webnovel

PROJEK T.U.H.A.N.

• Pemenang Wattys 2018 • | Kategori Penggerak Dunia | [ Projek T. U. H. A. N ] Transformation Universal Human and ANimal T. U. H. A. N. Sekumpulan saintis dari sebuah agensi ingin mengubah dunia ini dengan menjalankan sebuah projek yang diberi nama Projek T. U. H. A. N. Tuhan? Ya. mereka ingin menguasai dunia seperti tuhan. Mereka telah merungkai sebuah formula dan berjaya menganalisis bagaimana ingin mengubah manusia dan haiwan untuk menjadi sebuah spesies atau hidupan baharu. Mereka ingin mencipta spesies baharu yang dapat mengangkat martabat mereka agar menjadi seorang pemerintah terulung buat dunia. Mereka ingin menggunakan kelebihan ini sebagai suatu senjata buat mereka agar mereka dapat menguasai dunia. Sesungguhnya, sifat keangkuhan dan ketamakan menguasai diri mereka. Meraka alpa bahawa akan Sang Pencipta yang sebenar. Allah SWT. Pencipta dan pemilik sekalian alam. Mereka angkuh dengan mengatakan merekalah pemerintah dunia ini. Merekalah pemerintah yang sebenar. Tiada sesiapa dapat menandingi kebijaksanaan mereka. Namun itu salah sama sekali. Mereka lupa akan Allah SWT. Allah Maha Bijaksana. Projek T. U. H. A. N berjalan dengan lancar. Eksperimen ke atas haiwan berjaya dengan jayanya. Banyak spesies baharu telah terhasil. Kejayaan mereka membuatkan mereka menjadi lebih tamak. Mereka ingin mencabar diri sendiri dengan menjalankan eksperimen ini ke atas hidupan yang lebih kompleks. Manusia. Namun, terdapat kesilapan berlaku semasa menjalankan eksperimen ini ke atas manusia. Kesilapan mereka ini membuatkan dunia dalam bahaya. Bahaya yang teramat sangat. Lihatlah kesan buruk yang berlaku dari sifat ketamakan dan keangkuhan manusia. Dunia dalam bahaya! Dunia bakal dimusnahkan oleh suatu spesies makhluk yang berbahaya! Manusia normal bakal pupus! Siapakah penyelamat mereka? Penyelamat mereka dan dunia adalah dari mereka yang tak dijangka langsung. Namun mampukah mereka menyelamatkan diri mereka sendiri?

qmalalalaaa · Sci-fi
Not enough ratings
1 Chs

Projek Besar

Kelihatan tiga orang yang lengkap berpakai kot makmal putih berjalan seiringan ke suatu tempat. Daripada riak muka mereka dapat diketahui bahawa ada suatu yang menggembirakan sedang menunggu mereka.

"Profesor Aziz, macam mana hasil eksperimen kita ke atas campuran haiwan darat dan udara itu? Adakah berjaya?" Soal seorang lelaki yang berjalan di belah kanan sambil memandang lelaki di tepinya.  Lelaki itu berumur dalam likungan 50-an, berambut sedikit beruban dek usia yang tua serta mukannya dilengkapi sepasang kaca mata yang berbentuk petak berwarna coklat. Lelaki itu tersenyum puas. Tanda namanya tertulis nama Profesor Aziz.

"Berjaya! Dengan jayanya! Akhirnya tercipta juga campuran hidupan darat dan udara. Mereka sangat menakjubkan! Semua ini atas idea Profesor Vivi ini. Bijak sekali! Gabungan yang sangat bijak dan kreatif." Profesor Aziz memandang perempuan di belah kanannya. Profesor Vivi yang berkaca mata jingga dan berambut hitam mengurai hanya tersenyum kecil. Bangga.

"Baguslah macam itu!" Balas Profesor Sam yang berkulit sawo matang dan berhidung mancung lantas melihat ke sisi. Kelihatan sebuah bilik khas yang di dalamnya terdapat beberapa orang saintis sedang mengelilingi haiwan seperti campuran kucing dan burung helang. Kepala dan badannya ialah kucing namun di belakang badannya terdapat sayap helang dan dua kaki hadapannya ialah kaki helang manakala kaki belakangnya ialah kaki kucing. Saintis itu sibuk berbincang dan mencatat sesuatu di buku nota. Sesekali mereka mengusap hidupan itu.

Profesor Sam berhenti dan menghampiri tingkap bilik itu untuk melihat dengan lebih dekat. Profesor Aziz dan Profesor Vivi turut berhenti dan berjalan ke arah Profesor Sam. Mereka berdua ketawa kecil melihat riak muka rakan sekerja mereka itu yang terpukau dengan spesies haiwan baharu itu. Maklumlah, perangai Profesor Sam ini tak ubah seperti kanak-kanak kecil walaupun umurnya sudah mencapai 37 tahun.

"Nama haiwan ini ialah Ceagle 1. Spesies baharu campuran kucing dan helang yang pertama. Yang lain bakal menyusul," terang Profesor Vivi sambil membetulkam cermin matanya jingganya.

"Wah, sungguh menakjubkan sekali! Hebat! Syabas prof!" Puji Profesor Sam sambil menunjukkan tanda bagus. Profesor Vivi hanya tersenyum kecil. Namun nun jauh di dalam hatinya tersorok perasaan bangga yang bermahajalela. Bangga dengan kebijaksanaanya.

"Inilah antara hasil yang berjaya dalam projek kita ini, iaitu Projek T. U. H. A. N. Namun ini hanya sedikit. Sudah banyak eksperimen kita ke atas haiwan berjaya. Banyak spesies baharu telah tercipta dari kebijaksanaan kita. Kita telah berjaya merungkai formula yang seakan-akan mustahil untuk diterjemahkan. Hasilnya? Semua ini." Profesor Aziz mengeluarkan beberapa gambar dari dalam failnya lalu menunjukkan kepada Profesor Sam dan Profesor Vivi.

Mereka berdua lantas mengambil dan menatap gambar-gambar tersebut. Gambar itu menunjukkan spesies haiwan baharu dari Projek T. U. H. A. N.

Ada gambar haiwan berbadan kura-kura namun berekor kala jengking. Sungguh aneh tapi tetap menakjubkan.

"Namanya Turpion," jelas Profesor Aziz. Mukannya dihiasi senyuman kecil.

Ada gambar labah-labah berkaki seperti lipan.

"Ini pula Centider. Haiwan kegemaran saya." Profesor Aziz ketawa kecil. Profesor Vivi dan Profesor Sam hanya mengangguk.

Mereka membelek-belek setiap gambar satu per satu. Ada yang memukau dan ada juga yang agak menakutkan. Semua hasil daripada Projek T. U. H. A. N.

Mereka bertiga telah dapat mencari cara untuk menggabungkan dua atau tiga genetik haiwan yang berbeza untuk menghasilkan haiwan baharu. Setelah bertahun-tahun merungkai formula ini akhirnya mereka berjaya juga mencipta haiwan gabungan genetik pertama. Iaitu gabungan tikus dan merpati.

"Inilah hasil ciptaan kita yang pertama. Mousgeon. Itulah titik permulaan bagi hasil ciptaan kita yang lain. Semuanya berjaya. Hasilnya? Banyak haiwan menakjubkan berjaya kita ciptakan," kata Profesor Aziz bernada bangga sambil menatap Mousgeon.

Ya, bangga. Bangga yang teramat sangat dengan kepintarannya yang mampu merungkai formula pergabungan genetik haiwan.

"Baiklah, jom ke makmal, sambung projek besar kita. Projek yang akan mengubah dunia ini sepenuhnya." Profesor Aziz tesenyum misteri lantas mengambil gambar itu lalu menyimpannya di dalam fail semula.

Mereka berdua mengangguk lalu melangkah pantas ke makmal kajian yang berada di tingkat 2. Mereka berdua turut mengukir senyuman aneh.

Projek besar? Apakah yang dimaksudkan oleh Profesor Aziz?