webnovel

2

"di pinggirkan?" soal aku. entah kenapa aku dapat rasakan bagaimana perasaan orang yang dipinggirkan.

"Dia anak kedua selepas kakak dia. lepas kematian ibu dia..ayah dia kahwin dengan wanita lain dan kakak dia berpindah ke luar negara. dia? kekal di rumah agam milik ayah dia. malangnya.. dia seperti anak buang dan langsung tidak dipedulikan.."

aku diam mendengar. suara bising yang bergema di Mall ini langsung aku tidak ambil peduli.

"dia jadi pelajar yang bijak di sekolah. tapi tu la..bila dipinggirkan segala perbuatan lansung tak dipandang. akhirnya, dia keluar dari rumah tu dan bekerja di usia muda dan menubuhkan syarikat sendiri dengan duit simpanan mediang ibu dia."

aku mengangguk. kagum.

"dia dan abang aku kenal sejak Belajar di Universiti lagi..dan banyak abang aku cerita pasal dia. ini pertama kali aku jumpa.." kata dia dengan senyuman. aku mengangguk dan tersenyum.

"aku faham perasaan dia. dikecewakan dan langsung tidak dipedulikan.." aku memejam mata dan berdiri.

"jom balik.." aku hulurkan tangan kepada dia.

___

KEMUDIAN HARI.

aku datang ke kelas lebih awal. beg yang disandang aku letakkan ke sisi. Aku adalah pelajar jurusan Fesyen di tahun akhir.

"Xina.." senyuman manis aku terima dari beberapa pelajar. boleh dikatakan aku juga terkenal kerana aku mempunyai markah yang tinggi untuk rekaan.

aku mencapai telefon dan membuka media sosial. laju jari aku mencari perkara menarik. sehingga..

"William dari syarikat CL kini berada di sini."

jadi dia tak berasal dari sini? jadi ke-.. tapi bila fikir balik abang Chiko bukan asal dari sini. aku merenung gambar dia lama. dia dengan aku..ada kaitan ke?.

"ohh..awak baca juga tentang mamat ni." kata seorang gadis bertocang. aku memandang dia.

"Li, pagi."

"pagi. berita dia ada dekat sini dah jadi panas." aku mendengar bicara dia.

"kenapa? biasa saja melainkan dia pemilik Syarikat CL." kata aku lalu menutup skirn.

"Dia Muda dan dua orang lagi pun sama. tapi aku lebih tertarik dengan William. dia kacak..aktif bersukan dan bijak.." kata Li. aku mengangguk. sebab tu saja.

"Apa yang ramai orang tak tahu.. William sebenarnya.." aku menatap lama Li sehingga..

"Baik..kita mulakan kelas.."

___

Kelas lebih awal habis jadi aku berjalan kaki menuju ke laman unversiti. aku membuka telefon.

"Presiden Joshua dari JM akan datang betul?"

"dia jadi tenaga pengajar.."

"kelas mana agaknya.."

aku hanya berhenti berjalan dan berpaling. Joshua? nama tu..macam pernah aku dengar..

hmm.. aku kembali berjalan kini aku berhenti memandang telefon namun memandang sebuah kereta yang baru saja masuk. gelap..aku tak nampak siapa. mungkin Lelaki yang bernama Joshua.

___

Di Dalam kereta..

Joshua meletakkan surat khabar ketepi. dia memegang kepala. pening kerana dia membaca buku dia memandang ke arah luar tingkap.

seorang gadis berbaju putih dan berseluar hitam menarik perhatian dia. hmm..

gadis itu memandang kereta yang dia naiki namun sebentar saja.

"BERHENTI?!" segera dia turun dan menghampiri gadis itu.

lengan aku ditarik membuatkan aku berpusing kebelakang. dan papp..

aku dipeluk dengan erat. aku kaku...

tapi entah kenapa aku seperti.. selesa dengan pelukan dia. siapa pun dia.. aku selesa.

"Di sini awak rupanya.."

tunggu?!. dia terus menjarakkan aku dan menatap lama. aku terpesona.

rambut berwarna hitam dan wajah yang putih dan mata yang menawan. Dia menatap aku lama.

"puas saya cari.. kenapa awak menghilangkan diri?. saya tak sepatutnya jumpa awak tapi.. bila-"

"wait..kita pernah kenal?" soal aku. dia memandang aku lama.

"jadi..awak berpura-pura sekarang?" soal dia. aku diam. pura-pura?.

"tunggu.. mungkin awak salah orang.. saya minta maaf.." kata aku lalu cuba beredar namun tangan aku ditarik.

"jadi.. parut ni pun salah?" soal dia dengan menunjukkan lengan aku yang mempunyai parut. aku diam. macam mana dia tahu?.

"Jelaskan?!" Jerit dia. aku memandang dia kosong. apa semua ni..kenap dia paksa aku.

aku merentap tangan aku dari dia.

"maaf tapi saya lansung tak tahu pasal parut atau awak.. mungkin awak salah orang." kata aku lalu berjalan beredar.

"Xina Chi?!" dia terus merangkul pinggang dan mendekatkan mukanya kepada aku. semua yang lalu diam memandang.

"Walaupun awak lupakan saya..tapi saya tak akan lupakan awak..walau sesaat.." Aku merenung dia. mata dia.. mata dia yang aku dapat rasakan kesedihan.

tangan aku memegang pipinya. dia terdiam seketika. mata aku memandang dia lama..

otak aku sekali lagi memberi rangsangan. tapi kali ini tiada peristiwa yang muncul cuma kegelapan dan.. seorang lelaki dipukul?!

"arghhh?!" aku segera menolak dia jauh kebelakang sehingga aku juga terjatuh.

"Xina?!" Miksu menjerit dan mendapatkan aku. Joshua diam memandang lama kearah wanita yang baru saja menolak dia.

"xina?!" segera Joshua mendekati aku. aku memandang dia kosong.

"tolong jangan ganggu dia?! dia hilang ingatan. walau encik kenal dia atau tak.. tolong jangan buat sesuka hati encik.." Miksu segera menjeling lelaki itu. aku dibantunya untuk bangun.

Aku menatap dia kosong dan segera menunduk. walaupun aku tak kenal dia...atau mungkin kenal tapi aku kena hormati dia.

dia segera beredar dan masuk ke dalam kereta.

"kau luka tak? dia cederakan kau?" soal Miksu. aku hanya tersenyum saja. mungkin dia tahu dari mana datangnya parut ini.

"jom balik.." dia segera menarik aku.

___

"Encik,tak apa-apa.." kata pemandu.

"siasat apa yang berlaku kepada Xina selepas kami putus tunang.." kata Joshua. dia segera memejam mata seketika. Gadis tu.. hilang memori dia. termasuk zaman kanak-kanak dia.

dan aku.

aku tak boleh tidur ataupun lupakan dia tapi dia? hilang ingatan?. Aku derita dan dia? bahagia. Xina..kali ni apa terjadi aku pilih kau.

___

aku diam saja menatap lelaki yang elok memasak di dapur.

"Encik Haru...biar"

"umur kita sama.. panggil Haru." kata dia lalu tersenyum dan teruskan memotong daging. aku hanya tersenyum saja.

"Ha..haru biar saya yang.."

"awak rehat. miksu kata awak tak sihat jadi biar saya masak lagipun saya tetamu." aku hanya menatap dia kosong. Dari mana mamat ni.. ambil ayat tu.

"buat la. saya akan ke taman untuk bersenam.." kats aku lalu naik ke atas untuk menukar pakaian.

___

aku berhenti dari berjalan. sudah dua pusingan aku lakukan. penat.. aku memandang kereta yang lalu di jalan raya. semua kereta ini adalah orang yang tinggal di sini. suasana di sini pun riang dan tak menakutkan.

"Miow.." aku memandang kucing yang elok berada dibawah kaki aku. "hai..sorang jer?" segera tangan aku mengambil. comel. aku menatap di lehernya. K.

"k?!" jerit seorang lelaki muda. aku memandang ke arah pemilik suara.

"ini?" soal aku sambil menghulurkan kucing berbulu oren itu. lelaki itu tersenyum.

"Terima kasih, saya Hiksu. pembantu dirumah hujung." dia menunduk sedikit cara mengucapkan terima kasih. aku tersenyum.

"rumah dua tingkat yang besar itu?" soal aku. Dia mengangguk. aku hanya tersenyum saja. jadi kereta hari tu..milik tuan rumah.

"ahh..Tuan Muda. cik..kalau ada masa kita jumpa." kata dia lalu tersenyum.

"Xina.." kata aku dan dia hanya berpaling lalu beredar. aku menatap sebuah kereta hitam yang melepasi aku.

dada aku terasa berdebar. kenapa ni?!. aku terasa panas dan..

"lepaskan?!"

"tolong..?!"

aku nampak gambaran wanita yang dikepung oleh sekumpulan lelaki. apa semua ni.. aku terduduk dan memori itu sekali lagi.

"Xina.. berani awak malukan saya. belasah dia?!" suara perempuan. aku memegang kepala aku. sakit. tragedi ini pernah berlaku pada aku ke?. apa..

aku nampak gambaran aku sedang dipukul oleh mereka. siapa mereka?! kenapa pukul aku..

"Tak jangan.. tolong.."

entah bagaimana air mata aku mengalir keluar dan..

"Apa yang perlu saya tolong.." Suara seorang lelaki. menyedarkan aku. aku membuka mata. Dia? lelaki rumah agam. dia merenung aku lama.

"kenapa?" soal dia lalu mengesat air mata aku. "tak sa-" aku diam. sekali lagi otak aku memberi rangsangan.. satu suara.

"hey?! jangan sentuh dia?!"

aku membuka mata dan melihat dia masih di depan. aku memandang lama. Siapa yanh tolong aku. aku diam seketika..

"Rumah agam.." lelaki itu merenung aku. perempuan ni baru panggil aku rumah agam?.

"kita pernah kenal?" soal aku. dia diam. "mengarut.." kata dia lalu bangun. aku terus mencapai lengan dia dan merenung dia lama. dia memandang aku kosong.

"kita pernah kenal?" soal aku. aku pernah nampak dia dalam memori lepas. mungkin dia kenal aku.

"siapa nama?" soal Dia. aku memandang dia. apa?! dia tak tahu nama aku?. aku tersenyum.

"Xina Chi." jadi mungkin aku salah orang. aku bangun dan menghulurkan tangan kepada dia. dia menatap kosong dan segera masuk ke dalam kereta. sombongnya..

aku segera berlari untuk pulang kerumah.

___

"tuan muda..siapa dia?" soal pemandu. lelaki itu diam. "awak pemandu? bawa kereta. dia? biar orang lain yang siasat.." kata dia lalu memalingkan muka dari melihat gadis yang elok berlari.

"tak guna.." kerusi dihadapan ditendang kuat. pemandu hanya diam saja. err.. abaikan.

___

sesudah makan malam. aku menatap lama abang Chiko yang sudah menari. apa masalah mamat ni. Aku hanya menggeleng kepala saja.

ting tong

"biar saya buka.." kata aku lalu membuka pintu rumah. buka saja pintu.. "ehh..Hiksu?" soal aku. dia tersenyum.

"ini nombor telefon saya.." kata dia lalu tersenyum. sejak bila aku minta nombor dia. "boleh saya dapat nombor awak?" soal dia. aku hanya tersenyum saja. segera aku menulis nombor telefon aku.

"ini.." kata Aku lalu menghulurkan kepada dia. dia mengucapkan terima kasih dan segera beredar.

"siapa?" soal Chiko sambil memilih lagu. Miksu yang sedang makan hanya mendengar saja. haru pula hanya berehat seketika. "Baik?! dengar lagu aku pula.." jerit dia. aku hanya ketawa saja.

___

"Tuan Muda..ini." Hiksu menghulurkan sekeping nota kepada lelaki itu. Dia memandang kosong. dia dah tukar nombor?.

"Tuan Muda kenal dia?" soal Hiksu. jelingan tajam yang dia dapat sebagai Jawapan. hiksu hanya tersenyum saja.

Tuan Muda memang jenis dingin dan tak banyak cakap. hmm..mujur dia yang aku kena jaga.. bayangkan kalau abang dia yang banyak mulut tu.. seram.

"tak nak keluar?" soal dia. Hiksu segera keluar. bila dia sudah keluar suara itu antara dua. Kau selamat atau bahaya.

"kenapa kau masuk dalam?" soal Puan Ji. Hiksu membisikkan kata-katanya "Tuan Muda suruh saya minta nombor seseorang.." Puan Ji memandang wajah Hiksu. "tak mungkin.." kata Puan Ji. "mungkin..saya dah dapat tahu apa lagi seram?" soal Hiksu. Puan Ji merenung wajah dia mahu tahu..

"rupa dia sama dengan.. Wanita yang dia ca-"

bang?! pintu dihempas dengan kuat. mereka berdua memandang lelaki yang tidak berbaju hanya berseluar sahaja. Dia hanya menjeling sekilas dan turun kebawah. "Cepat hidang makanan.." Kata Hiksu.

Mujur Puan Ji sudah berkahwin tidak tetarik dengan kotak yang ada bada badannya setiap kali dia tidak memakai baju.

___

DI RUMAH JOSHUA

"Tuan..ini." kata pembantunya. sekeping fail dihulurkan kepada dia.

satu persatu dia baca. "ini tentang diri dia?" soal Joshua dengan nada terkejut. pembantunya mengangguk.

"Dia ada adik tapi kenapa.." Dia membaca lagi. Tidak memiliki keluarga?. "mustahil.." Joshua merenung lama. aku salah orang? tak aku dah berkawan dengan dia dari kecil..aku tahu.

"Tuan..Dia dibuang keluarga dan namanya telah dikeluarkan dalam senarai keluarga Chi." Pembantunya diam seketika. Joshua diam.

"Dia dihalau dan melarikan diri ke sini..namun ada satu kejadian dia kemalangan. selepas tu..saya dah tak dapat apa-apa maklumat.." kata Pembantunya. Joshua diam.

Adakah sebab aku? dia dihalau? tapi..salah dia. kenapa?. Joshua menghentak meja. Pembantunya diam saja. "Tapi..dia tetap Xina Chi? yang kehilangan memori?" soal Joshua. pembantunya mengangguk.

"Dia orang yang sama.. tapi dia lupa tentang keluarga dia telah buang dia." Kata pembantunya. Joshua memusingkan kerusi menghadap bandar yang masih dipenuhi lampu. Xina..

senyuman gadis itu menghiasi mindanya.

"tolong dengar penjelasan saya.. Joshua?!" jerit gadis itu namun dia dengan ego diam dan berlalu. arghh.. memori yang sepatutnya aku hilang. kalau aku dengar pasti aku dan dia dah berkahwin.

lelaki itu? dengan senyuman dia masuk ke dalam bilik. siapa lelaki itu..aku langsung tak sedar.

___