Semasa ketiga-tiga puak itu mula meninggalkan tempat itu melalui pintu utama rumah lelongan, setiap ketua puak itu memberikan satu senyuman palsu dan ketawa yang tidak disenangi. Apabila mereka meninggalkan tempat itu dan pandangan mereka tidak bertemu, ekspresi sindiran dan permusuhan nampak di raut wajah mereka.

Ketiga-tiga puak itu berjalan dengan angkuh ke seberang dewan dan apabila mereka berjalan melalui orang ramai, mereka akan bergerak ke tepi dengan segera. Di Bandar Wu Tan, tiada kuasa lain yang mampu melawan ketiga-tiga puak agung tersebut.

Sekali lagi, Xiao Zhan berkata beberapa ayat dengan tidak senang hati kepada Ao Ba Pa. Tiba-tiba, pergerakan Xiao Zhan menjadi tegang dan langkahnya terhenti.

Melihat pergerakan Xiao Zhan, semua renungan beralih ke arahnya, dan badan mereka menggeletar. Muka Jia Lie Bi dan Ao Ba Pa juga berubah.

Pada pintu masuk dewan yang lain, tiga orang berjalan keluar dengan perlahan. Orang yang mengiringi mereka adalah Ketua Lelong Rumah Lelongan Premier Ya Fei. Sebagai pelanggan tetap rumah lelongan tersebut, Xiao Zhan dan orang lain tahu perangai sebenar perempuan tersebut. Walaupun perempuan itu mempunyai wajah penuh dengan senyuman, semua orang tahu perempuan ini sebenarnya amat sombong. Dahulu, Ao Ba Pa ingin mengajaknya untuk makan malam tetapi dia ditolak dengan "sopan". Daripada kejadian ini, orang tahu perempuan ini, tidak seperti wajahnya, seseorang yang sukar untuk didekati.

Walau bagaimanapun, hari ini, perempuan angkuh ini tidak sama seperti dirinya yang biasa, sedang mengiringi tetamunya dengan sopan dan hormat. Ini membuatkan Xiao Zhan dan yang lain terkejut.

Mengelip mata kerana terkejut, renungan Xiao Zhan dan yang lain beralih ke belakang dan muka mereka terus berubah.

Di belakang kumpulan bertiga tersebut, Tokoh Ahli Alkimia Lelongan Gu Ni sedang senyum dan berbisik ke telinga lelaki misteri berjubah. Mukanya yang tersenyum terukir di seluruh mukanya, boleh nampak suasana yang dia sedang memuji-muji.

Jika sikap Ya Fei boleh menyebabkan Xiao Zhan dan yang lain terkejut, maka sikap yang Gu Ni pamerkan membuat mereka terpegun.

Sebagai ahli alkimia pangkat tertinggi Bandar Wu Tan, hanya beberapa ketua puak boleh berjumpa dengannya. Apabila mereka berjumpa, ketua puak akan hormat satu sama lain dan tidak berani mengatakan perkara tidak sopan.

Sebagai ahli alkimia peringkat kedua, Gu Ni bangga sebagai seorang ahli alkimia. Apabila dia berkata, dia berkata dengan tidak acuh membuatkan yang lain memujanya.

Tetapi untuk orang jenis sebegini, dia tidak menyimpan senyumannya dan menunjukkan rasa hormat kepada lelaki bermisteri itu. Dia cuba memenangi hati orang itu, siapakah dia?

Pemandangan itu memberikan kejutan. Akhirnya, renungan mereka beralih dengan perlahan kepada lelaki berjubah hitam di tengah-tengah.

Melihat dengan teliti orang tersebut, Xiao Zhan berfikir dengan cemas. "Siapa ini? Seseorang yang boleh membuatkan orang penting Rumah Lelongan Premier membawanya keluar? Apa yang orang berpangkat sebegini buat di Bandar Wu Tan?"

Menjilat bibir keringnya, Xiao Zhan melihat ke sekeliling dari kiri ke kanan dan terjumpa Jia Lie Bi dan Ao Ba Pa juga terkejut dan menujukkan perasaan ingin tahu.

Mengalihkan matanya ke arah ketiga-tiga orang yang sedang berjalan ke arah mereka, Xiao Zhan memberikan senyuman, berjalan dua langkah ke hadapan, dan senyum. "Cik Ya Fei, Tok Gu Ni. Ha ha. Sangat jarang saya nampak awak berdua bersama."

Apabila Ya Fei dan Gu Ni keluar tadi, mereka berdua sudah ternampak ketua-ketua puak. Melihat Xiao Zhan yang ingin berkata itu, pergerakan mereka masih sama. Tetapi hanya selepas lelaki berjubah hitam itu berhenti barulah mereka menghembus nafas lega.

"Ha ha. Kita sedang menghantar tetamu terhormat kita ke pintu depan, itu sahaja." Ya Fei ketawa ringan.

"Oh. Ha ha…" Jia Lie Bi juga mendekati mereka dengan senyuman. Selepas seketika, renungan dia beralih daripada Ya Fei kepada lelaki berjubah hitam itu dan bertanya dengan sopan, "Ha ha. Saya tak pasti jika Encik ini…. juga dari Bandar Wu Tan? Ha ha, awak tidak nampak seperti berasal dari sini."

"Kof… Tokok Puak Jia Lie, tuan ini tetamu penting Rumah Lelongan Premier…. …." Bulu kening Tok Gu Ni mengerut dan dia batuk sebagai amaran kepada Jia Lie Bi untuk tidak bertanya soalan bodoh.

Mendengar nada amaran Tok Gu Ni, muka Jia Lie Bi betukar sedikit dan dia berbisik dengan diri sendiri, "Tok Gu Ni juga takut dengan orang ini? Siapakah dia?"

Melihat bagaimana Jia Lie Bi dijawab dengan cara sebegitu, Xiao Zhan menelan perkataan-perkatan yang ingin dikatakan olehnya. Melihat posisi Gu Ni yang berhati-hati, orang berjubah hitam itu sangat jelas berada di tahap yang tidak boleh dicapai oleh mereka. Pada masa itu, dia tidak mempunyai pilihan selain daripada untuk ketawa sedikit dan menjauhkan diri.

"Awak... Xiao Zhan dari Puak Xiao, kan?" Apabila Xiao Zhan ingin menjauhkan diri, orang berjubah hitam itu tiba-tiba bertanya dengan nada bosan.

Mendengar suara orang tua itu, Xiao Zhan merenung kosong untuk seketika. Selepas itu, dia mengangguk dengan ragu-ragu.

"Saya dengar tuan muda puak awak menggunakan Penawar Asas untuk melompat ke 9 Duan Qi. Ha ha, ini betul-betul membuatkan saya kagum." Lelaki berjubah hitam itu ketawa bosan.

Bertemu dengan layanan sopan, Xiao Zhan terasa senang di dalam hatinya dan senyum. "Anak saya bernasib baik sahaja."

Melambai tangannya seperti tidak mempunyai kerunsingan, lelaki berjubah hitam itu tersenyum,. "Nasib baik itu hanyalah sebahagian daripada kuasa seseorang. Jika ada peluang lain kali, saya ingin bertemu dengan tuan muda itu. Mungkin dia boleh menjadi seorang ahli alkimia."

Dalam gaya terpegun, Xiao Zhan nampaknya seperti dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh tokoh itu.

"Okay... lain kali kalau ada peluang, saya akan berjumpa dengan Puak Xiao untuk satu kerjasama." Senyum, lelaki berjubah hitam itu berpaling ke muka Ya Fei dan Gu Ni. "Tidak perlu menghantar saya lagi, saya ada benda untuk dilakukan. Jumpa lagi."

Selepas bercakap, Xiao Yan tidak menunggu untuk reaksi mereka dan berjalan keluar dari Rumah Lelongan dengan langkah besar.

Meraba mukanya dengan tidak terperi, Xiao Zhan berpaling dan ternampak Ya Fei dan Gu Ni sedang merenung tajam dia, penuh dengan muka cemburu.

"Ketua Puak Xiao, awak kenal tokoh itu?" Ya Fei bertanya.

"Ini kali pertama saya berjumpa dengannya." Xiao Zhan memaksa satu senyuman dan menggeleng kepalanya dengan gelisah terhadap Ya Fei dan Gu Ni, yang sedang membuat raut wajah pelik.

"Haih, keluarga Xiao sangat dirahmati."

Gu Ni menggeleng kepala dengan lembut. Dia memberi satu renungan pada Penawar-Penawar Asas, yang Jia Lie Bi sedang memegang ketat pada dadanya seperti harta karun, dan berkata dengan tidak acuh, "Benda itu ditapis oleh dia."

Mendengar kata-kata Gu Ni, wajah ketiga-tiga kepala puak itu bertukar.

Selepas seketika, muka Xiao Zhan menerang dengan riang. Dia tidak sangka tokoh berjubah hitam itu merupakan seorang ahli alkimia. Melihat sikap Gu Ni tadi, ia jelas tokoh tersebut merupakan pangkat yang lebih tinggi daripada Tok Gu Ni!

Jika seseorang ahli alkimia berperingkat kedua boleh membuat mereka bersopan dan rendah hati, maka apa yang boleh dilakukan oleh peringkat ketiga dan keempat ahli alkimia?

Ini sungguh hebat, puak dia tidak mempunyai kelayakan untuk berjumpa dengan senior jenis sebegini.

"Kita sangat beruntung kali ini…" Berfikir balik kata-kata tokoh berjubah itu menawarkan untuk bekerjasama pada masa depan, kedua-dua mata Xiao Zhan menjadi terang dan dia bersungut terhadap diri sendiri tanpa disedari.

Di sebelahnya, selepas terperanjat, mereka menjadi tenang, mata Jia Lie Bi dan Ao Ba Pa menunjukkan rasa cemburu.

avataravatar
Next chapter