita, sebab itulah aku dan Khairul tak dapat jejak mereka selama ni." Mei meletakkan tangannya di dagu, Khairul mengeluh kecil."Nampaknya korang dah makin dekat dengan mencari Nasuha...Baguslah. Selamatkanlah dia." kata Khairul, dia tersenyum kecil sambil menutup wajahnya."Kau cakap macam kau tak nak sama-sama tolong." Kyoko menjeling dia."Aku tolong? Kau melawak ke? Apa aku boleh buat, Kyoko? Bagitaulah..." Khairul membalas jelingan Kyoko."Korang..." tegur Khalid, dia ke hadapan."Sampai bila kau nak buang masa, sedih untuk diri sendiri saja? Kau kisah tak sebenarnya pasal Nasuha? Hah!?" marah Kyoko, dia mendekati Khairul namun Khalid menghalangnya."Sudah...Sudah tu...""Aku tak boleh menang? Korang tak faham lagi ke? Jangan heret aku lagi dah...Blah jelah. Kenapa korang bawak semua ni pada aku pun? Bagi aku motivasi untuk lawan semula? Aku takkan...Aku bukan Mutant. Bukan lagi dah." balas Khairul, semua ahli HOPE terdiam, Mikael memerhati saja Khairul, riak wajahnya sayu saja.Tidak lama kemudian, semua keluar dari wad meninggalkan Khairul. Dia tersandar saja, bayangan semasa dia pertama kali berjumpa dengan Nasuha bermain di kepala. Pakaian Nasuha kotor hasil terkena makanan yang dijatuhkan Syauqi, wajah Khairul dipenuhi dengan luka dan lebam.Jangan fikirkannya pun...Kau dah gagal.Banyak kali kau gagal...Berhenti jelah.Cepatlah mati je...Cahaya merah keluar dari tangan Mei yang digenggam, dia, Khalid, Kyoko dan Chyou sedang berada di bumbung bangunan hospital. Apabila Mei membuka tangannya, banyak jejak cahaya keluar dari tapak tangannya, kelihatan biji benih berada di tapak tangan Mei.Jejak-jejak cahaya yang keluar dari tangan Mei bergerak ke arah banyak arah, Khalid, Kyoko dan Chyou melangkah ke hadapan."Kita kena ikut setiap jejak sampai jumpa, huh?" soal Khalid."Banyak juga..." keluh Kyoko."Biji benih ni meninggalkan sedikit Mutant Cell dari empunya kuasa. Jejak ini menunjukkan mana kuasa dia aktif sebelum ini dalam masa beberapa hari ni." kata Mei, kelihatan iris matanya berubah merah."Kita kena cari Nasuha dengan cepat jadi kita akan bergerak secara sendirian. Ingat, kita hanya nak tahu lokasi dulu, bukannya bertarung...Jangan ambil tindakan sendirian." pesan Khalid, dia memandang Kyoko dan Chyou."Kalau aku dapat peluang, takkanlah aku nak biarkan saja Nasuha dalam bahaya lama-lama? Aku akan selamatkan Nasuha." balas Kyoko."Aku faham tapi mereka kuat, kita tak boleh nafikannya. Kau akan letak diri kau dalam bahaya juga kalau membuta babi." kata Khalid, Kyoko terus terdiam dan mengalih pandangannya."Aku akan gerak dulu..." Chyou bergerak dahulu, dia terus terjun dari bumbung hospital itu. Kyoko pula bergerak, dia terbang dengan kuasa kilatnya."Hati-hati Khalid." pesan Mei."Sebelum tu...Mana Mikael?" soal Khalid, dia melihat sekeliling dengan wajah keliru."Hei budak." tegur Mikael, Khairul menoleh ke arahnya dengan wajah kosong. Dia berjalan masuk ke dalam wad Khairul, seluruh bilik kelihatan jingga hasil matahari yang sedang hampir terbenam."Apa lagi?" keluh Khairul."Dengar ni, aku setuju untuk kau tak sertai tolong Nasuha. Lepas apa terjadi, aku sendiri pun tak nak kau lawan lagi...Memang betul, kau tak ada kuasa kau sekarang. Kau hanya akan jadi beban saja masa bertarung." kata Mikael, Khairul mengalihkan badannya dan menyorokkan wajah dengan selimut, Mikael melangkah ke hadapan lagi."Kau budak dalam perlawanan yang kau tak sepatutnya lawan. Sama juga macam Nasuha...Korang sepatutnya jadi budak saja, pergi sekolah, pergi buat benda bodoh, pergi buat apa-apa jelah yang budak sekolah menengah sekarang buat. Bukannya lawan dengan rasaksa, lawan dengan samseng atau lawan ayah kau sendiri." sambung Mikael lagi, dia berdiri di tepi katil Khairul."Kau tak salah, Khairul." Mikael menyentuh perlahan bahu Khairul."Apa...Apa aku nak buat...orang tua?" soal Khairul, Mikael memandang saja dia, badan Khairul mula menggeletar dan dia menarik selimutnya."A-Aku...tak tahu...Tak tahu apa...Urh! Ah! Aku...Aku...Tak boleh..." Khairul menangis teresak-esak, Mikael membelai pula kepala Khairul perlahan, matanya juga sedikit berkaca. Dia teringat akan anaknya sendiri, semasa dia membelai kepala Farah dengan cara yang sama, Mikael menghembus nafas panjang."Kau sayang Nasuha tak, budak?" soal Mikael."Aku...Aku...Aku sayang dia...tapi aku tak boleh buat apa-apa...Aku tak dapat jaga Nasuha, tak dapat jaga sesiapa...Aku selalu gagal...Aku punca orang lain...menderita...Semua sebab aku lemah..." balas Khairul, Mikael terus mengangkat Khairul dari bahunya, dia membuat Khairul menghadap wajahnya. Wajah mereka bertemu, air mata mengalir dengan hingus meleleh dari hidung Khairul dan Mikael memandangnya dengan pandangan tekad."Kau takkan dapat ubah masa lepas. Kau takkan dapat teka masa depan dengan tepat. Apa yang kau ada ialah masa sekarang saja...Jangan hidup dengan penyesalan yang kau tak buat sesuatu sekarang, anakku." pesan Mikael, Khairul terus menggenggam tangannya.Kehidupan aku menyakitkan. Aku sakitkan orang lain...Aku lemah...Aku tak guna...Aku tak baik langsung...Tapi itu semua alasan. Alasan supaya aku tak perlu gerakkan badan aku.Tak kisahlah sama ada aku Mutant atau budak mentah.Nasuha dalam bahaya sebab aku...Jangan lari. Jangan pandang belakang...Selamatkan Nasuha walaupun kau akan mati!"Maaf lambat...Aku dapatkan bantuan." kata Mikael, Mei dan Khalid menoleh ke arahnya. Mikael berjalan pada mereka dengan Khairul mengekorinya dari belakang."Khai..." Khalid kelihatan terkejut."Aku kat sini sekarang." kelihatan mata Khairul yang sedikit kemerahan dek menangis tadi, Khalid tersenyum kecil."Hum...Selamat kembali, Khairul." kata Khalid, Khairul melihat seluruh bandar dari bumbung hospital itu, dia menggenggam tangan, tiada apa yang terjadi, dia menghembuskan nafas panjang kemudian menoleh ke arah Mikael."Orang tua...Kau boleh beri aku senjata dengan kuasa kau, kan?" soal Khairul."Boleh cuba." balas Mikael, Khairul membuka balutan di tangannya, kelihatan tapak tangan dan lengannya yang terbuka, tempat di mana bilah pedangnya berada kosong saja."Berikan aku senjata. Aku tak kisah apapun...Aku nak lawan ayah aku sendiri." pinta Khairul.Kembali dari sifar, Khairul.