webnovel

Bab 8

"Ok, dah siap" kata Fahmi sambil melihat pada ikatan yang telah dibuatnya di atas kedua-dua kereta kabel.

"Jadi, kita dah ada ruang tambahan" katanya sambil melihat Muaz dan Kamal yang sedang berehat.

"Yey, more space for us!" kata Sarah.

"Tapi kita kena bijak pakai space lah. Kita tak tahu bila kita akan keluar dari sini" kata Muaz.

"Ye tahu. Kitorang bukannya besar mana" kata Sarah.

"Ok" Fahmi duduk di atas kerusi, ingin melepaskan penat.

Kereta kabel mereka tiba di stesen seterusnya. Fahmi melihat ke luar.

"Aku baru nak rehat." katanya.

Muaz dan Kamal bangun dan mengambil senapang.

"Takpe, rehat dulu. Biar kitorang check sekeliling." kata Kamal.

Muaz melangkah keluar, diikuti oleh Kamal untuk melihat-lihat sekeliling, meninggalkan Fahmi bersama-sama Sarah dan Nadia.

Mereka berjalan melepasi pagar, dan menemui beberapa bangkai Monsūta. Mereka membiarkannya dan sampai ke satu pintu yang bertulis 'Keluar'.

"Ni baru first time kita jumpa pintu keluar kat stesen." kata Muaz, mencuba untuk membuka pintu tersebut.

Kamal turut menolong Muaz membuka pintu itu. Apabila pintu dibuka, mereka melihat sesuatu yang mengejutkan.

Di kereta kabel,

Fahmi berada di atas bumbung kereta kabel, memantau persekitaran, memastikan tiada ancaman kepada mereka.

"Rehatlah dulu Fahmi. Nadia tu lena je tidur kat situ." kata Sarah.

Fahmi turun ke bawah dan berehat. Sarah mengganti tempat Fahmi untuk memantau persekitaran.

Di pintu keluar,

Kamal dan Muaz melihat pekan kosong yang dipenuhi semak samun. Mereka mula memeriksa dari bangunan ke bangunan untuk mencari apa-apa barangan yang boleh digunakan.

"Aku terfikir sebenarnya, Fahmi sebenarnya macam mana dengan diorang?" kata Muaz diselangi dengan ketawa kecil.

"Alah, dia ok je tu dengan gugurls, kan" kata Kamal dengan senyuman.

Muaz melihat sekeliling. "Takpe, dia boleh tolong protect diorang berdua."

"Kan" kata Kamal.

Muaz tersenyum, sambil dia mengangkat satu buku.

Kamal menyelak di sebalik semak.

"Eh, dah berapa minit eh?" kata Muaz.

Kamal melihat kepada Muaz."Rasanya dah 8 ke 9 minit." kata Kamal.

"Rasanya kita boleh dah kot balik ke kereta kabel." kata Muaz.

"Oklah" kata Kamal, apabila dia keluar dari bangunan dan bergerk laju menuju ke stesen, diikuti dengan Muaz di belakang.

Kedengaran bunyi seakan siulan dari arah pekan, menyebabkan mereka berhenti dan melihat ke belakang. Kelihatan seekor Monsūta, tetapi berbadan lebih besar dari biasa. Kemudian raksasa seperti labah-labah meluru ke arah mereka, diikuti oleh Monsūta dan beberapa raksasa yang tidak dapat mereka kenal pasti.

Kamal dan Muaz tercengang melihat gerombolan raksasa tersebut menuju ke arah mereka dengan laju, lalu melepaskan tembakan ke arah gerombolan tersebut.

Kamal berlari ke pintu keluar dan memanggil Muaz untuk masuk ke dalam.

Muaz melepaskan beberapa tembakan, dan masuk ke dalam. Mereka berdua menutup pintu itu dan menyekat pintu tersebut dengan meja.

Mereka tercungap-cungap disebabkan kepenatan, tetapi mereka merasakan bahawa mereka berjaya menghalang raksas-raksasa tersebut. Kamal bersandar di dinding sambil memeriksa jam.

"Lagi 5 minit sebelum kita tinggalkan stesen ni." katanya.

Dinding tempatnya bersandar runtuh dan dia serta-merta diserang Monsūta, tetapi berjaya menghalang serangannya.

"Kamal!" kata Muaz, mengacukan senapang ke arah mereka dan menembak Monsūta itu.

"Argh" Kamal mengerang kesakitan apabila kakinya terkena serpihan peluru daripada tembakan Muaz.

Muaz menolong Kamal berdiri, membawanya ke kereta kabel. Di belakang mereka, gerombolan tersebut sudah menghampiri mereka berdua. Kamal menembak raksasa sambil dipapah oleh Muaz. Muaz tersadung dan menyebabkan mereka berdua terjatuh. Muaz berpusing dan melepaskan tembakan ke arah gerombolan tersebut.

Muaz terus berdiri dan Kamal ke arah kawasan kereta kabel.

"Muaz... Kau tinggal je lah aku." katanya dengan nada sayu.

Muaz yang tengah memapahnya berkata,"Kita boleh keluar ni, kat depan tu je." kata Muaz.

Kamal melepaskan tembakan ke arah gerombolan tersebut.

"Takkan sempat kalau kau bawa aku" kata Kamal.

"Janganlah kata yang mengarut-ngarut, Kamal!" kata Muaz, matanya mula berkaca dengan air mata.

Masa berbaki dua minit lagi, dan mereka masih belum tiba di kereta kabel.

Fahmi berasa risau akan perkara itu.

"Korang berdua jangan pergi mana-mana. Aku nak check diorang."kata Fahmi sambil melangkah keluar.

"Baik-baik tau" kata Nadia, yang baru bangun dari tidur.

Fahmi mula menuju ke arah pintu keluar, apabila dia melihat raksasa-raksasa itu menghampiri Kamal dan Muaz.

Dia pun meluru ke arah mereka berdua untuk menolong mereka, apabila dia sedar Kamal sudah cedera.

"Kau cam tak ok je Kamal." kata Fahmi, apabila dia mengambil senapang dari Kamal dan mula melepaskan tembakan ke arah raksasa-raksasa itu.

"Tinggalkan aku je. Tak kan sempat kalau korang bawa aku!" kata Kamal.

Muaz memeluk Kamal dengan erat, sementara Fahmi terus menerus tembak ke arah gerombolan tersebut.

"Maafkan aku jika tinggalkan kau adalah dosa bagiku" katanya sambil air matanya membasahi pipinya.

Kamal mengambil senapang dari Muaz, dan tersenyum lembut.

"Korang pergilah, aku tahan diorang." katanya. Air matanya juga turut mengalir sama.

Fahmi mencuba untuk menahan nangis, membawa Muaz pergi dari situ. Kamal mula menembak gerombolan tersebut.

5 saat sahaja yang tinggal, mereka berdua berlari ke kereta kabel sekuat hati. Sebaik mereka melangkah masuk, pintu kereta kabel tertutup dan kereta kabel mula bergerak.

"Korang, mana Kamal?" kata Nadia, keliru dengan ketiadaannya di dalam kereta kabel tersebut.

Muaz dan Fahmi kelihatan muram, tidak mahu menjawab soalan tersebut.

"Korang! Mana dia?" kata Nadia.

"Dia... selamatkan kitorang." kata Fahmi dengan nada yang lemah.

"Janganlah main-main!" kata Sarah, matanya mula berkaca.

"Dia dah takde, korang" kata Muaz, air matanya mula menitik ke bawah.

"Koranng, mana dia!" kata Sarah.

Fahmi mengusap lembut belakang Muaz, menenangkannya. Sarah dipeluk Nadia, bersedih di atas kehilangan Kamal.

"Sabar ya korang, ini semua ujian" kata Nadia, jelas kedengaran yang dia turut bersedih di atas kehilangan Kamal.

Suasana menjadi muram, tatkala kereta kabel mereka mula diselubungi kabus. Mereka sekadar berdiam diri, mencuba menerima fakta bahawa Kamal sudah tiada.

Beberapa minit kemudian, kabus mula berlalu pergi, dan Muaz melihat kereta kabel lain di atas dan bawah.

"Eh? Korang, ada kereta kabel lain." kata Muaz.

Mereka melihat ke luar, benar seperti yng dikatakan Muaz, terdapat kereta kabel lain di sekeliling mereka. Mereka melihat stesen terakhir yang sepatutnya mereka tiba. Mereka mula menangis kegembiraan kerana berjaya keluar dari dunia itu. Tetapi kegembiraan mereka hanyalah sementara, apabila mereka mengenang kembali Kamal, yang meninggal dunia di sana.

Tiba di stesen tersebut, paramedik terus ke arah kereta kabel mereka dan tidak menjangkakan keadaan mereka. Mereka mengusung satu per satu keluar daripada kereta kabel dan membawa mereka ke hospital. Pakar forensik mula menjalankan siasatan atas perkara yang terjadi di kereta kabel tersebut.

Seminggu kemudian, berita berkenaan peristiwa kereta kabel itu amat mengejutkan seluruh negara. Diikuti dengan kehilangan Kamal ketika bersama-sama rakannya di dalam kereta kabel.

Muaz sekadar termenung jauh di atas katil hospital, mengingati kembali kata-kata terakhir Kamal.

Muaz sekadar menangis dan terpaksa menerima keadaan dengan pasrah.

"Muaz, harini Muaz dah boleh balik dah. Tapi kita kena ikut jalan belakang, nak elak wartawan" kata ibu Kamal.

"Makcik tak marah saya kan sebab tinggalkan anak makcik kat sana" kata Muaz, matanya berkaca.

"Makcik redha dengan ketentuan Allah. Makcik tak tahu apa yang terjadi, tetapi, apa yang makcik tahu, Kamal mati sebab menolong Muaz dan rakan-rakan Muaz" kata ibu Kamal.

Muaz turun dari katil dan meminta maaf.

"Maaf ya makcik jika saya lukakan hati makcik" kata Muaz.

"Makcik maafkan. Jom, makcik hantar kamu balik ke rumah ayah." kata ibu Kamal.

Muaz mengangguk dan mengambil barang dan membawanya ke belakang hospital, di mana kereta ayah Kamal sedang menunggu.

...tamat... kot.