BAB 22
" Lambat datang..."
" Sorry tadi jalan jem..."
" Duduklah..."
Amyrah duduk di hadapan Ammar. Seperti yang dijanjikan Amyrah datang ke taman rumah Ammar untuk perbincangan.
" So..."
" So apa...?" Tanya Ammar. Padahal dia sudah tahu persoalan Amyrah itu cuma buat tidak tahu.
Amyrah menepuk dahinya. Ammar ni saja je dia nak buat dia naik angin.
" Ok..ok..aku gurau... kenapa kau tak nak kahwin dengan aku...?" Tanya Ammar.
" Sebab awak dah ada girlfriend.."
" Aku dah putus..."
" WHAT...BIAR BETUL... semalam awak kata awak ada girlfriend sekarang putus pula...saya tak faham lah dengan awak ni..." Kata Amyrah tidak puas hati.
" Hush..tak sangka silent girl boleh cakap banyak.. ingatkan tak reti nak cakap..." Sindir Ammar.
" Habis tu awak ingat saya bisu lah ya..." Kata Amyrah dengan geram.
" Maybe..." Balas Ammar keseronokan mengusik Amyrah. Amyrah mendengus geram. Rasa seperti dicekik sahaja Ammar ni.
" Ala.. jangan lah marah...kita nak gurau pun tak boleh..."
" Masalahnya... kalau nak bergurau pun bertempat lah..." Kata Amyrah
" ada tempat lah ni.. tengok aku tengah duduk depan kau ni kan..." Gurau Ammar lagi.
Amyrah mendengus geram. Sabar sajalah perangai Ammar. Nak saja dia pergi ambil cili dekat dapur rumah dia tu nak sumbat dekat mulut Ammar ni biar keluar larva macam gunung berapi dekat Filipina tu. Padan muka.
" Ammar boleh tak serious..."
" Serius la ni tak nampak ke muka aku yang garang ni...ke kau nampak muka aku versi handsome je..." Kata Ammar sambil menaikkan keningnya beberapa kali.
" Tak ada kerja saya nak tengok muka awak..."
" Yeke...tak percayalah..."
" Ammar.. please back to the topic...okey..." Kata Amyrah yang cuba mengawal kesabarannya.
" Sorry.. sorry.... kenapa kau tak kahwin dengan aku... cakap secara jujur..."
" Secara honestnya....saya tak suka awak... setakat ni hati saya tak boleh terima sesiapa pun lelaki..." Jujur Amyrah dengan bersungguh sungguh.
" Ooo..hmm..." Ammar sungguh kecewa apabila Amyrah berkata begitu. Amyrah tetap dengan pendiriannya.
" Ammar boleh saya tanya..."
" Kau nak tanya apa.."
" Bila kau dengan Farisya putus..."
" Semalam..."
" Kenapa korang boleh sampai putus..." Amyrah bukan mahu menyibuk tentang masalah Ammar cuma dia teringat pula nak tahu.
" Sebab saya suka awak...."
Terkejut Amyrah apabila Ammar kata begitu. Percakapan 'aku-kau' juga ditukar kepada 'awak-saya'.
" Ammar boleh tak serius..."
" Betullah ni saya tengah serius lah ni...awak memanglah tak percaya cakap saya..sebab saya menyakitkan hati awak...tapi saya dah lama suka awak...cuma salah faham berlaku... sebenarnya gelang tu saya nak bagi awak..tapi Farisya ingatkan gelang tu saya nak bagi dekat dia... hmm...apa lah nasib saya..." Luah Ammar.
Amyrah hanya duduk diam mendengar luahan Ammar. Terkesima jugalah dia apabila mendengar luahan Ammar tersebut. Tidak sangka dia selama ini Ammar menyimpan perasaan dia kepadanya. Gelang? Gelang apa ye. Dia pun tidak ingat. Maklumlah dah 5 tahun dulu ceritanya dia pun lupa.
*Flashback*
Ammar melihat kotak gelang di tangannya yang mahu diberi kepada Amyrah. Harap-harap Amyrah suka dengan pemberiannya.Dia menuju ke meja Amyrah lalu memasukkan kotak tersebut ke dalam meja Amyrah.
Farah disebalik tingkap melihat situasi tersebut.
' kotak apa tu... agak-agaknya...' gumam Farah.
Apabila melihat Ammar keluar Farah menuju ke meja Amyrah. Dia membuka kotak tersebut. Terdapat gelang silver didalamnya. Terdapat juga surat kecil di bawah gelang tersebut dengan menggunakan pensil tulisannya lalu dibacanya.
__Amyrah
Saya sudah lama menaruh harapan kepada awak. Saya berharap awak suka dengan pemberian saya ni....
Ammar__
Apabila selesai membacanya Farah mendapat satu idea. Dia mengambil hadiah tersebut kedalam kelasnya.
Farah mengambil pemadam lalu memadam nama Amyrah digantikan dengan nama kawannya iaitu Farisya. Setelah selesai dia memasukkan kotak tersebut ke dalam meja Farisya. Dia keluar daripada kelasnya sebelum ada orang melihat perbuatannya itu.
_
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat habis. Para pelajar berkerumun masuk ke dalam kelas masing-masing.
Ammar yang berada di tempat duduknya memerhatikan Amyrah duduk di tempatnya.
Amyrah memasukkan buku di bawah mejanya. Tiba-tiba, dia merasakan sesuatu yang asing di bawah meja tersebut. Rupa-rupanya terdapat surat di bawah mejanya lalu dibukanya. Dia membaca isi surat tersebut.
*Kalau nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Sila tunggu sehingga bab seterusnya keluar...*✌🏻