webnovel

BAB 6: Lantana Camara...

" Dapat tak reach dia?" tanya Fiji sambil memandang Min yang baru keluar dari bilik mandi.

Min menggelengkan kepalanya sambil mengelap rambut basahnya. Sejak kejadian hari itu, Mika tidak menghubungi mereka dan hari ini adalah hari ketiga dia menghilang. Fiji mengalihkan scrambled egg ke pinggan Min dan mendekatkan botol minuman teh apricot Heaven&Earth kepada Min.

Dia memang suka makan white scrambled egg, Elvis toast dan yuzu marmalade buatan Fiji. Pendek kata apa yang Fiji buat untuknya adalah comfort food, jadi tak hairanlah Ghoul Cafe milik Fiji amat popular dan terkenal walaupun ianya hanya dibuka 3 kali seminggu. Cafenya juga telah menjadi antara tempat yang eksklusif bagi peminat cafe. Hanya beberapa hari dalam setahun, Ghoul Cafe akan beroperasi 5 hari seminggu.

"...tapikan, kenapa dia kat IOI sedangkan kita tinggalkan dia kat Primula?" sambung Fiji sambil melayurkan sayuran dalam kuali.

"..dia jalan kat indoor sky bridge la tu..kan 2 tempat tu dekat.." balas Min sambil meletakan pinggannya dalam singki. Fiji mengangguk dan mengunyah sayur layurnya.

" oh..hari ni pakai kereta aku,.. motor kau tak bagus hari ni.." tambah Fiji sambil melemparkan kunci keretanya ke arah Min.

Min mengangguk dan menyambut kunci tersebut. Di sudut meja, pasu bunga putih telah pun berisi Lantana Camara atau bunga tahi ayam. Firasat Fiji jarang salah, jadi tak ada sebab untuk Min mengendahkannya.

Min melambai ke arah Fiji sebelum melangkah keluar dari pintu. Fiji tersenyum dan memerhatikannya sehingga Min melangkah keluar.

Suasana rumah menjadi sunyi kembali. Hari ini dia boleh bersenang kerans semua draf telah disiapkan atas jasa seksaan Min selama 3 hari. Fiji beredar dari dapur dan mula mengutip pakaian terpakai untuk dibasuh.

Langsir sliding door disingkap luas supaya cahaya matahari boleh menerangi dan menghangatkan ruang tamunya. Dia tersenyum dengan pemandangan di hadapannya. Sebentar kemudian, dia keluar bersama secawan kopi panas dan sepotong cream cheese cake. Dia meletakkannya di atas kerusi balkoni dan melangkah masuk. Sebelum itu, dia sempat menoleh dan berkata;

" ..enjoy.."

" Tuan, maklumat yang diperlukan tadi" ujar Milie sambil menghulurkan fail kepada Min.

"Khop khun kha na.." balas Min.

Milie tunduk hormat dan meninggalkan Min di pejabatnya. Fail itu diselak teliti kerana dia tidak mahu tertinggal butiran yang diberikan.

Min atau Vitthamin Pracharawratt merupakan salah seorang CEO termuda di kalangan syarikat penerbitan elektronik di Malaysia. Dia telah berjaya mengalahkan banyak syarikat dan penerbit senior dalam industri diceburi malah dia juga disenaraikan antara 20 orang berketrampilan dalam Majalah Forbes.

Bermula dengan mengambil upah menulis dan mengedit tesis pelajar universiti semasa di sekolah rendah, kebolehannya berkembang sehingga telah digajikan sebagai ketua editor junior disebuah syarikat terbitan novel elektronik, telah membolehkannya membuka sebuah syarikat kecil semasa di sekolah menengah. Hasil keuntungan syarikat telah digunakannya untuk mengupah beberapa orang editor dan menrekrut banyak penulis terkenal di bawah labelnya.

Zaman universtitinya dipenuhi dengan kuliah dan tutoring, malah sewaktu di tahun 3 pengajian, dia telah dipanggil untuk menjadi lecturer sambilan di beberapa buah universiti terkenal. Dia tidak meneruskan pengajian lanjutannya kerana telah mulai sibuk dengan syarikat miliknya ketika berusia 19 tahun. Sepuluh tahun kemudian, syarikatnya, Infinity Cube telah meneroka pelbagai industri maya. Antara mereka bertiga, Min yang paling pandai menghasilkan duit.

Setelah menyemak fail yang terakhir, Min keluar dari pejabatnya. Nampaknya Milie telah keluar untuk rehat,maknanya dia terpaksa ke pantry untuk membuat minumannya sendiri. Sampainya Min di pantry kelihatan Milie sedang membuat kopi. Dia menunduk hormat dan mengambil cawan dari Min.

"Awal balik lunch?" tanya Min. Milie hanya mengangguk.

" Tuan nampaknya baru keluar dari pejabat, dah makan?" tanyanya lalu menghulurkan Subway sandwich.

"Steak?" Min bertanya? Millie tersenyum kerana dia tahu itulah kegemaran Min dari dulu. Tiba-tiba kaki Min dipeluk oleh sepasang tangan kecil.

"Abangg!!" jerit budak perempuan berusia 4 tahun itu kegirangan. Jeritannya masih kedengaran walaupun dia telah berlari menyorok di belakang Milie.

"Shuriii...!!" balas Min lalu tunduk untuk mendukung budak perempuan tersebut. Dia memandang muka Milie kehairanan.

Milie tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Min hampir tidak percaya dengan berita itu. Akhirnya penantian Milie selama 4 tahun berakhir; dia berjaya mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya dari bekas suaminya. Dan selama 4 tahun itu jugalah, Milie tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan semula anak perempuannya yang telah dilarikan oleh bekas suaminya sebaik sahaja Shuri dilahirkan.

"Terima kasih tuan kerana telah banyak membantu saya.." Milie tunduk sekali lagi kepada Min.

Kali ini tunduk hormat itu diikuti dengan jujuran airmata. Dia tidak dapat menahan air matanya lagi pada waktu itu. Dari awal perkenalannya sebagai pembantu di syarikat Min semasa dia masih disekolah menengah lagi. Min telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalahnya. Malahan, Fiji juga secara tak langsung telah memberikan banyak petunjuk kepada Milie mengenai anaknya.

Jadi, Milie amat terhutang budi dengan mereka. Disebabkan itu juga, Milie berasa bertanggungjawab atas Min dan Fiji. Dia akan sentiasa siap untuk berkhidmat sama ada dalam waktu kerja atau sebaliknya. Dialah yang selama ini menjaga segala keperluan harian mereka berdua tak ubah seperti caretaker. Walaupun Min tidak pernah menyuruhnya berbuat demikian, tetapi Milie tetap juga melakukannya walaupun ke lubang neraka.

"Haa, Milie..saya tak masuk ya petang ni.." terang Min sambil menurunkan Shuri dari dukungannya.

"Semua dokumen ada di atas meja..dan hubungi Kenchana." tambahnya lagi.

Milie mengangguk dan mulai membuat panggilan melalui handphonenya. Shuri melambai kepada Min ketika dipimpin keluar dari pantry. Min juga keluar dari pantry dan menuju ke destinasi seterusnya- Mika.

"OK, that's wrap!" laung Micheal kepada krew penggambaran.

Micheal tersenyum puas kerana hasil penggambaran hari ini berjalan lancar dan berjaya. Dia mulai beralih ke arah team editting tetapi langkahnya terhenti apabila kelibat Min kelihatan di set pengambaran.

"Vitthamin Pracharawratt!?" Dia memanggil Min. Min melemparkan senyuman dan berjalan ke arah Micheal.

Aku melihat mereka berdua dari meja editting. Masih ada lagi 300 frame yang perlu di edit untuk hari ini dan semuanya perlukan approval Micheal.

"Sa wa dii khrap.." Min memberi salam kepada Micheal.

Memang dah jadi kebiasaan Min untuk menggunakan bahasa ibundanya dimana-mana dia berada. Kalau tak banyak, sedikit pun dia akan menggunakannya dan itulah trademark mahal Min. Sambil berbual Min sempat memandangku; pandangan yang membawa maksud 'you are next'. Walaupun dalam kelembutan senyumannya, one have to be fearful of his gaze. Min boleh mengubah pandangannya dengan sekelip mata tanpa disedari.

Min kemudian berjalan ke arah meja editting. Dengan perlahan dia menarik kerusi dan duduk disebelahku. Krew editing yang lain menunduk hormat dan meneruskan tugasan mereka. Min tidak bersuara tetapi hanya terus memandangku. Adoi.. aku hampir tak berani nak mengangkat muka melihatnya. Drama itu hanya bertahan 5 minit sahaja, dan aku terus menarik tangan Min dan beredar.

"Jom.." arah Min ringkas.

Aku memang tak boleh nak lawan cakap Min,jadi aku hanya menurut katanya. Min masih tidak bercakap walaupun dia sedang memandu. Raut wajahnya serius dan sesekali dia menjeling ke arahku. Matilanak aku hari ini!

Daun pintu terbuka dan Fiji berada dibelakang pintu. Dia menghela nafas panjang dan menjentik dahiku kuat. Sakit teramat rasanya,tapi itulah yang sepatutnya aku terima setelah 3 hari tidak menghubungi dan mengelak dari semua panggilan mereka.

Malam itu, kami bertiga menghabiskan masa bersama. Min bercerita tentang perihal Milie kepada kami dan aku sangat gembira mendengarnya. Malam itu semuanya terasa seperti masa kami kecil;hanya kegembiraan yang wujud mengatasi kekurangan kami.

Sebelum aku masuk ke bilik tidur, aku ternampak Lantana Camara di atas meja. Min mengangguk dan aku terus memahaminya. No wonder dia membawaku ke sini. Firasat Fiji jarang sekali salah.

Pada ketika itu juga, kelihatan Fiji sedang merenung kaku akuarium ikan tropikanya. Min segera menepuk bahu Fiji untuk menyedarkannya. Fiji tersedar dan memeluk Min. Min cepat-cepat meleraikan pelukannya dan melemparkanya ke lantai tanpa belas ihsan;tindakan refleks bagi seorang pemegang tali pinggang hitam Karate-Do.

Setelah semua drama aksi telah berakhir, aku duduk diantara Fiji dan Min. Kedua-dua mereka mengusap kepalaku.

"Kenapa?" sambil aku menunjuk ke arah bunga di atas meja.

"Mika.."jawab Fiji ringkas.

Alamak! Dia dah dapat tahu. Aku terdiam seketika. Aku tak mampu nak bersuara pada tahap ini kerana sekali lagi firasat Fiji jarang sekali salah.

"Esok kan? Kita pergi sama-sama.." ujar Min memecah kesunyian.