webnovel

SAHABAT DUNIA AKHIRAT

Buatmu Sahabat, Ku tegur dirimu bukanlah bermakna diri ini baik, Tetapi aku ingin mengajakmu menjadi yang terbaik. -naa Sumber Ilmu -Ustazah Asma' Harun (Sahabat Dunia Akhirat)

naacherry_ · Book&Literature
Not enough ratings
2 Chs

| Kemuliaan Akhlak |

Duhai Sahabat,

Beruntunglah mereka yang memiliki AKHLAK TERPUJI,

Kerana ia adalah pakaian KEMULIAAN hakiki umat Islam di dunia dan akhirat,

Pemberat paling utama timbangan amal soleh,

Menusia paling dekat dengan Rasulullah di akhirat kelak.

Anda bukan sesiapa, tiada apa, bahkan mungkin lebih hina pada manusia,

Dengan akhlak terpuji, Insya-Allah anda paling mulia di sisi-Nya.

Sedarlah, perkara yang menggambarkan tentang diri kita pada pandangan Allah dan manusia adalah AKHLAK, sikap, budi pekerti, budi bicara, budi bahasa, budi tulis.

Bukan berapa banyak al-Quran dan hadis yang dihafal dan dibaca, ketinggian ilmu, latar belakang pengajian, keturunan, pangkat, harta, pakaian, rumah atau kereta.

| Ustazah Asma' Harun

________________________________________

Renungi hadis di bawah ini:

Sayyidina Jabir r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّيْ مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا.

Orang yang paling aku kasihi dan yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya.

(Riwayat at-Tirmizi)

________________________________________

Sayyidatina 'Aisyah r.anha berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ قَا ىِٕمِ اللَّيْلِ وَصَاىِٕمِ النَّهَارِ.

Sesungguhnya seorang Mukmin yang berakhlak mulia boleh mencapai martabat seorang insan yang selalu berpuasa sunat dan berdiri beribadat sepanjang malam."

(Riwayat Abu Dawud)

________________________________________

Sayyidatina 'Aisyah r.anha berkata, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ.

Antara orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan yang oaling berlemah lembut dengan keluarganya.

(Riwayat at-Tirmizi)