webnovel

Chapter 7

YUSOF merengus. Balik sahaja dari membeli persiapan pernikahan untuknya. Dia terus melemparkan badannya di atas katil. Barang-barang yang dipilih bersama Ra'il, dibiarkan sahaja di dalam kereta tanpa niat menunjukkan pada uminya. Kali ini, dia merasa penat dan letih yang amat sangat. Bukan sahaja badan, bahkan hatinya terasa beban berat.

Mujur, mereka selesai menunaikan solat fardu di masjid. Terasa lapang permikiran, sebab solat sudah ditunaikan. Tidak risau terbabas waktu fardu ain.

"Angah.." Farahin terjengul di muka pintu. Namun, anak lelakinya itu sudah lena di atas katil.

"Umi, biarkan angah rehat. Penat seharian cari barang kawin." sapa Bunyamin, menegur ibunya dari arah belakang. Dia sempat mengintai ke dalam bilik adiknya. Yusof, membalikkan tubuhnya. Dia tahu, adiknya masih belum tidur.

Farahin mengangguk. Hancur harapan dia nak melihat barangan yang dipilih anaknya, dengan bakal menantu. Barang-barang hantaran sekarang, cantik-cantik belaka. Jeles pula, apabila kenangkan persandingannya dengan suami. Barang dulu, tak sehebat zaman sekarang. Kadang-kadang tak cukup kelengkapan.

"Umi, along nak cakap sikit."

Farahin menaikkan keningnya. "Nak cakap apa?"

Bunyamin menarik lengan ibunya, menapak jauh dari bilik adiknya. Dia tahu, adiknya mesti nak ambil tahu. Jadi, dia terpaksa membawa ibhnya jauh dari bilik Yusof.

"Along dah risik perempuan ni. Cuma, dia tak beri kata putus lagi." ujar Bunyamin, selepas dia membawa ibunya ke ruang tamu. Ayahnya ada bersama.

Terkejut Farahin, namun disertai dengan senyuman yang meleret. Sangkanya, anaknya itu sudah tak mahu berbini sampai adik terpaksa langkah bendul. "Bila??!. Eh, kenapa tak beritahu awal-awal. Umi pun, boleh risikkan."

"Haa, bila kamu risik?" Soal Syafiq. Terbantut bacaannya.

Bunyamin senyum. "Baru je lagi, tapi bila along dah dapat kata putus. Along bagi tahu pada umi dengan ayah."

Farahin mengucap syukur. Sempat, menjeling suaminya. "Bermenantulah dualah kita, kan bang." ulahnya pada si suami.

"Lawa ke?" tanya Syafiq.

Bunyamin angguk. "Kalau tak lawa, takkan hati tak tercicir tengok dia." Balas Bunyamin dalam guraunya.

Farahin mengeleng. "Tengok tu bang. Mengatal rupanya, anak sulung kita. Ingat, dah berazam tak mahu kawin." sindir Farahin.

"InsyaAllah." jawab Bunyamin, senyum meleret sebelum berlalu ke balkoni luar mengangkat panggilan.

Hakikatnya, perbincangan ini membuatkan dia sedikit rasa malu walaupun nampak macam tak ada perasaan malu. Nama Zulaikha, tertera di panggilan.

Seperti dicita ulam mendatang. Aiseh! " Ya, yunk..." jawabnya, di corong panggilan.

"Hmm..ye, sayang. Amboi, bukan ke main ya kamu."

Bunyamin tersengih malu. Sangkanya Zulaikha yang menelefon, rupanya bukan. Mak saudara Zulaikha yang menelefonnya. Dari corong telefon, kedengaran tawa Zulaikha dari jauh.

"Assalamualaikum, mak cik." sopan Bunyamin memberi salam.

Husnaa ketawa, tatkala suara Bunyamin sudah berubah intonasi. Zulaikha sengih kecil. "Mak cik call ni, nak kamu bawa family datang ke rumah. Bawa cincin tunang sekali."

"Ohh..boleh. Boleh...bila saya boleh datang." Nada suaranya ceria. Laju sahaja jawapannya. Sememangnya, dia dah sehabis reda, kalau jawapan Zulaikha tak memuaskan hati. Allah, yang memudahkan segala urusan.

Husnaa senyum. Geli hati, melihat Bunyamin yang ceria. Tahu...dah lama taruh perasaan. Sebelum ni, dia ada sahaja berjumpa dengan Bunyamin. Lelaki baik. Tak salah, kalau dah berkenan.

"Bila kamu free, datang sajalah. Jangan malam ni, sudah. Esok, tahan lagi." Husnaa, menjeling ke arah Zulaikha yang tersipu-sipu malu. Disebabkan rumah sewa Zulaikha, selang dua rumah darinya. Apabila Zulaikha, bercerita ada orang masuk meminang. Bergegas dia datang.

"Mak Ude...," Zulaikha, menarik lengan ibu saudaranya.

"Haha..Saya datang lusa. Nanti, saya bagitahu umi dengan ayah." ujar Bunyamin, bersuara setenang yang boleh. Panggilan diputuskan, dengan sengih yang makin melebar di bibir Bunyamin. Syukur alhamdulillah, Allah memudahkan urusannya. Bahagianya, Bunyamin sampai dia melompat dengan jeritan 'yes'.

"Hah...bila? dah yes, yes!" sindir Syafiq dan isterinya, di muka pintu. Terbejat gerakan Bunyamin, dengan ketawa jelas.

"Umi..., Ika terima along." dirangkul tangan ibunya, dipeluk tubuh ibunya. Tak terungkap kata-kata bahagia, kecuali syukur pada Ilahi.

"Ika?? Ika yang ibu kenal??" tanya Farahin.

Bunyamin mengangguk."Jadi, selama ini ibu silaplah."

"Silap apa?"Soal Bunyamin.

Kening Syafiq juga, terjongket dengan reaksi yang sama. Farahin, lekas menidakkan. "Eh, bukan. Tak ada apa. Bila dia minta kita datang?"

"Dia kata, malam ini tak boleh. Tapi kalau esok, boleh." jawab Bunyamin. Mereka masing-masing kembali duduk di ruang tamu.

"Hish, kamu ni. Tak sempat, menyempat. Lusa, apa salahnya" marah Farahin. Walaupun, datang meminang sahaja. Adat kena jaga.

"Along, cakap lusa. Mak cik Husnaa minta, kita bawa cincin tunang sekali. Ikat terus." sengih Bunyamin, seperti sukar untuk dia menutup barisan giginya kerana asyik tersenyum dan tersengih.

"Ya Allah!! along!" bantal kecil, hiasan atas sofa itu dibaling pada anak sulungnya. "Ajenya merepek kamu, ya! kalau tunang. Buat apa lusa pula?! Kalau seminggu, umi faham lagi. Kalau lusa, lagi dua hari sahaja lagi." mengeleng Farahin, dalam pada ketika dia mencubit lengan suaminya melepaskan geram.

Tang!! Syafiq membaling bantal bersaiz sama pada anaknya. Lengannya sakit, dicubit isterinya. "Kalau ya pun, yang..jangan dicubit tangan abang. Sakit." diusap lengannya, berkali-kali. Farahin, tersedar lantas mengusap tangan suaminya. Sengih Farahin.

"Haha..along risau. Rasa nak cepat je." balas Bunyamin jujur.

Farahin mengeleng. "Bertuah punya budak. Pergi mesej dia, cakap kami datang minggu depan. Senang nak buat persiapan."

Bunyamin angguk. Ikut kata orang tua. Ada baiknya. Tidak lama, Bunyamin beransur ke dalam biliknya.

Yusof membuka pintu biliknya, tatkala abangnya lalu di depan biliknya. Nombor telefon Zulaikha sudah di dail berkali-lagi tetapi talian sibuk. Dia berdengus kasar. Jika panggilannya masih tak diangkat, esok dia akan datang berjumpa dengan Zulaikha.

'Kenapa perlu along?!'

Bersambung...