"Sayang!.. Bukak lah pintu ni, awak nak menyorok dalam tu sampai pukul berapa..don't tell me awak nak tidur dalam stor.." pujuk Haniff bersama ketukan disebalik daun pintu yang memisahkan kami.
Aku memerhati sekeliling, terdapat beberapa batang penyapu, vacum, dan beberapa buah lukisan yang disandarkan pada dinding.
Takkan lah aku nak tidur dalam ni,? Haish silap-silap tidur dengan lipas dan tikus aku ni,. Tapi sumpah malu, itulah kau Alisya, main redah je,.
"Qalisya, keluar lah, saya ada kunci spare bilik ni tau,awak nak buka sendiri, atau nak saya yang buka, kalau saya yang buka, saya rasa awak tak keluar dah dari bilik tu," ugut Haniff bersama tawa kecil dihujungnya.
"saya bilang sampai tiga, kalau awak tak nak keluar, saya yang masuk, satu.. Dua... Ti.."
Pantas tanganku memulas tombol pintu.
"haa keluar pun," ucapnya sambil tersengih.
Sejak akhir-akhir ini, murah betul dia ni dengan senyuman, kalau dulu, muka tu kejung je, bukan kata senyum, hidung tu nak kembang sikit pun tidak.
"lama awak tenung saya, tengah kagum dengan ciptaan ilahi ye," tutur Haniff sambil menjengah wajahnya mendekati wajahku.
"erk! Banyak lagi ciptaan yang saya boleh kagum,..baik saya kagum dengan muka sendiri" omelku perlahan, namun aku yakin Haniff dapat mendengarnya dengan jelas.
"hahaha, memang awak cantik pun," luahnya sambil kedua tangannya diseluk ke dalam poket.
"bukan masa kita mula-mula kenal dulu.." baru sahaja aku hendak memulakan sesi mengimbau kenangan lama, Haniff terlebih dahulu memintas kata-kataku.
"masa tu saya buta, atau lebih tepat, saya pura-pura buta," ujar bersama senyuman hambar.
Wajahku membahang, seluruh wajahku bagaikan diletakkan di hadapan unggun api, haih lah pakcik ni, suka lah tu buat jantung aku dah bertukar jadi orkestra, dah macam-macam lagu dimainkannya.
"ehem, mana bilik eh?"ujarku memecahkan rasa canggung dalam diri yang mula menebal.
Haniff teesenyum simpul sambil matanya memanah tepat ke arah anak mataku bagaikan sedang mencari sesuatu.
Dia tersenyum simpul lalu memulas tombol pintu bilik yang berada jauh sedikit dari stor.
"selamat datang isteriku," ucapnya ceria bersama ukiran manis yang melebar pada wajahnya.
Ruangan kamar ini ringkas namun tetap terlihat mewah dan tersusun cantik. Mataku meliar di segenap ruang kamar ini, lalu terhenti pada katil yang terbentang.
Terdapat taburan kelopak mawar merah dan putih di atas cadar serba putih ini yang membentuk tulisan.
"I Kasih you"
" I kasih you?" soalku curiga sambil memandang Haniff.
"why? Pelik ke? I love you tu cliche sangat lah honey, kasih ni special lah sikit," ujarnya seraya mengeyitkan mata.
Aku menjulingkan mataku ke atas apabila mendengar kata-kata yang meluncur laju dari bibir merah pucat itu.
Haniff ketawa besar melihat reaksi aku, eleh aku tahu lah aku ni kelakar , tak payah gelak macam nak runtuh gunung, eh ke langit? Mana-mana je lah.
"dah pergi lah bersihkan diri, nanti kita solat sama-sama," ucapnya bersama sisa tawa yang berbaki.
Lalu dia berjalan menuju ke arah pintu, aku mengerut sedikit dahiku, nak pergi mana pula pakcik ni,
"awak nak pergi mana?" soalku hairan.
"pergi ke hati awak, ehek! " gurau sambil tersenyum nakal.
"erk, mengadalah, saya tanya elok-elok ni," tuturku serius.
"nak pergi bilik sebelah, nak mandi, kalau nak tunggu bilik air dalam bilik ni, nanti lambt pula nak solat," terangnya lembut.
"ahh, okayh," ujarku lalu mencapai tuala yang terlipat cantik di dalam almari di tepi katil.
Elok juga dia guna bilik sebelah, selesa lah juga aku nak bersiap dalam bilik ni. Aku tahu status adan tanggungjawab aku ,.namun tak dapat aku tepis perasaan janggan yang menjelma.
***
Usai bertelekung, aku menanti Haniff sambil duduk di birai katil. Haih lah mana pakcik ni, lama betul mandi, patut ke aku panggil dia? Tak salah pun kan?
Aku melangkah perlahan menuju ke arah pintu lalu menguaknya.
Mata ku fokus ke arah pintu bilik yang hanya berhadapan dengan kamar utama ini.
Hati dan otak ku sedang berkira-kira sama ada aku patut memanggil Haniff atau menunggunya sampai dia datang.
Aku menari nafas dalam lalu berjalan dengan penuh semangat ke arah bilik itu.
Aku mengetuk pintu kamar itu beberapa kali,
"awak,.. Lama lagi ke?" soalku lembut.
"eh nak siap dah, masuk lah dulu," jawab Haniff dari dalam bilik.
Aku memulas perlahan tombol pintu berwarna perak itu.
Terlihat Haniff sedang menyisir rapi rambutnya di hadapan cermin. Dia mengenakan t-shirt lengan pendek hitam yang dipadan dengan kain pelikat.
Eh dia ni, nak pergi mana nak sikat rambut kemas-kemas, tapi aku tak dapat nafikan lah walaupun dia hanya mengenakan tshirt dan kain pelikat, dia masih tampan dalam pakaian ringkas seperti itu. Ni kalau para pelajar sekolah aku tengok mahu pengsan tengok Cikgu Haniff dia orang pakai kain pelikat pun handsome, sorry korang, Cikgu Lisya je yang dapat! Hehe
"tengok apa tu?" tegur Haniff lembut lalu mencapai songkok yang terletak di atas katil.
"tak ada apa, cuma bayangkan kalau student awak nampak Cikgu Haniff dia orang punya look malam ni, agak-agak apa reaksi dia orang " ucapku sambil tersenyum.
" cairlah sayang oi," ujarnya selamba.
" eh , yakinnya kamu," ucapku hairan.
"cikgu dia orang pun cair, ni kan pula anak murid," ujar Haniff seraya mengenyitkan mata.
"eh! Awak maksudkan saya ke? Mana ada saya cair lah!" tegasku, walhal, memang aku terkondensasi lah sikit. Hihi.
"really? I don't believe you honey!" ucapnya sambil merenung aku rapat ke wajahnya.
"dah jom solat, nanti terbatal pula wuduk dengan sengaja " ucapnya sambil ketawa kecil.
Eh-eh dia ni, ingat aku takut ke nak gertak macam tu, ketar sikit je..
***
Usai menunai solat isyak berjemaah, Haniff menghulurkan tangannya kepadaku.
"nak buat apa ni?" sakatku sambil tersenyum sumbing,aku tahu yang dia mahukan aku mencium tangannya namun saja niat nak menyakat.
"ahh, isteri saya tak nak cium tangan, nak cium bahagian lain ke sayang? Pipi?" soalnya manja, bagaikan seekor kucing siam.
Haih meremang bulu romaku mendengar kata-kata Haniff. Itu ah kau Alisya gedik sangat nak sakat dia , last-last kau juga yang kena.,alahai.
Pantas aku mencium tangannya lalu bangun untuk membuka telekung.
Terdengar tawa Haniff yang masih bersila di atas sejadah.
Aku melepaskan telekung ku, lalu mula merapi kan rambut yang sedikit tidak terurus.
Aku perasaan Haniff merenungku dari belakang melalu cermi di meja solek.
Setelah telekung siap di lipat, aku mnginjak langkah ke arah meja solek lalu memulakan runtin penjagaan wajahku dan menyapu losen pada lengan dan tengkuk.
Haniff yang sedang menyidai sejadahnya, menghampiri aku dari belakang.
Dia menyentuh lembut hujung rambutku yang panjang dan lurus.
"cantik, wangi," ujarnya lembut.
Dapat aku lihat halkumnya sedikit bergerak, dadanya sedikir berombak. Renungannya saat ini terlihat sungguh berbeza.
Dia mula mengusap wajah penuh lembut dan kehangatan. Aku bagaikan merelakan segala perbuatannya.
Haniff mula memegang wajahku lembut dengan kedua tapak tangannya, matanya bagaikan menjelajah setiap inci dan sudut di wajahku,
"My heart is breaking since you went away...My love belongs to you" ucapnya separa berbisik.
Satu kucupan hangat hinggap pada bibirku, dia meragut lembut bibirku, mataku terpejam tanda merela.
Namun baru beberapa detik bermula, Haniff berhenti. Lalu melepaskab wajahku. Dia bagaikan tersedar dari mimpi dan lamunan panjang.
"sorry" ucapnya ringkas. Yang terlihat sedikti resah dan gelisah, bagaikan dia melakukan kesilapan, adakah aku yang merupakan kesilapannya? Tak ada yang silap, aku isterinya.
Dia berjalan kalut menuju ke pintu.
"aw..wak nak per..gi ma..na?" soalku sedikit gagap, masih terpinga-pinga denga situasi ini.
"erm, saya nak tengok bola, awak tidur lah dulu, jangan tunggu saya," ucapnya lalu melangkah keluar dari bilik.
Tengok bola? Sungguh aku tidak dapat mencerna maklumat seperti ini, aku merasa diriku bagaikan dihina apabila ditolak lelaki yang bergelar suami. Apa sebenarnya yang terjadi? Aku buntu.
BERSAMBUNG...
P/s: enjoy reading!