Perubahan luar jangkaan di medan menyebabkan Pentas Batu Langit menjadi lebih senyap. Semua orang saling berpandangan dan tidak pasti apa yang sedang berlaku. Melihatkan daripada segi pandangan mereka, Hong Chen layak menerima luka parah. Lagipun, pihak lawan telah melepaskannya namun dia masih berani melancarkan serangan hendap. Pengakhiran sebegini adalah sesuatu yang layak diterimanya. Sudah tentu, disebabkan kekuatan Puak Hong di Bandar Tian Bei, tiada orang berani menyuarakan pendapat di dalam hati mereka.
"Hong Li, apa kamu sedang buat?"
Orang lain mungkin tidak berkata apa-apa tetapi Puak Han pasti perlu tampil ke hadapan. Sekumpulan manusia serta-merta meluru ke bawah dari platform tinggi sebelum akhirnya masuk ke medan dan muncul di sisi Xiao Yan.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com